Rabu, 8 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Bicara saman fitnah Nurul Izzah terhadap Utusan pada 14 April

Posted: 08 Jan 2014 03:12 AM PST

January 08, 2014

Mahkamah Tinggi hari ini menetapkan 14 April bagi perbicaraan kes saman fitnah Anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar (gambar) terhadap Ketua Pengarang Utusan Malaysia Datuk Aziz Ishak dan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad.

Hakim Datuk Hue Siew Kheng menetapkan tarikh itu di dalam kamar dengan dihadiri peguam Azhana Mohd Khairudin yang mewakili Nurul Izzah dan peguam Raihanah Ariffin bagi pihak Utusan.

Azhana ketika ditemui pemberita memberitahu mahkamah menetapkan 14, 15 dan 18 April untuk perbicaraan kes itu.

Beliau berkata kes itu sepatutnya dibicarakan selama tiga hari bermula 22 Januari ini namun ditangguhkan kerana peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun yang mewakili Utusan terlibat dalam petisyen pilihan raya pada tarikh berkenaan.

Pada 23 November 2012, Nurul Izzah memfailkan saman itu kerana mendakwa Aziz dan Utusan memutarbelitkan kenyataannya dalam forum mengenai kebebasan beragama untuk orang Melayu.

Menerusi pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah yang juga Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat mendakwa empat artikel yang mengandungi perkataan fitnah terhadapnya diterbitkan akhbar berkenaan pada 6 dan 7 November 2012.

Beliau memohon perintah supaya kedua-dua defendan memohon maaf dan menarik balik tuduhan fitnah ke atasnya dalam masa 24 jam daripada tarikh perintah itu, selain menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi melampau dan kos difikirkan sesuai oleh mahkamah. - Bernama, 8 Januari, 2014.

Harga barang naik bukan kerana kos bahan api tetapi peranan orang tengah, kata Musa

Posted: 08 Jan 2014 03:08 AM PST

January 08, 2014

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman (gambar) berkata kenaikan harga barang di negeri itu bukan berpunca daripada kenaikan harga bahan api tetapi sebaliknya peranan orang tengah yang cuba mengaut keuntungan.

Beliau berkata kerajaan negeri telah menubuhkan sebuah jawatankuasa khas bagi memantau kenaikan harga barang termasuk tindakan orang tengah memanipulasi harga barangan di pasaran.

Jawatankuasa khas itu dipengerusikan oleh Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabahm Datuk Jainab Ahmad Ayid.

"Kita menerima beberapa aduan mengenai kenaikan harga barangan di Sabah dan kita harus mengambil tindakan dan memantau perkara ini secara konsisten," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca Kabinet pertama bagi tahun ini di Wisma Innoprise, di Kota Kinabalu hari ini.

Musa berkata jawatankuasa khas itu akan memantau kenaikan semua jenis barangan tanpa mengklasifikasikan barangan tertentu terutama barang kawalan.

Dalam perkembangan lain, Musa berkata sambutan Maulidur Rasul peringkat negeri buat julung kali akan diadakan di Tawau pada Isnin dan Selasa ini.

Beliau berkata majlis tahlil dan bacaan Yassin akan diadakan pada Isnin dan perarakan sambutan di Padang Perbandaran Tawau pada keesokkannya. - Bernama, 8 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved