Rabu, 5 Februari 2014

The Malaysian Insider :: Opinion

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Opinion

Sungha Jung, Tegar dan gitar

Posted: 04 Feb 2014 04:46 PM PST

February 05, 2014

Meor Yusof Aziddin adalah Malaysian folk singer/songwritter yang telah menghasilkan 10 album indipenden sejak tahun 2000 sehingga 2011. Juga penulis untuk buku tentang kehidupan, "Sembang Tepi Jalan" dan "Syurga Yang Hilang." Memblog di www.pestajiwa.net. Berkerjaya sebagai "professional busker" di KL Sentral di bawah pengurusan KTMB sejak tahun 2010 sehingga ke hari ini.

Ada beberapa persamaan antara 2 orang insan seni yang sedang hangat di pasaran masa kini, pemuzik Sungha Jung dan Tegar, si penyanyi cilik dari Indonesia.

Kedua-duanya berjaya mencipta nama di YouTube dan menjadi fenomena, lantas menaikkan nama mereka tanpa perlu menyertai pertandingan gitar atau nyanyian.

Mereka dikenali sedunia juga dalam usia yang masih kanak-kanak, 8 atau 9 tahun.

Cuma seorang datang daripada keluarga yang sangat sederhana dan seorang lagi anak orang berada.

Bukanlah kaya sangat saya kira, tetapi kalau bapanya berjawatan sebagai seorang 'manager', hidup pula dalam pelbagai kemudahan dari segi ekonomi dan persekitaran, itu boleh dikira anak orang senanglah juga.

Tegar yang lahir pada 19 September 2001 pula, bagi saya, naik atas rasa simpati masyarakat akan nasibnya yang dalam usia budak sudah menjadi pengamen, atau busker.Sungha Jung genius bermain gitar dan pernah mengiring pemuzik hebat seperti Tommy Emmanuel, Jason Mraz, dan Trace Bundy. – 5 Februari, 2014.Sungha Jung genius bermain gitar dan pernah mengiring pemuzik hebat seperti Tommy Emmanuel, Jason Mraz, dan Trace Bundy. – 5 Februari, 2014.

Liriknya juga berunsur simpati, cuma kelebihan yang ada pada budak ini dia memang punya bakat menyanyi tetapi bagi saya cuma setakat 'bolehlah'.

Lagu-lagu yang dikarangnya juga tidaklah berkualiti sangat melainkan sekuel dari muzik pop Radja, Wali Band atau lagu pop dangdut zaman singkong dan keju dulu dengan melodi yang tipikal dan stereotaip.

Seperkara melodi yang tipikal dan stereotaip sangat sinonim dengan tahap pemikiran dan kefahaman muzik masyarakat Melayu khususnya, juga termasuk rumpun nusantara.

Itu sebabnya lagu pop Melayu, kalau kita dengarkan selepas era Tan Sri P Ramlee dan Jalan Ampas, di era 60-an hinggalah ke era masa kini, lagu yang popular dan meletup melodinya mesti bernada 'minor' dan seakan sama bentuk dan seni katanya, hanya dipusing-pusing melodi dan liriknya saja.

Saya pertama kali menonton nyanyian Tegar di YouTube dengan lagu popularnya 'Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang' dalam beberapa bulan lalu, agak kagum dengan budak ini yang boleh menyanyi, cipta lagu dan bermain gitar.

Dan nasib nyata menyertainya sebagaimana yang kita lihat Tegar hari ini berbanding dulu.

Tapi yang buat masyarakat di sana juga di sini menerimanya mungkin kerana mukanya yang 'cute' dan boleh jual, boleh greng-greng main gitar kecil dan menyanyi.

Juga mempunyai pengurus yang membuat kerja. Selainnya adalah takdir dan nasib.

Mungkin dalam sedikit masa lagi akan ada Tegar versi Malaysia di negara kita ini. Tapi agak sukar sebenarnya kerana di sini, belum ada lagi kita lihat budak-budak berumur 10 tahun ke bawah yang menjadi busker dan punya bakat.

Benda ini tidak boleh dibuat-buat sebenarnya.

Paling tinggi pun itulah syarikat rakaman EMI berjaya menghasilkan penyanyi kanak-kanak Anuar dan Ellina pada hujung tahun 70-an dulu, yang popular dengan lagu 'Kain Pelikat'

Indonesia di era moden, bagi saya dari segi perkembangan industri muzik dan filem mereka semakin kurang dari segi kualitinya, berbanding di zaman 70-an dan 80-an dulu.

Tahap kebanyakan filem mahupun drama yang mereka hasilkan juga tahapnya lebih kurang sama dengan standard filem atau muzik yang kita hasilkan.

Mereka dan kita semakin Bollywood, terlalu komersial dan kuat berangan.

Sungha Jung yang lahir pada 2 September 1996, berasal dari Cheongju, Korea Selatan pula bagi saya memang 'gifted' dalam permainan gitar akustik.

Hari ini beliau sudah menjangkau usia remaja, 18 tahun. Budak ini mula bermain gitar sejak berusia 9 atau 10 tahun lagi.

Kanak-kanak genius terdapat di merata tempat di dunia ini, seperti Mozart yang seusia 5 tahun sudah boleh bermain piano dan mengarang lagu.

Begitu juga dengan pemain biola cilik, Akim Camara yang berasal dari Berlin, Jerman dalam usia 3 tahun sudah membuat persembahan di konsert besar.

Tapi jumlah mereka hanya segelintir sahaja, dan Sungha Jung adalah salah seorang daripada mereka.

Saya berpengalaman sebagai tenaga pengajar gitar akustik khususnya.

Bermula mengajar 10 tahun dulu, format mengajar saya santai sahaja dan misi saya dalam mengajar untuk anak murid saya jadi pandai, itu sahaja.

Kalau hendak formal, pergilah ke sekolah muzik seperti Yamaha Music School dan sebagainya.

Di sana mereka akan belajar secara formal, ada peperiksaan, belajar membaca nota muzik dan jika tekun, mereka pasti boleh hidup dengan mengajar atau bermain muzik secara professional.

Cuma pada pandangan dan melalui pengalaman saya, tidak ramai kanak-kanak yang berminat mengikuti kursus muzik secara serius dan formal, terutamanya di usia mereka yang masih kanak-kanak.

Seperkara lagi, saya tidak akan mengajar bagaimana untuk bermain gitar seperti Sungha Jung.

Sebagaimana yang saya terangkan tadi, budak ini genius dan luar biasa. Tekniknya advance, sebab itulah namanya cepat naik di persada antarabangsa sehingga dapat 'jamming' dengan pemuzik hebat seperti Tommy Emmanuel, Jason Mraz, mahupun Trace Bundy.

Kadang-kadang bila kita lihat orang bermain gitar, memanglah nampak mudah. Seperti kita melihat cara permainan Sungha Jung di YouTube itu.

Tapi secara praktikalnya memang sukar untuk dilakukan mahupun dipraktikkan.

Untuk mahir ke tahap itu, kita memerlukan masa sekurang-kurangnya 3 tahun praktis dan jika kita punya kesungguhan, kita akan dapat melakukannya.

Pernah beberapa orang anak murid saya minta saya tolong ajarkan cara permainan 'finger-picking' gaya Sungha Jung. Perkara asas dalam permainan pun tak lepas, bagaimana hendak main gitar seperti budak itu?

Saya pun belum tentu boleh main gitar seperti Sungha Jung. Memang sukar untuk kita belajar 'finger-picking'.

Perkara utama yang perlu kita lakukan jika hendak ke situ, jari-jemari perlu dilembutkan.

Caranya melalui permainan klasikal, itulah asasnya. Jika 'strumming' dan 'counting' pun tidak lepas, bagaimana hendak bermain 'finger-picking'?

Muzik Tegar paling jauh pun hanya di sekitar Asia Tenggara seperti Malaysia, Singapura atau Brunei. Untuk ke pasaran antarabangsa ianya memerlukan 'magik'.

Jika budak ini konsisten, ada inisiatif untuk maju dalam muzik dan tidak hanyut, kariernya akan berterusan sehingga menjadi 'legenda'.

Sungha Jung pula namanya sudah dikenali satu dunia, sehingga mana-mana budak yang baru mengenal gitar di seluruh dunia pasti mengenali Sungha Jung dan mereka sudah pasti bercita-cita mahu menjadi hebat seperti gitaris itu.

Untuk langkah pertama dan berterusan, teruskan praktis, praktis dan praktis tanpa jemu dan lupakan Sungha Jung untuk sementara waktu sampailah tahap kita akan tiba.

Bila? Itu terpulanglah kepada diri dan semangat kita sendiri. – 5 Februari, 2014.

* Ini adalah pendapat peribadi penulis dan tidak semestinya mewakili pandangan The Malaysian Insider.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved