The Malaysian Insider :: Bahasa |
Bendung provokasi penyokong, kata Khairy Posted: 08 Feb 2014 02:18 AM PST Sambil meluahkan kekecewaan terhadap kekecohan yang berlaku antara penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT) dan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam tadi, beliau berkata FAM perlu menangani perkembangan itu dengan tegas. "Saya sudah berbincang dengan Datuk Hamidin Mohd Amin (Setiausaha Agung FAM) dan beliau memberi jaminan akan menangani isu ini dengan serius. "Saya amat risau dengan apa yang berlaku," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada simposium kepimpinan "National Aspiration and Leadership Symposium" di Kuala Lumpur hari ini. Berlaku provokasi antara penyokong kedua-dua pasukan sebaik perlawanan tamat yang turut menyebabkan ada penyokong JDT cedera dipercayai akibat terkena balingan objek keras. Sebelum kira-kira 300 penyokong JDT cuba bertindak balas, Pasukan Simpanan Persekutuan berjaya meleraikan kumpulan terbabit yang cuba menyerbu ke arah kumpulan penyokong Pahang. Pahang menang tipis 3-2 dalam perlawanan itu. - Bernama, 8 Februari, 2014. |
Nalla buat laporan polis, dakwa ada pihak cuba halangnya bertanding di Kajang Posted: 08 Feb 2014 02:11 AM PST Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MUIP) itu, yang diiringi tujuh penyokong, membuat laporan di Balai Polis Daerah Sentul pada 3 petang. Nallakarupan memaklumkan pemberita laporan itu bagi membolehkan polis menyiasat gangguan terhadapnya yang didakwa bertujuan menghalang hasrat beliau untuk bertanding seperti diumumkan kepada media Selasa lepas. PRK itu diadakan setelah Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang Lee Chin Cheh meletak jawatan pada 27 Januari lepas. Selain Nallakarupan, yang juga Anggota Dewan Negara, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding bagi merebut kerusi DUN Kajang pada 23 Mac ini. Nallakarupan pernah mendakwa pemimpin pembangkang itu tidak layak menjadi pemimpin atas alasan masalah moral. - Bernama, 8 Februari, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan