Selasa, 18 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Penglibatan Anwar: Media asing ‘politikkan’ kehilangan MH370, dakwa Hishammuddin

Posted: 18 Mar 2014 03:12 AM PDT

OLEH MD IZWAN
March 18, 2014

Penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu kehilangan pesawat MH370 diibaratkan oleh Datuk Seri Hishammuddin sebagai isu yang di politikkan oleh media asing. – Gambar fail.Penglibatan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam isu kehilangan pesawat MH370 diibaratkan oleh Datuk Seri Hishammuddin sebagai isu yang di politikkan oleh media asing. – Gambar fail.Dakwaan penglibatan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kehilangan MH370 dipolitikkan oleh media asing, kata Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pemangku Menteri Pengangkutan berkata demikian ketika disoal wartawan mengenai penglibatan Anwar dalam kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370.

Katanya isu politik merupakan perkara kedua kerana fokus Putrajaya kini tertumpu ke arah misi mencari pesawat yang hilang sejak 8 Mac itu.

"Isu politik ini hanya dibangkitkan oleh media asing, kami masih kekal merentasi fahaman politik," kata Hishammuddin dengan tegas pada sidang media di Hotel Sama-Sama, Sepang hari ini.

"Pencarian adalah lebih penting daripada politik, politik tidak penting di sini." – 18 Mac, 2014.

MENYUSUL LAGI

MH370 hilang: Malaysia bukan sarang pengganas, kata Hishammuddin

Posted: 18 Mar 2014 02:58 AM PDT

OLEH MD IZWAN
March 18, 2014
Latest Update: March 18, 2014 06:02 pm

Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafi sekeras-kerasnya Malaysia merupakan sarang pengganas hari ini pada sidang media di Sepang hari ini. – Gambar fail.Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafi sekeras-kerasnya Malaysia merupakan sarang pengganas hari ini pada sidang media di Sepang hari ini. – Gambar fail.Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan Malaysia merupakan sarang pengganas seperti didakwa susulan kehilangan penerbangan Malaysia Airlines MH370 semenjak 8 Mac lalu.

Hishammuddin berkata, misteri kehilangan MH370 tidak mencerminkan Malaysia sebagai sarang kepada pengganas.

"Untuk nak mengaitkan Malaysia sebagai sarang pengganas, saya menafikan sekeras-kerasnya," kata Hishammuddin pada sidang media harian di Hotel Sama-Sama, Sepang petang ini. – 18 Mac, 2014.

MENYUSUL LAGI

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved