Isnin, 27 Januari 2014

The Malaysian Insider :: Opinion


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion


Playing the religion card

Posted: 26 Jan 2014 03:51 PM PST

January 27, 2014

Ying Hooi is attached with a local university. Her research interests cover the fields of civil society, social movements, protests, political participation, human rights and democratization.

In Malaysia, religious diversity is an important part of its culture. Very often, especially recently, religion has been at the centre of political debate. While the "Allah" tussle is still on going, the issues related to religion crop up every now and then.

With the advancement of social media networking sites such as Facebook and Twitter, messages were spread easily and quickly, sparking sensitivity.

These days, a religious tag is put on just about everything and anything. Everything in Malaysia is perceived with a religious spectrum. It has come to a stage where you become a Muslim if you sit in a mosque, or Christian if you sit in a chapel. The result is that Malaysians have become very much confused.

For example, the Solidarity and Charity Organisation (Isco) has recently demanded the Penang authorities to ban the open selling of pork because it is against Muslim sensitivity. So does it also mean that we need to have Muslim markets and non-Muslim markets now?

The level of religious sensitivity is not the same as it was before. If it were, then we would have no problem now.

Malaysia has been constantly "qualifying" itself on world press for mostly ridiculous reasons. Under the headline "Pig photos censored in Malaysia", Al-Jazeera carried the news of how the faces of pigs in two photos in the International New York Times were blacked out.

Malaysia has garnered international attention for being the only country in the world that regulates the word "Allah", making it exclusive for Muslims.

Several independent United Nations human rights experts including the UN Special Rapporteur on freedom of religion or belief, Heiner Bielefeldt, has called on Malaysia to reverse its decision on the "Allah" issue, warning that if the issue prolongs, it could have far-reaching implications for religious minorities in the country.

Religious sensitivities are running deep in Malaysia. At this stage, understanding religious beliefs other than our own is very crucial.

Yes, we should be sensitive towards one another, but not overly sensitive.

The government has shied away from liberal reforms as promised, and politicised religious issues to its advantage.

Many have argued that the government deliberately aggravate tensions between Malaysians of different faiths to distract them from the economic hardship, mainly due to hike in prices. It is generally known that the Barisan Nasional is wholly dependent on securing its voter base among the rural Malay community, and their votes are even more crucial after the BN lost their two-thirds majority in the 2008 and 2013 polls.

Most importantly, we should not fall into the "ploy" of politicians and let ourselves divided between Muslims and non-Muslims. Let's celebrate diversity, Malaysians. - January 27, 2014.

* This is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the views of The Malaysian Insider.

Mari mengenal Datuk Guluji

Posted: 26 Jan 2014 03:20 PM PST

January 27, 2014

Uthaya Sankar SB berkarya dalam Bahasa Malaysia. Beliau adalah presiden Kumpulan Sasterawan Kavyan (Kavyan) dan pemilik tunggal Perunding Media, Motivasi dan Penerbitan Uthaya. Selain menulis, membaca dan bercakap, beliau juga suka menonton filem.

Orang ramai – khususnya kaum India – cepat percaya apabila sesuatu disiarkan di akhbar. Kalau ada berita mengenai kehebatan seorang guru agama (guruji) maka mereka ketara menerima bulat-bulat berita itu sebagai fakta yang 100% benar.

Mereka tidak cuba berfikir kemungkinan "berita" itu sebenarnya "iklan berbayar" yang disajikan secara penuh kreatif dalam format berita. Demikian sebahagian pandangan yang dikongsikan sekumpulan mangsa sebuah organisasi yang dipercayai menyebarkan ajaran sesat atas nama kelas bimbingan motivasi.

Khabarnya ada seorang-dua doktor perubatan yang menulis rencana khas di media untuk memuji-muji dan memuja Datuk Guluji (bukan nama sebenar). Malah, seolah-olah mengatasi kehebatan Datuk Seri Guruji (Balakrishnan Vellasamy) yang dikenali rata-rata kaum India-Hindu di Malaysia.

Setiap tahun, sempena hari jadi Guluji, sekitar 5,000 orang khabarnya mengadakan upacara sembahyang khas baginya. Mereka akan menyembah kaki serta mencium tapak kaki lelaki itu yang mereka anggap sebagai jelmaan Tuhan.

Gambaran watak Datuk Guluji berdasarkan imaginasi penulis.Gambaran watak Datuk Guluji berdasarkan imaginasi penulis.Sejak beberapa tahun lalu, para pengikut fanatik yang bagaikan sudah dipukau itu turut menyembah dan mencium kaki Datin Guluji, iaitu isteri kepada guruji berkenaan.

Pada awal Disember 2013, saya menulis sebuah makalah mengenai Datuk Guluji. Sejak itu, ramai yang menghubungi saya untuk berkongsi pengalaman menjadi mangsa beberapa guruji (sila bezakan antara "Guluji" dan "guruji" supaya tidak terkeliru).

Saya diberitahu bahawa maklumat mengenai segala penipuan dan manipulasi yang dilakukan oleh Guluji pernah didedahkan oleh salah seorang bekas pengikut setianya sendiri.

Pengikut tegar itu merupakan seorang usahawan yang benar-benar telah mengharapkan Guluji membawa kebahagiaan spiritual dalam hidup keluarganya.

Dia pada mulanya menyangka Guluji adalah guruji tulen yang benar-benar berkhidmat demi Tuhan. Guluji diharapkan dapat membantu menjadi "guru" (petunjuk) ke arah mendekati Tuhan, selaras ajaran Hindu.

Selepas pengikut tegar itu menyedari penipuan, manipulasi, ilmu hitam dan pukau yang digunakan oleh Guluji, dia meninggalkan terus kumpulan itu yang beroperasi sebagai sebuah syarikat perniagaan yang mengendalikan sesi motivasi keagamaan.

Dia mula mengadakan siri ceramah untuk memberikan kesedaran kepada orang ramai supaya mereka tidak menjadi mangsa penipuan Guluji yang kononnya ada kuasa "magis" dan "mukjizat".

RUMAH, KERETA, PEJABAT DIBAKAR PENGIKUT TEGAR

Dipendekkan cerita, rumah pemuda itu disimbah petrol dan dibakar pada suatu malam oleh sekumpulan orang yang tidak dikenali. Mujurlah keluarga itu berjaya menyelamatkan diri. Rumah, harta-benda dan kereta khabarnya musnah dalam tragedi itu.

Saya pernah terbaca berita hampir serupa di sebuah akhbar Bahasa Inggeris pada sekitar Februari 2010. Terdapat juga berita di akhbar TheSun (8 Mac 2010) mengenai ibu pejabat Malaysia Hindu Sangam (MHS) dicampakkan bom botol (Molotov cocktail) sementara dua kereta mewah milik presiden dan timbalan presiden dibakar.

Untuk makluman, ibu pejabat MHS di PJS, Petaling Jaya terletak hanya beberapa meter dari pejabat Rajayoga Power Transcendental (RPT) milik Datuk Seri Guruji dan khabarnya tentulah "dilindungi" kuasa guruji itu. Kalau tidak, mungkin pejabat MHS sudah musnah.

Saya kurang pasti apakah kejadian-kejadian cubaan membakar kereta, rumah dan pejabat ini saling berkaitan atau sekadar kes-kes terpencil dan berasingan. Sama-sama kita harapkan pihak berkuasa masih menjalankan siasatan dan suatu hari nanti – sebelum 31 Disember 2020 – akan ada jawapan rasmi menerusi sidang media khas.

Sementara itu, sekumpulan bekas mangsa Guluji yang saya temui untuk mengadakan perbincangan tertutup turut mempersoalkan mengapa agaknya akhbar-akhbar Tamil yang berjumlah lebih lima buah tidak berminat melaporkan berita mengenai penipuan yang dilakukan Guluji dan beberapa guruji palsu.

Hanya Tamil Malar menyiarkan siri berita mengenai beberapa guruji.Hanya Tamil Malar menyiarkan siri berita mengenai beberapa guruji.Hakikat yang nyata adalah bahawa Tamil Malar merupakan satu-satunya akhbar yang berani menyiarkan siri berita berupa pendedahan mengenai beberapa guruji palsu sejak pertengahan Disember 2013.

Sewaktu saya bertemu bekas presiden MHS, Datuk A Vaithilingam di rumah beliau di Petaling Jaya pada 19 Januari 2014, beliau turut memuji keberanian Tamil Malar membuat pendedahan yang dianggap amat penting dan tepat pada masanya.

Mungkinkah akhbar-akhbar lain tidak berani kerana mendapat habuan menerusi iklan atau sumbangan lain daripada Guluji? Atau mungkinkah para pengikut tegar Guluji membeli ruang iklan semuka penuh (warna) pada setiap tahun sempena hari jadi Guluji dan isterinya?

Memandangkan saya bukan pembaca tegar mana-mana akhbar versi bercetak – Bahasa Malaysia, Inggeris, Tamil, Mandarin – maka saya tidak pasti apakah bentuk iklan yang disiarkan. Saya hanya sesekali membelek akhbar Tamil untuk melihat foto pelakon, dan akhbar Inggeris untuk membaca ruangan komik.

Khabarnya cara Guluji "mengawal" para pengikutnya adalah dengan menanamkan rasa takut dalam jiwa mereka. Maknanya, para pengikut tidak akan berani melawan atau membantah apa-apa yang dilakukan atau dikatakan oleh Guluji.

Mungkinkah juga rasa takut yang sama dijadikan senjata oleh Guluji dan gerombolan pengikut tegarnya untuk mengugut dan memberikan amaran kepada media konvensional supaya tidak melaporkan apa-apa yang negatif mengenai operasi mereka?

CIRI-CIRI ASAS SEORANG GURUJI

Mangsa-mangsa Guluji yang menghubungi saya tidak menolak memungkinan itu. Wakil beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India-Hindu yang saya kenali juga berpandangan demikian. Bagaimanapun, semua itu hanyalah pandangan dan bukannya tuduhan.

Secara paling asas, dalam ajaran Hindu dan budaya India, seorang guruji merupakan "guru" atau individu berilmu yang boleh dijadikan ketua yang mampu memimpin dan membimbing para pengikutnya "menemui" Tuhan.

Konsep "guru" seperti ini juga terdapat dalam mana-mana agama lain di dunia. Maka, bukan semua guruji dipersalahkan sebagai penipu. Memang masih wujud ramai guruji yang tulen dan benar-benar menjadi "guru" demi membimbing para pengikutnya menuju jalan kebenaran.

Ada beberapa cara mudah untuk mengenal pasti sama ada seseorang itu guruji tulen atau palsu. Saya mempelajarinya hasil perkongsian maklumat dengan pelbagai pihak – sama ada secara bersemuka atau menerusi laman rangkaian sosial – sejak November 2013.

Seorang guruji tulen tidak akan menetapkan jumlah bayaran atau pengeras yang perlu diberikan oleh pengikutnya. Pada saat seorang guruji – atau agennya – menetapkan harga (misalnya RM700 bagi satu sesi) maka berwaspadalah kerana ia mungkin sindiket haram. Apatah lagi jika tidak ada sebarang resit rasmi dikeluarkan.

Seorang guruji tulen juga tidak akan meminta atau memaksa para pengikut memuji-muji atau memuja dia dan isterinya sebagai "dewa-dewi". Tidak akan ada mantera khas yang mengangkat-angkat atau mengampu dirinya sendiri.

Sebaliknya dia akan sentiasa menekankan bahawa dirinya hanyalah "guru" atau "penunjuk arah" ke jalan menemui Tuhan (atau lazimnya disebut "Kadavul" dalam Tamil, "God" dalam Inggeris dan "Allah" dalam Arab).

Seorang guruji tulen tidak akan bergantung kepada pertunjukan silap mata dan mantera atau ilmu pukau untuk meyakinkan (atau mempengaruhi) para pengikut mengenai kedudukannya sebagai "guru" yang mampu menjadi pemimpin mereka.

Segala panduan dan ciri-ciri ini adalah berdasarkan sebahagian maklumat daripada bekas mangsa Guluji. Ada beberapa ciri yang umum dan mungkin ada persamaan dengan kelompok guruji lain.

Tentu sahaja segala kriteria ini tidak menyentuh mana-mana kumpulan atau guruji secara khusus. Segala persamaan dengan mana-mana guruji atau kumpulan ajaran sesat yang dipimpinnya adalah secara kebetulan sahaja.

Saya percaya bahawa masih ada banyak kisah dan rahsia Guluji yang amat menarik untuk dikongsikan kepada umum. Mangsa Guluji boleh menghubungi  saya menerusi e-mel uthayasb@yahoo.com.my untuk mengaturkan pertemuan tertutup. – 27 Januari, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved