The Malaysian Insider :: Bahasa |
Tawaran tampar Teresa Kok dinaikkan sehingga RM1,200 kata NGO Islam Posted: 06 Feb 2014 02:33 AM PST Menurut Presiden Seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkfli Sharif, tawaran dibuat itu terbuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat Kok menerima pembalasan. "Tawaran ini terbuka kepada semua. Maksudnya, siapa sahaja yang dapat menampar Teresa Kok dengan disertakan gambar sebagai bukti, kita akan beri ganjaran sebanyak RM1,200," kata Zulkifli kepada The Malaysian Insider apabila dihubungi di Kuala Lumpur. "Pada mulanya memang kita hanya tawarkan RM500, namun ganjaran itu dinaikkan sebanyak RM1200 hasil sumbangan ahli kita." Beliau juga tidak menolak kemungkinan jumlah ganjaran tersebut akan meningkat sekiranya ada lagi individu menampilkan diri memberi sumbangan. â 6 Februari, 2014. MENYUSUL LAGI |
Pelajar 14 tahun tertelan jarum peniti Posted: 06 Feb 2014 02:16 AM PST Seorang pelajar Tingkatan Dua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bukit Payong, Hulu Besut tertelan jarum peniti ketika sedang mencungkil makanan di celah-celah gigi di kantin sekolahnya, semalam. Mangsa yang dikenali sebagai Mohd Alif Aiman Zulkifli tertelan jarum itu selepas makan di kantin sekolahnya kira-kira 1 tengah hari. Ketika ditemui di Hospital Besut hari ini, ibunya Zawahir Mustafa, 40, berkata dalam kejadian itu anaknya menggunakan jarum peniti yang dijumpai di sekolah untuk mencungkil sisa makanan selepas makan di kantin. Katanya ketika dia sedang leka mencungkil giginya tiba-tiba datang seorang rakannya berbual-bual dengannya apabila dengan tiba-tiba jarum peniti yang dipegangnya itu terlepas dan masuk ke dalam tekaknya. "Anak saya berasa sakit dan suaranya mula hilang hingga menyebabkan rakannya memberitahu kepada gurunya yang kemudiannya membawanya ke hospital," katanya. Menurut Zawahir selepas dirawat selama sejam keadaan anaknya mula stabil dan boleh bercakap tetapi jarum peniti itu masih belum dapat dikeluarkan. Menurut doktor sekiranya jarum peniti itu masih tidak dapat dikeluarkan sehingga Sabtu ini, anaknya akan dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Dua minggu lepas, pelajar Tingkatan Satu SMK Bukit Payong tertelan jarum peniti tetapi pulih apabila jarum itu dapat dikeluarkan selepas dua hari beliau menerima rawatan di Hospital Besut. - Bernama, 6 Februari, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan