Khamis, 9 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Malaysia: Di mana kontrak dan perjanjian tidak dihormati

Posted: 09 Jan 2014 03:44 AM PST

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
January 09, 2014

Penggunaan kalimah Allah seharusnya tidak menjadi isu sekiranya kerajaan Persekutuan berpegang pada janji yang telah dimeterai. Gambar fail.Penggunaan kalimah Allah seharusnya tidak menjadi isu sekiranya kerajaan Persekutuan berpegang pada janji yang telah dimeterai. Gambar fail.Manusia dipegang pada janji tetapi kerajaan persekutuan Barisan Nasional (BN) semakin dikenali dengan reputasinya yang tidak menghormati beberapa perjanjian sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Terbaru,  penyelesaian 10-perkara dengan masyarakat Kristian di Malaysia yang telah dipersetujui sebelum pilihan raya negeri Sarawak pada 2011 bagi mengurangkan kebimbangan mereka berkenaan penggunaan kalimah Allah dalam Bible bahasa Melayu dan Iban.

Resolusi  yang dipersetujui oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala dan Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail itu telah diberi kepada Persekutuan Kristian Malaysia (PKM) dalam surat bertarikh 11 April 2011, daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Dalam resolusi 10-perkara itu, Putrajaya memberi jaminan kepada penganut Kristian Bumiputera yang ramai bilangannya di Sabah dan Sarawak bahawa mereka bebas menggunakan Bible dalam bahasa Melayu dan Iban.

Bagaimanapun, isu itu ditimbulkan semula apabila minggu lalu Jabatan Agama Islam Selangor (Jais ) menyerbu Pertubuhan Bible Malaysia (PBM) dan merampas 320 Bible versi Melayu dan Iban di bawah  Enakmen Kawalan Pengembangan Agama Bukan Islam 1988 yang mengehadkan perkataan-perkataan seperti Allah daripada digunakan oleh bukan Islam.

Selangor telah meminta Putrajaya untuk menyelesaikan isu-isu undang-undang terutama mengenai  undang-undang negeri dan resolusi 10-perkara tetapi Kabinet persekutuan yang bertemu semalam buat kali pertama tahun ini memutuskan untuk menanti  keputusan Mahkamah Persekutuan.

Pada 24 Februari nanti, Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan sama ada membenarkan Gereja Roman Katolik membuat rayuan kepada Mahkamah Rayuan terhadap larangan Kementerian Dalam Negeri yang mengharamkan perkataan Allah daripada digunakan oleh edisi Katolik mingguan Herald Bahasa Malaysia.

Selain itu, terdapat juga beberapa contoh lain yang membabitkan perjanjian yang tidak dipatuhi.

Kontrak petroleum dengan negeri-negeri di mana Petronas sepatutnya membayar royalti minyak seperti yang berlaku kepada Terengganu dan Kelantan.

Namun, apabila Terengganu jatuh kepada pembangkang, Putrajaya mula membayar "Wang Ehsan" melalui Pejabat Persekutuan dan bukan kepada kerajaan negeri sebagaimana sepatutnya.

Sehingga kini, Putrajaya sedaya upaya melucutkan hak Kelantan terhadap royalti minyak walaupun presiden pengasas Tengku Razaleigh Hamzah mendesak bahawa kontrak membenarkan bayaran tersebut.

Satu lagi perjanjian yang diingkari adalah dengan Parti Komunis Malaya (PKM) selepas mereka meletakkan senjata pada 2 Disember 1989 .

Antara syarat-syarat yang diletakkan adalah Setiausaha Agung PKM Chin Peng dan komunis lain boleh kembali ke Malaysia. Chin Peng membawa kes ini ke mahkamah tetapi kalah.

Beliau meninggal dunia di Bangkok 16 September lepas, pada ulang tahun ke-50 perjanjian Malaysia yang membawa Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Singapura sebagai satu negara.

Kerajaan telah mengharamkan sebarang usaha untuk membawa abu mendiang pulang ke negara ini.

Apabila situasi berubah, kerajaan pada bila-bila masa akan berubah daripada apa yang dipersetujui bagi mencapai matlamat walaupun kadangkala ia mengabaikan tanggungjawab..

Bagaimanakah seseorang boleh menghormati sebuah kerajaan yang tidak menghormati kesucian kontrak? Dan anda perlu tahu, ia adalah kontrak dan perjanjian yang diakui serta dimeterai oleh kerajaan sendiri. – 9 Januari, 2014.

Cuepacs cadang gaji minimum penjawat awam RM1,200

Posted: 09 Jan 2014 02:44 AM PST

January 09, 2014

Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini mencadangkan kerajaan menaikkan kadar gaji minimum penjawat awam kepada RM1,200 bagi mengimbangi kos sara hidup yang semakin meningkat.

Presidennya Azih Muda berkata berdasarkan analisis Cuepacs, kos sara hidup yang meningkat antara lapan dan 10% sekarang memberi tekanan kepada penjawat awam khususnya yang tinggal di kawasan bandar besar, memandangkan kenaikan gaji sektor awam hanya sekitar dua hingga 2.5%.

Kumpulan yang paling merasai tekanan ini ialah 54 dan ke bawah, katanya dalam sidang media selepas sesi taklimat kepada warga kerja Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, di sini.

Beliau berkata  Cuepacs juga menggesa kerajaan menyelaraskan Elaun Sara Hidup (Cola) bagi seluruh negara manakala Imbuhan Tetap Khidmat Awam dinaikkan kepada minimum RM250.

Pada 2011, Cuepacs mencadangkan kepada kerajaan agar memperkenalkan gaji minimum RM900 untuk membantu kelompok kumpulan pelaksana seperti pekerja am rendah, pembantu pejabat dan pemandu yang menerima gaji asas bawah RM700 sebulan. - Bernama, 9 Januari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved