Isnin, 6 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Itu kereta peribadi saya bukan milik kerajaan negeri, kata Mukhriz

Posted: 06 Jan 2014 02:22 AM PST

January 06, 2014

Kedah menafikan laporan sebuah blog pro-pakatan pembangkang yang mendakwa kerajaan negeri membeli sebuah kereta baru sebagai kenderaan rasmi Menteri Besar.

Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir (gambar) berkata Mercedes Benz S300 yang digunakan beliau di Kuala Lumpur dibelinya dengan wang sendiri dua tahun lepas bagi mengurangkan kos kerajaan negeri.

"Tulisan dan lambang Menteri Besar Kedah pada nombor pendaftaran kenderaan itu bertujuan memudahkan saya memasuki pekarangan Istana Negara atau lain-lain urusan rasmi," katanya kepada pemberita ketika menghadiri perhimpunan bulanan staf Wisma Darul Aman di Alor Setar hari ini.

Mukhriz berkata kerajaan negeri tidak membeli kenderaan baru untuk kegunaan beliau atau anggota Exco selepas pilihan raya umum tahun lepas.

Beliau berkata Mercedes Benz S350 menggunakan nombor KCX 8 yang digunakan sebagai kenderaan rasmi dibeli ketika Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar manakala Mercedes Benz S320 dengan nombor pendaftaran KBV 8 dibeli bekas Menteri Besar Datuk Seri Mahdzir Khalid pada 2006. – Bernama, 6 Januari, 2014.

Mujahid dan Marina diserang pertubuhan Islam kerana didakwa bela Kristian

Posted: 06 Jan 2014 02:15 AM PST

OLEH MD IZWAN
January 06, 2014

Pertubuhan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyifatkan perpecahan umat Islam di dalam negara berpunca daripada sikap umat Islam yang menyokong agama Kristian, termasuk sikap pemimpin Datuk Dr Mujahid Yusof (gambar) dan Datin Paduka Marina Mahathir yang disifatkannya menyokong Kristian.

"Hujahnya membuat orang awam jadi keliru, atau menerima saja kerana tidak ada neraca syarak untuk menilai. Sangat pelik dan ajaib pendirian itu untuk dipakai bagi pembela yang mengaku menjadi pemimpin Islam," katanya lagi yang merujuk kepada kenyataan Mujahid.

Isma juga kesal dengan tindakan umat Islam yang ke gereja untuk membela Kristian.

Beliau merujuk kepada anak bekas perdana menteri, Datin Paduka Marina Mahathir serta rakannya yang menyertai hampir 1,000 penganut Kristian di himpunan hari Ahad di Gereja Katolik Our Lady of Lourdes di Klang.

"Jika setiap kali ada pihak Islam yang ikhlas, berani dan lantang cuba untuk mempertahan kedudukan Islam, mereka akan dihentam.

"Tetapi sebaliknya jika perlakuan Kristian yang mencabar agama Islam termasuk kes kedegilan pihak gereja untuk terus menggunakan kalimah Allah, ada pula orang Islam yang membelanya. Beruntung sungguh mereka (Evangelis) itu," bidas Naib Presiden II Isma, Rahman Mat Dali terhadap sikap orang Islam yang memperlekehkan agama sendiri sehingga menguntungkan pihak Kristian dalam satu kenyataan hari ini.

Isma, pertubuhan konservatif Islam, merujuk kepada tindakan Marina memberikan bunga kepada penganut Kristian di gereja berkenaan Ahad semalam.

Selain Isma, kumpulan pendesak Melayu Perkasa juga mengecam tindakan penganut Islam termasuk Marina kerana menyokong tindakan gereja yang bertegas mahu menggunakan kalimah Allah di Selangor.

Dalam pada itu, Marina yang ditemui hari ini selepas Majlis Perundingan Perpaduan Nasional (MPPN) enggan memberikan komen terhadap kecaman Perkasa terhadap dirinya.

"Saya tidak mahu ulas tentang Perkasa. Mereka banyak cakap perkara sampah," kata Marina.

Kontroversi kalimah Allah mendapat perhatian umum kembali selepas Pengarang Herald, Paderi Lawrence Andrew berkata gereja Katolik di Selangor akan terus menggunakan kalimah Allah dalam perhimpunan mingguannya yang menggunakan Bahasa Melayu walaupun Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) telah menghantar notis peringatan mengenai larangan penggunaan kalimah itu oleh orang bukan Islam.

Jais, pada minggu lepas, turut mengambil pendekatan merampas Bible dalam serbuannya ke atas premis Persatuan Bible Malaysia di Selangor. – 6 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved