Selasa, 7 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Paderi Lawrence disiasat bawah Akta Hasutan

Posted: 07 Jan 2014 02:18 AM PST

OLEH MOHD FARHAN DARWIS
January 07, 2014

Pengarang akhbar mingguan Herald, Paderi Lawrence Andrew (gambar) hari ini dipanggil pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk membantu siasatan berhubung kenyataannya dalam laman portal The Malaysian Insider baru-baru ini.

Menurut peguamnya, Francis Pereira, Lawrence disiasat di bawah Seksyen 4 Akta Hasutan.

"Polis soal siasat saya berkenaan kenyataan saya dalam artikel di The Malaysian Insider.

"Mereka soal siasat berkenaan apa yang saya telah katakan dan saya memberikan penjelasan berhubung perkara itu," kata Lawrence ketika ditemui pemberita di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam.

Beliau sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa gereja di Selangor tetap akan menggunakan kalimah Allah dalam upacara keagamaan di gereja atas alasan Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kebebasan beragama di Malaysia.

"Saya jelaskan kepada mereka kita telah menggunakan perkataan Allah dalam Buku Doa Harian, yang juga petikan daripada Bible berbahasa Melayu sejak sekian lama," katanya, yang turut membawa sebuah terjemahan Bible berbahasa Melayu lama berusia lebih 100 tahun ketika sesi soal siasat tersebut.

Kenyataan Lawrence telah direkodkan oleh pegawai penyiasat ASP Effandi Main.

"Saya turut memberikan salinan (kitab) ini kepada polis," katanya lagi, dan menambah kitab berkenaan juga bertarikh 1905.

Beliau telah menerima kritikan dan tekanan pelbagai pihak selepas kenyataan berkenaan disiarkan ekoran ia bercanggah dengan titah Sultan Selangor yang melarang komuniti bukan Islam menggunakan perkataan Allah.

Selangor turut memperuntukkan Enakmen 1998 Agama Bukan Islam di Selangor (Kawalan Penyebaran Agama Kepada Orang Muslim) yang melarang penganut agama lain menggunakan 35 perkataan termasuk Allah, Nabi dan Injil.

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menyerbu Persatuan Bible Malaysia (PBM) minggu lalu turut menerima reaksi negatif banyak pihak.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap hal Ehwal Islam, Permodenan Pertanian dan Pembangunan Desa Selangor, Sallehen Mukhyi bagaimanapun berkata pihak berkuasa agama itu menjalankan serbuan mereka berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP).

Tindakan Jais itu juga jelasnya dibuat berlandaskan aduan orang ramai dan serbuan berkenaan adalah untuk mencari bukti.

Sallehen ketika sidang media bersama Andrew di pejabatnya di Shah Alam berkata, pihaknya akan mengkaji dan memperkemaskan semula SOP Jais dengan mengkehendaki badan penguatkuasa agama berkenaan memaklumkan kepada exco terlebih dahulu berhubung isu antara agama.

"Jais ikut SOP sedia ada. Dari segi sekarang tindakan Jais itu betul," katanya kepada pemberita, dan menambah serbuan yang dilakukan Jais adalah berdasarkan aduan orang ramai.

Sallehen turut berkata, titah Sultan Selangor berkenaan larangan penggunaan perkataan Allah oleh kumpulan penganut agama bukan Islam juga perlu dipatuhi.

"Tuanku sebagai ketua agama. Maka, sebarang tindakan berkaitan enakmen itu, maka ianya terpakai dalam konteks negeri Selangor, kita ikut titah Sultan Selangor," kata Ahli Dewan Undangan Negeri Sabak itu lagi. – 7 Januari, 2014.


 

Petunjuk tahun baru buat Najib

Posted: 07 Jan 2014 02:07 AM PST

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
January 07, 2014

Najib dianggap perdana menteri paling halimunan, tiada kelihatan di waktu rakyat betul-betul memerlukannya. - gambar The Malaysian Insider, 7 Januari, 2014. Najib dianggap perdana menteri paling halimunan, tiada kelihatan di waktu rakyat betul-betul memerlukannya. - gambar The Malaysian Insider, 7 Januari, 2014. Hari ini Januari 7, 2014. Seminggu sudah berlalu dan suasana di Malaysia masih seperti tahun lepas.

Perbalahan yang sama, isu yang sama dan penyelesaian yang sama. Tiada kemungkinan berterusan, atau "Endless Possibilities", di sini.

Nampaknya Putrajaya perlu menukar atau meluaskan pandangan.

Berikut disertakan beberapa petunjuk bagi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang akan meneraju

tahun 2014, lapan bulan selepas memenangi Pilihanraya 2013 dan jawatannya sebagai  presiden Umno yang masih tidak tercabar.

1. Sila duduk di rumah

Bagi mana-mana ahli politik, hanya tunggu masa sahaja sebelum mereka menjadi bahan lawak rakyat. Tun Abdullah Badawi sendiri dapat merasakan masanya akan berakhir sebaik sahaja beliau mula dipanggil kaki tidur, 'Mr Sleepy',  'Slumberjack', dan sebagainya.

Pedulikan yang beliau menghidap apnea tidur. Di minda rakyat, yang membezakan era Abdullah ialah kenyataan bahawa beliau sering tertidur ketika bertugas.

Dalam masa yang singkat, pihak yang berkecuali juga turut menggunakan pelbagai panggilan untuk merujuk

Abdullah. Sejak itu, perdana menteri pada masa itu meluangkan lebih masa mempertahankan dirinya daripada

tugas mentadbir.

Najib sudahpun hampir ke tahap itu. Pengkritik menganggapnya perdana menteri paling halimunan, tiada kelihatan 

di waktu rakyat betul-betul memerlukannya. Walaupun belum sampai ke skala pemberontakan penuh, tetapi penyokongnya sendiri tertanya-tanya tentang tabiat menghilangnya setiap kali adanya krisis di Malaysia.

Beliau suka melancong. Hong Kong, Las Vegas, Monaco, Sydney, London. Kebanyakan masa, untuk urusan rasmi, tetapi beliau juga mempunyai kecenderungan untuk bercuti luar negara atau menyambut tahun baru di luar

Malaysia.

Jadi apabila isu seperti serbuan Jais ke atas Persatuan Bible Malaysia meletup, beliau tidak dapat

dihubungi. Bila beliau akhirnya membuka mulut, masanya sudah terlambat, dan terlalu banyak kata-kata provokatif sudah dilemparkan.

Para pengkritik juga setuju, walaupun Najib ada di Malaysia, beliau terus membisu dalam berhadapan dengan isu sensitif, takut terkena penangannya. Sedih tapi benar.

Namun, tak perlulah kita berangan. Sebagai permulaan, cuba kurangkan bercuti dan melancong supaya apabila bercakap tentang sesuatu isu, tidaklah kedengaran seperti pelancong.

2. Usahlah bercakap seperti pelancong.

Akhirnya Najib bersuara tentang serbuan Jais ke atas Persatuan Bible Malaysia. Beliau menyeru untuk bertenang

dan berdialog. Baiklah. Lebih baik lagi jika beliau dapat angkat gagang telefon dan sampaikan pesanan tersebut

kepada timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yasin, yang tampak terlalu gembira menggalakkan perangai samseng

Umno Selangor.

Ketenangan dan dialog. Setiap seruan untuk berdialog diketepikan Umno, Perkasa dan jabatan Islam di bawah kawalan Umno.

Perdana Menteri meminta rakyat menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan atas isu kalimah Allah, dan

akur kepadanya. Di sinilah masalahnya.

Selapas Mahkamah Rayuan memutuskan bahawa akhbar mingguan Katolik Herald tidak boleh menggunakan kalimah Allah, bukankah beliau sendiri berkata keputusan itu hanya melibatkan Herald?

Jika mengikut hujah tersebut, keputusan yang bakal dibuat Mahkamah Persekutuan tidak akan mempunyai kesan terhadap tindakan pegawai Jais yang merampas 300 Bible Bahasa Malaysia.

Apa yang jelas adalah: dengan menyerbu dan merampas kitab suci, Jais telah melanggar penyelesaian 10-perkara

antara kerajaan Najib dan penganut Kristian. Tiang perjanjian tersebut adalah keputusan kerajaan yang

membenarkan impot dan pengedaran Bible Bahasa Malaysia.

Jadi adakah Najib sudah terkeliru atau beliau lupa tentang isu sebenar di hadapan Mahkamah Persekutuan dan

kesan serbuan Jais? Apapun alasannya, perdana menteri kita umpama pelancong yang baru berjinak

dengan isu-isu Malaysia.

3. Barisan Nasional (BN) jauh terasing dari rakyat biasa

Mereka tidak peduli. Inilah menteri dan ahli politik yang berbelanja mewah dengan majlis dan

jamuan. Mereka tidak dapat faham apa hebohnya, dan mengapa portal berita dan rakyat Malaysia terkejut dengan perbelanjaan majlis perkahwinan mahupun sambutan harijadi yang memakan belanja beratus-ratus ribu ringgit.

Beginilah cara mereka hidup sekian lama. Cerut berharga beribu ringgit. Jam tangan RM300,000. Kereta mewah

RM1 juta. Apartment RM10 juta di London.

Tiada rasa takut apabila rakyat Malaysia bertanya soalan asas ini: bagaimana menteri dengan gaji

RM20,000 sebulan dapat hidup dalam kemewahan seperti bintang Hollywood, atau David Beckham?

Mereka tidak merasa jelak atau berdosa berbelanja besar sedangkan sebuah keluarga biasa ditimpa beban peningkatan kos sara hidup.

Pemimpin Umno/BN, dari peringkat paling rendah sehingga yang paling tinggi, merasakan diri mereka kebal kerana pilihanraya umum dan pilihanraya parti  sudah berakhir dan mereka bergelumang dalam kuasa untuk tiga tahun lagi.

Kelak mereka akan mula melontarkan janji manis mereka, sambil berkempen untuk kembali berkuasa penggal seterusnya. Sehingga itu, mereka akan berada di Putrajaya sementara rakyat Malaysia bergelut mengharungi tahun 2014. 

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved