Sabtu, 15 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pakatan jadi kerajaan jika persempadanan adil, kata NGO pilihan raya

Posted: 15 Feb 2014 02:27 AM PST

OLEH SHERIDAN MAHAVERA
February 15, 2014
Latest Update: February 15, 2014 07:02 pm

Ng Chak Ngoon berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.Ng Chak Ngoon berucap di forum awam berkenaan Sistem Pilihan Raya di Dewan Sivik MBPJ, Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 15 Februari, 2014.Sebanyak 117 kerusi Parlimen.

Itulah  jumlah kerusi yang sepatutnya dimenangi Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum  ke-13 (PRU13) lalu daripada semua 222 kerusi Parlimen yang mengandungi bilangan pengundi dan kuasa setiap undi adalah sama, kata kumpulan pemerhati pilihan raya hari ini.

Tindak Malaysia berkata, keputusan alternatif pilihan raya umum itu adalah berdasarkan persempadanan peta pilihan raya di seluruh negara yang  disusun semula pengundi di setiap negeri supaya setiap kawasan mempunyai bilangan pengundi hampir sama.

Menurut mereka, peta persempadanan kawasan pilihan raya akan membetulkan ketidakseimbangan terhadap populasi antara kerusi – dikenali dengan istilah malapportionment - yang menyebabkan keadaan semasa sebagai contoh iaitu undi di Putrajaya bersamaan sembilan undi di Kapar .

Pengasas bersama kumpulan itu Ng Chak Ngoon berkata kumpulan itu kemudian mengkaji corak pengundi pada PRU13 yang dilakar semula pada peta.

Tiada kerusi baru. Peta yang dibentangkan di forum reformasi pilihan raya di Petaling Jaya hari ini, menggunakan jumlah kerusi Parlimen yang sama iaitu 222.

Dalam kajian Tindak Malaysia, BN hanya akan menang 105 kerusi, berbanding 133 kerusi yang dimenangi dengan peta pilihan raya terkini, yang dikritik secara meluas tidak dikendalikan dengan baik dan gerry mandering – persempadanan yang dimanipulasikan.

Pada PRU13, BN memenangi 133 kerusi berbanding 89 kerusi yang dimenangi oleh PR, walaupun pembangkang berjaya memperoleh 51% undi popular.

Beberapa kumpulan NGO menegaskan kemenangan BN pada pilihan raya itu walaupun memenangi undi kurang popular adalah bukti bahawa kawasan pilihan raya semasa tidak menggambarkan dengan tepat bagaimana rakyat Malaysia mengundi. – 15 Februari, 2014.

Adenan jemput Effendi berbincang

Posted: 15 Feb 2014 01:02 AM PST

February 15, 2014

Bekas Menteri Pertanian Datuk Seri Effendi Norwawi (gambar) bersedia membantu pentadbiran baharu Sarawak jika diminta berbuat demikian termasuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian jika berlaku kekosongan.

Bakal Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem yang mengesahkan perkara itu berkata beliau ada menghubungi Effendi kelmarin dan akan berbincang dengan Effendi berhubung peranan yang boleh dimainkan beliau dalam pentadbiran baharu negeri ini.

Adenan berkata mereka akan membincangkan beberapa perkara apabila bertemu kelak tetapi tidak menyatakan butiran lanjut.

"Saya akan bincang dengan beliau...Effendi Norwawi dialu-alukan untuk bertemu saya pada bila-bila masa.

"Apabila beliau datang bertemu saya, kami akan bincang beberapa perkara," katanya ketika ditemui pemberita selepas menghadiri Majlis Persandingan Dayang Dina Masfira Abang Affendi dan Azlan Shah Patrick Ling di kediaman bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai Abang Mohideen di Kuching hari ini.

Adenan akan mengangkat sumpah jawatan sebagai Ketua Menteri Sarawak yang baharu pada 28 Februari ini.

Dalam laporan akhbar hari ini, Effendi berkata Adenan ada menghubungi beliau dan memintanya bertemu secepat mungkin.

Bernama sebelum ini melaporkan sekiranya Ketua Menteri Tan Sri Abdul Taib Mahmud mengosongkan kerusi DUN Balingian, anak sulungnya Datuk Seri Mahmud Abu Bekir atau Effendi akan menjadi calon Barisan Nasional (BN) untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Satu lagi nama yang disebut ialah bekas Setiausaha Tetap Kementerian Pelancongan Sarawak Akit Sebli.

Sebelum ini, media melaporkan bahawa Effendi sudah tidak berminat untuk kembali ke arena politik.

Effendi menyertai Kabinet pada 1999 dan bersara daripada politik pada 2008.

Beliau pernah menjadi Anggota Parlimen bagi kawasan Dalat dari 1999 hingga 2004. – Bernama, 15 Februari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved