Ahad, 2 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Daripada cadang Chong Wei, baik Umno bertanding di Kajang, kata veteran parti

Posted: 02 Feb 2014 03:10 AM PST

February 02, 2014

Banyak pihak tidak bersetuju dengan cadangan MCA meletakkan Lee Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang. Banyak pihak tidak bersetuju dengan cadangan MCA meletakkan Lee Chong Wei sebagai calon BN di DUN Kajang. Cadangan bagi menjadikan pemain badminton negara Datuk Lee Chong Wei sebagai calon Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim melihatkan MCA tidak serius menghadapi pilihan raya itu, kata Kelab Veteran Umno.

Setiausaha agungnya, Datuk Mustapha Yaakub berkata mengheret Lee sebagai calon BN membuktikan MCA tidak berkeyakinan memenangi PRK itu selain Kajang bukanlah medan ujian bagi MCA selepas mempunyai pemimpin baru.

"Veteran daripada dahulu berpendapat, jangan jadikan PRK Kajang sebagai tempat menguji kekuatan MCA. Sekiranya mereka tidak yakin, serahkan sahaja kepada Umno.

"Apa yang penting BN menang. Walaupun bukan senang untuk mengalahkan Anwar tetapi ia tidak mustahil BN boleh membuat kejutan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata pada Jumaat partinya akan meneliti semua cadangan termasuk meletakkan Lee sebagai calon BN dalam PRK DUN Kajang.

Katanya, populariti Lee mungkin boleh membantu memberikan kemenangan kepada BN di kerusi tersebut.

Mustapha berkata meskipun Kajang adalah kawasan tradisi MCA tetapi parti itu tidak seharusnya menjadikan PRK DUN Kajang sebagai taruhan.

Katanya, Liow adalah calon yang lebih layak mewakili MCA jika parti komponen BN itu berhasrat untuk bertanding di PRK itu nanti.

"Kalau benar MCA mahu menjadikan PRK Kajang sebagai medan ujian selepas mendapat kepimpinan baru maka adalah wajar sekiranya Liow yang bertanding," katanya.

Lee dalam kenyataan balasnya semalam menyifatkan dirinya bukan ahli politik dan lebih berminat untuk memberi tumpuan kepada kerjayanya sebagai pemain badminton antarabangsa.

"Saya tidak tahu apa-apa, tiba-tiba dapat banyak panggilan bertanyakan tentang perkara ini. Memang terkejut sangat," katanya kepada akhbar milik Umno, Utusan Malaysia.

Sementara itu, Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin Abu Bakar meminta agar Lee tidak dilibatkan dalam PRK DUN Kajang kerana jaguh badminton negara itu merupakan khazanah negara.

"Tolong jangan sentuh Chong Wei. Beliau adalah khazanah negara. Sebagai Menteri Belia dan Sukan, saya tidak benarkan," katanya dalam akaun Twitter semalam.

Ketua Umno Bahagian Padang Besar Datuk Zahidi Zainul Abidin mencadangkan pada Khamis agar MCA meletakkan Lee sebagai calon BN di DUN Kajang kerana popularitinya mampu menandingi populariti Anwar.

Zahidi yang juga Ahli Parlimen Padang Besar berkata, pemilihan Chong Wei sebagai calon dapat mengalihkan pelbagai isu yang melanda negara sekarang. – 2 Februari, 2014.

Jalan Anwar ke Kajang penuh liku dengan taktik kotor Umno

Posted: 02 Feb 2014 03:04 AM PST

ANALISIS BERITA OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
February 02, 2014

Mampukah Anwar melepasi segala halangan untuk memenangi PRK DUN Kajang? - Gambar The Malaysian Insider.Mampukah Anwar melepasi segala halangan untuk memenangi PRK DUN Kajang? - Gambar The Malaysian Insider.Dalam kesibukan orang ramai membahaskan tindakan betul atau salah Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding kerusi DUN Kajang, terdengar amaran keras dari dalam Umno.

Umno dan kononnya pertubuhan bukan kerajaan (NGO ) memulakan kempen mereka untuk menyekat Anwar daripada mendapat akses kepada para pengundi – bukti yang menunjukkan kebimbangan mereka yang sangat nyata.

Dari Perlis ke Johor, setiap muslihat telah dijalankan terhadap pembangkang. Pada masa tertentu, pengaruh istana digunakan dan kadang- kala bekerjasama dengan pihak berkuasa agama.

Bagaimanapun,  taktik undang-undang yang sering digunakan oleh Umno.

Justeru, ini yang nampaknya terjadi kepada kejadian di Kajang di mana Anwar dihalang daripada memberi tazkirah di sebuah masjid di Impian Saujana, Kajang yang dikatakan atas arahan daripada Majlis Agama Islam Selangor (Mais).

Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya memberikan tazkirah sebelum Jumaat manakala Ketua Peneraangan PKR, Dr Muhd Nur Manuty sepatutnya memberi khutbah Jumaat.

"Tetapi selepas solat subuh pada 30 Januari, pihak masjid memberitahu kami bahawa mereka telah ditekan oleh Mais untuk menghentikan acara tersebut. Justeru, ahli jawatankuasa masjid tidak berani untuk meneruskan perancangan awal itu.

"Jadi kami terpaksa cepat mencari masjid lain," kata sumber itu, yang juga adalah sebahagian daripada pasukan Anwar, menjelaskan bagaimana program ini kemudiannya berpindah dari masjid Impian Saujana ke masjid kariah di Batu 10 Cheras, yang merupakan sebahagian daripada kawasan Kajang. Ini  juga bagaimanapun turut disekat oleh Mais di saat-saat akhir.

Sumber itu berkata, Mais dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) mengancam untuk menangkap Anwar jika beliau menyampaikan tazkirah sambil menekankan bahawa beliau tidak mempunyai tauliah untuk memberi kan ceramah atau khutbah di masjid-masjid di Selangor.

Disebabkan halangan  itu, Anwar, Muhd Nur, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan para pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir, solat di Masjid Kariah.

Mereka kemudian bercakap kepada jemaah selepas solat .

Sudah tentu, terdapat undang-undang negeri yang mengatakan ucapan tersebut tidak dibenarkan. Tetapi jelas menunjukkan ia hanya terpakai kepada pihak atau mereka yang tidak diingini.

Ini juga telah berlaku kepada pemimpin-pemimpin pembangkang yang lain dan pendakwah atau pensyarah yang tidak selari dengan Umno atau kumpulannya yang sekali gus mencerminkan betapa penghormatan diinstitusikan dan feudal  dicemari sebuah parti nasional Melayu.

Apapun, ia terpulang kepada Anwar dan sekutunya yang mengatakan pencalonan beliau adalah bagi menghalang senario tersebut daripada berlaku – bahawa semua agensi dan jabatan akan digunakan oleh Umno untuk menawan semula negeri terkaya di Malaysia daripada PR.

Dalam erti kata lain, ia adalah tindakan bahawa kerajaan Selangor diancam dan beberapa jabatan bertindak tepat apabila mereka bertindak tidak selari dengan kerajaan negeri.

Dan ia menjelaskan mengapa banyak agensi dan jabatan yang menegaskan bahawa mereka bebas daripada mana-mana pihak politik, sebenarnya melakukan yang sebaliknya sehingga menjejaskan pihak lain dan juga rakyat Selangor.

Keadaan tidak mudah bagi Anwar atau pembangkang tetapi  pihak berkuasa terbabit perlu tahu bahawa tindakan mereka hanya akan membuatkan masyarakat menyalahkan Umno dan menyokong pihak lawan.

Sememangnya ia suatu kedegilan, begitu juga pihak berkuasa apabila mereka mengabaikan kebebasan mereka dan bertindak menentang rakyat. – 2 Februari, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved