Khamis, 30 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Khalid jawab Mais: Agensi agama perlu selari kerajaan pilihan rakyat

Posted: 30 Jan 2014 03:00 AM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
January 30, 2014

Serbuan Jais terhadap premis PBM menimbulkan pelbagai kesan termasuk respons Mais terhadap arahan kerajaan negeri Selangor. - Gambar The Malaysian Insider. Serbuan Jais terhadap premis PBM menimbulkan pelbagai kesan termasuk respons Mais terhadap arahan kerajaan negeri Selangor. - Gambar The Malaysian Insider. Agensi agama di negeri-negeri seharusnya mempunyai sikap selari dengan kerajaan yang memerintah bagi memperlihatkan kebersamaan antara pentadbiran, kata Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad.

Khalid menegaskan, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (Mais) seharusnya menghormati kerajaan negeri Selangor yang dipilih rakyat melalui pilihan raya dan tidak mengeluarkan kenyataan bertentangan sesama mereka.

"Oleh itu kenyataan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) – yang dikeluarkan Mais sebelum ini – merupakan kenyataan tidak bijak dari sudut politik," kata pemimpin politik PAS itu ketika sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Pengerusi Mais Mohamad Adzib Mohd Isa sebelum ini berkata, Jais tidak perlu mengikut arahan kerajaan negeri supaya memaklumkan kepada mereka sebelum mana-mana serbuan dan operasi berunsur sensitif dilakukan.

Disebabkan rampasan lebih 300 Bible berbahasa Melayu dan Iban dari premis Pertubuhan Bible Malaysia (PBM), isu kalimah Allah semakin hangat diperkatakan dan Jais turut menerima kritikan pelbagai pihak.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu turut mempersoalkan Bible berbahasa Melayu yang dirampas agensi penguatkuasaan agama Selangor itu sama ada dirampas di dalam stor atau ketika sedang diedarkan kepada orang ramai.

"Adakah benar bahawa Bible yang dirampas semuanya mempunyai lambang Salib dan tulisan 'percetakan Kristian" di kulitnya?

"Adakah juga benar bahawa ia dirampas dari bilik stor di mana sebahagian sudah pun berada di dalam kotak-kotak yang siap dibungkus untuk dihantar ke Sabah dan Sarawak?" soal Khalid.

Ini kerana, penyelesaian 10-perkara yang dibuat kerajaan pusat dengan Kristian meminta agar Bible yang dicop dengan lambang salib manakala Perlembagaan Persekutuan menghalang agama lain daripada Islam disebarkan kepada orang Islam.

Islam jelasnya melarang umat Islam daripada menceroboh gereja dan rumah ibadat penganut lain walaupun dalam keadaan perang.

Khalid turut mengakui penggunaan kalimah Allah dalam percetakan Bible berbahasa Melayu menyalahi Seksyen 9 Enakmen Ugama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) 1988.

Pengerusi Mais itu, jelas Khalis seharusnya mengakui bahawa enakmen berkenaan berhubung pengembangan agama bukan Islam di kalangan orang Islam.

"Oleh itu, apabila ia digunakan dalam keadaan tiadanya usaha mengedar Bible berkenaan kepada orang Islam, maka ia menimbulkan pelbagai tafsiran.

"Pelbagai tafsiran berhubung niat sebenar di sebalik tindakan tersebut timbul kerana 'walaupun tiada angin, masakan pohon bergoyang," katanya.

Mais dalam kenyataannya terhadap Khalid yang mempersoalkan motif pengerusi Mais "melaksanakan strategi Umno" dalam isu penyelesaian 10 Perkara yang dikeluarkan anggota Kabinet menegaskan badan berkenaan bebas tanpa campur tangan mana-mana parti politik.

Mais juga jelas Mohamad Adzib sedia mengambil tindakan perundangan terhadap mana-mana pihak yang menimbulkan hasutan dan fitnah terhadap agensi agama berkenaan.

"Semestinya sebagai badan yang menjaga agama Islam, prinsip-prinsip Islam perlu diutamakan dan bukan sebaliknya," kata Khalid.

"Amat malang sekiranya badan yang menjaga Islam itu sendiri tidak memahami dan menghayati prinsip-prinsip Islam kerana sekiranya begitu, bagaimana kehebatan Islam akan dapat dizahirkan?" soal Khalid lagi. – 30 Januari, 2014.

Rayuan Anwar: Shafee harap Mahkamah Persekutuan buat keputusan pada 11 Februari

Posted: 30 Jan 2014 02:26 AM PST

January 30, 2014

Peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah (gambar) berkata beliau berharap Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan pada hari yang sama iaitu 11 Februari, berhubung rayuan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mengetepikan beliau daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuan terhadap pembebasan ketua pembangkang itu daripada tuduhan liwat.

Beliau berkata keputusan pada 11 Februari akan membolehkan rayuan pihak pendakwaan terhadap pembebasan Anwar didengar pada 12 dan 13 Februari, tarikh yang ditetapkan oleh Mahkamah Rayuan.

Anwar, 66, dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi pada 9 Januari tahun lepas daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, di sebuah unit di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.

Mahkamah Persekutuan menetapkan 11 Feb untuk mendengar rayuan kali kedua Anwar untuk mengetepikan Muhammad Shafee apabila kes itu dikemukakan untuk pengurusan kes Selasa lepas.

Pelantikan Muhammad Shafee, seorang peguam terkenal, dibuat melalui kuasa Peguam Negara mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Tatacara Jenayah dan Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan untuk mengendalikan rayuan di Mahkamah Rayuan.

Pada 20 Disember tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Aziah Ali, sebulat suara menolak permohonan itu dan memutuskan bahawa pelantikan Muhammad Shafee adalah mengikut undang-undang.

Anwar, 66, memfailkan permohonan kedua untuk mengetepikan Muhammad Shafee daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam rayuannya terhadap pembebasan pemimpin pembangkang itu daripada tuduhan liwat dengan menggunakan maklumat daripada perisytiharan berkanun yang dibuat bekas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim untuk menyokong permohonannya.

Permohonan pertama Anwar ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September tahun lepas, dan berikutan itu, beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi turut ditolak. - Bernama, 30 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved