Jumaat, 21 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Hishammuddin bidas media asing kerana mengerumuninya

Posted: 21 Mar 2014 02:57 AM PDT

March 21, 2014

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dikerumuni media asing sebaik sahaja tiba di Hotel Sama-Sama, Sepang. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Mac, 2014.Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein dikerumuni media asing sebaik sahaja tiba di Hotel Sama-Sama, Sepang. - Gambar The Malaysian Insider, 21 Mac, 2014.Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein hari ini membidas wakil media asing yang bukan sahaja sering mengerumuninya tetapi juga berasak-asakan ketika mahu mendapat perkembangan terkini mengenai kehilangan MH370 daripada beliau.

Hishammuddin berkata kelakuan sedemikian menyebabkan jurukamera dan jurugambar gagal mendapat rakaman yang baik sekali gus memberi tanggapan tidak elok terhadap Malaysia.

"Kalau kalian mahu berkelakuan begini, kalian akan memperoleh visual yang tidak elok yang pada pandangan saya seluruh dunia akan persalahkan pada pihak berkuasa Malaysia...ini tidak adil," katanya kepada pemberita selepas dikerumuni sekumpulan wakil media, di lobi Hotel Sama-Sama di sini.

Hishammuddin yang tiba di hotel itu sekitar pukul 3 petang "diterjah" oleh wakil media asing yang menunggu di lobi sejak pagi.

Pesawat Malaysia Airlines  MH370 dengan 227 penumpang serta 12 anak kapal, hilang kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 12.41 tengah malam 8 Mac.

Pesawat itu sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.- Bernama, 21 Mac, 2014.

MH370: Tiada tanda serpihan, Australia kini beralih pencarian visual

Posted: 21 Mar 2014 02:40 AM PDT

March 21, 2014
Latest Update: March 21, 2014 06:01 pm

Operasi pencarian secara visual oleh tentera Australia akan memerlukan lebih banyak pesawat dikerahkan dalam mencari pesawat MH370. - Gambar Reuters.Operasi pencarian secara visual oleh tentera Australia akan memerlukan lebih banyak pesawat dikerahkan dalam mencari pesawat MH370. - Gambar Reuters.Australia hari ini berkata radar gagal mengesan sebarang petanda bagi kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 dan beralih kepada pemerhatian secara lebih teliti bagi mengesan sebarang serpihan di selatan Lautan Hindi, lapor AFP.

Pihak Lembaga Keselamatan Maritim Australia (ASMA) menyelaraskan pencarian pesawat Boeing 777 di antara tanah besar dan Antartika, di kawasan seluas 2,500 kilometer barat daya Perth.

"Menyedari kami tidak dapat mengesan imej radar semalam, kami merancang  pencarian secara visual," kata Ketua Bahagian Kecemasan ASMA, John Young.

"Oleh itu, pesawat akan terbang rendah, pemerhati terlatih dan mahir akan mencari daripada tingkap pesawat untuk melihat sebarang objek."

Ini bermakna, pesawat pencari akan terbang lebih rapat di antara satu sama lain, kata Young sambil menambah , "kami akan memerlukan lebih banyak pesawat untuk menjalankan operasi sebegitu."

Lima pesawat sedang menjalankan operasi pada Jumaat – tiga buah P3 Orions milik Tentera Udara Diraja Australia, P8 Poseidon milik Tentera Laut Amerika Syarikat - antara sebahagian pasukan pencari global bagi Boeing 777 yang hilang pada 8 Mac.

Young berkata sebuah pesawat dalam perjalanan balik, dua berada di kawasan carian, dan dua lagi dalam perjalanan ke sana.

Beliau berkata cuaca sesuai untuk menjalankan operasi mencari, tetapi  para pegawai tidak menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan pesawat yang hilang semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing dengan 239 penumpang. – 21 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved