Sabtu, 22 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


PRK Kajang: Cuaca diramal cerah pagi esok

Posted: 22 Mar 2014 02:37 AM PDT

March 22, 2014

Persiapan bagi PRK Kajang esok sedang berjalan lancar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014.Persiapan bagi PRK Kajang esok sedang berjalan lancar. - Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 22 Mac, 2014.Cuaca di sekitar Kajang pada hari pengundian pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri kawasan itu esok diramal cerah di sebelah pagi dengan suhu sekitar 32 darjah celcius.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia Datuk Che Gayah Ismail berkata bagaimanapun, hujan renyai-renyai diramal pada sebelah petang.

"Jika hujan pada sebelah petang, suhu diramal mencecah 25 darjah celcius," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

PRK Kajang diadakan selepas Anggota Dewan Undangan Negeri Kajang Lee Chin Cheh daripada PKR meletak jawatan pada 27 Jan lepas. Dua calon wanita, iaitu Datin Paduka Chew Mei Fun yang mewakili Barisan Nasional bakal berdepan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Esok, 38,081 pemilih biasa akan menentukan nasib calon yang bertanding, selepas 88.39% atau 1,050 orang daripada 1,197 pengundi awal di kawasan itu menunaikan tanggungjawab masing-masing pada Rabu. - Bernama, 22 Mac, 2014.

MH370: Pusat media dipindahkan ke PWTC mulai Ahad

Posted: 22 Mar 2014 02:24 AM PDT

March 22, 2014

Pusat media di Hotel Sama-Sama akan berpindah ke PWTC yang mempunyai kemudahan bagi memenuhi keperluan media. - Gambar The Malaysian Insider.Pusat media di Hotel Sama-Sama akan berpindah ke PWTC yang mempunyai kemudahan bagi memenuhi keperluan media. - Gambar The Malaysian Insider.Pusat media bagi petugas yang membuat liputan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 akan dipindahkan ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur berkuat kuasa esok, menurut Kementerian Pengangkutan hari ini.

Kementerian berkenaan dalam satu kenyataan di Sepang hari ini berkata langkah itu berikutan komitmen Hotel Sama-Sama kepada tetamu yang datang sempena Grand Prix Formula 1 minggu ini.

"PWTC dipilih bagi penempatan semula itu disebabkan kemudahan dan ketersediaan bilik hotel di kawasan berhampiran yang dapat memenuhi keperluan media," menurut kenyataan kementerian.

Persidangan media baharu akan diadakan di Dewan Tun Dr Ismail, di Aras 2 PWTC dan tempat bekerja petugas media pula terletak di Dewan Mawar, Aras 2.

Petugas media boleh memulakan operasi dari 3 petang esok dan mereka dinasihati supaya melakukan urusan yang perlu.

Persidangan media harian diadakan di Hotel Sama-Sama berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur sejak hari pertama kehilangan pesawat itu yang dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac. - Bernama, 22 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved