The Malaysian Insider :: Bahasa |
APMM tidak dapat sahkan rakit penyelamat daripada MH370, pencarian buntu Posted: 12 Mar 2014 02:35 AM PDT Setakat ini, APMM tidak dapat memberi sebarang komen mengenai penemuan tersebut, malah Malaysia Airlines (MAS) dan Jabatan Penerbangan Awam (DCA) belum memberi sebarang pengesahan. "Kami tidak menerima sebarang pengesahan daripada MAS dan DCA. "Pengesahan perlu dibuat oleh pihak berwajib, iaitu MAS dan DCA," kata Ketua Pengarah APMM, Laksamana Datuk Mohd Amdan Kurish pada sidang media di pangkalan APMM di Pasir Puteh, hari ini. Mohd Amdan bagaimanapun tidak menafikan APMM di Melaka melihat rakit tersebut tetapi gagal membawanya naik ke atas kapal. "Bot yang menuju ke lokasi rakit dikatakan ditemui cuba bawa naik, tapi ia tiba-tiba tenggelam," katanya. Usaha cuba membawa naik tersebut gagal kerana tidak mempunyai kelengkapan mencukupi dan ia terlalu berat. "MAS sendiri perlu mengesahkan sama ada objek itu milik mereka atau tidak," katanya dan memaklumkan masih menunggu pengesahan MAS. Terdahulu, The Malaysian Insider melaporkan Nelayan Port Dickson dakwa jumpa objek menyerupai rakit penyelamat pesawat ketika menangkap ikan, kira-kira 10 batu nautika dari pantai Port Dickson tengah hari semalam. - 12 Mac, 2014. MENYUSUL LAGI |
MH370: Jangan sebar maklumat tidak sah, kata Jailani Posted: 12 Mar 2014 02:30 AM PDT Ketika membuat gesaan itu, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari, berkata penyebaran maklumat yang diragui dan tidak diiktiraf bukan sahaja boleh menimbulkan kebimbangan dan menjejaskan siasatan malah boleh mengguris perasaan anggota keluarga dan kenalan penumpang pesawat terbabit. "Dalam kes tertentu dikira melampaui batas dan menyebabkan satu pihak merasa jelik, terancam, difitnah dan sebagainya dan seterusnya pihak tersebut melakukan aduan kepada pihak berwajib seperti SKMM (Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia) maka tindakan undang-undang berdasarkan akta sedia ada boleh diambil. "Sebaliknya sama-sama mendoakan kejayaan misi mencari dan menyelamat yang dijalankan dan semoga MH370 ditemui dan selamat, insya-Allah," katanya dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur, hari ini. Sementara itu, Jailani juga mengingatkan semua pengguna internet terutamanya media sosial seperti Facebook dan Twitter supaya sentiasa berwaspada dan mengamalkan etika yang betul di saat negara menghadapi cabaran hebat menangani kehilangan pesawat MH370. Pesawat MH370 yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 pagi Sabtu. - Bernama, 12 Mac, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan