Jumaat, 14 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Perancis tawar bantuan siasat kehilangan pesawat MH370

Posted: 14 Mar 2014 03:02 AM PDT

March 14, 2014

Tentera udara Singapura terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. – Gambar fail.Tentera udara Singapura terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat pesawat MH370. – Gambar fail.Kerajaan Perancis hari ini menawarkan bantuan kepada Malaysia untuk menyiasat kehilangan pesawat MH370 yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Perdana Menteri berkenaan Jean-Marc Ayrault, dalam suratnya kepada Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak, berkata Pejabat Penyiasatan dan Analisis bagi Keselamatan Penerbangan Awam Perancis bersedia memberikan bantuan kepada Malaysia.

Surat Ayrault yang ditulis dalam bahasa Perancis dengan versi terjemahan dalam bahasa Inggeris dihantar menerusi e-mel kepada Bernama oleh Kedutaan Perancis di Kuala Lumpur hari ini.

Sambil menyatakan rasa sedih dan simpati di atas kehilangan pesawat Malaysia Airlines itu, Ayrault berharap pesawat itu dapat ditemui dengan segera.

"Saya ingin memberi jaminan kepada anda, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, tentang pertimbangan tertinggi saya (terhadap usaha ini)," kata beliau.

Laporan awal menyatakan terdapat empat penumpang Perancis dalam pesawat itu, yang membawa 239 penumpang termasuk 12 anak kapal.

Misi mencari dan menyelamat pesawat itu sudah memasuki hari ketujuh dengan kawasan pencarian diperluaskan ke Lautan Hindi selain dilakukan di Laut China Selatan dan Selat Melaka. – Bernama, 14 Mac, 2014.

Kedah catu air jika cuaca kering berterusan sehingga akhir bulan

Posted: 14 Mar 2014 02:50 AM PDT

March 14, 2014

Kedah akan melaksanakan catuan air bulan depan jika keadaan kering dan kemarau sekarang berlanjutan sehingga akhir bulan ini.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir (gambar) berkata mengikut ramalan cuaca, hujan dijangka turun akhir bulan ini namun jika ia tidak berlaku, kerajaan negeri akan melaksanakan catuan air.

Setakat ini, katanya paras air di semua empangan masih mampu bertahan namun orang ramai digesa membuat catuan di rumah atau di premis dalam usaha menjimatkan penggunaan air.

" Mada (Lembaga Kemajuan Pertanian Muda) dan agensi-agensi terbabit juga giat memantau paras air di empangan-empangan dan mendapati ia tidak di bawah paras 50%...ia masih mencukupi," katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis Solat Istisqa dan Solat Hajat di Masjid Zahir di Alor Star hari ini.

Beliau juga menasihatkan rakyat Kedah supaya melakukan catuan sendiri memandangkan pembenihan awam yang dirancang untuk menghasilkan hujan setakat ini tidak boleh dilakukan kerana tiada awan kumulus untuk proses berkenaan.

Pada program itu, Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad mengimamkan Solat Hajat manakala Imam Besar Masjid Zahir Datuk Syeikh Roslan Abdul Halim mengimamkan Solat Istisqa.

Program itu turut dihadiri Exco-exco kerajaan negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah Datuk Mohd Puad Mohd Ali.

Solat Istisqa itu bertujuan memohon diturunkan hujan manakala Solat Hajat bagi memohon keselamatan penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370 yang masih hilang. Kira-kira 1,000 orang menunaikan solat berkenaan. – Bernama, Mac 11, 2014

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved