Selasa, 25 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Balu pramugara MH370 redha dengan pemergian suami

Posted: 25 Mar 2014 02:29 AM PDT

OLEH MD IZWAN
March 25, 2014

Luahan isi hati balu Hazrin Hasnan, salah seorang anak kapal MH370 yang dipaparkan di laman akaun sosial Instagram miliknya.  Luahan isi hati balu Hazrin Hasnan, salah seorang anak kapal MH370 yang dipaparkan di laman akaun sosial Instagram miliknya. Balu kepada pramugara Hazrin Hasnan yang meninggalkan seorang anak kecil dan bakal melahirkan seorang lagi cahaya mata redha dengan tragedi yang menimpa suaminya dalam penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370.

Intan Maizura Othman menulis di dalam akaun laman sosialnya sebaik mendengar pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak semalam.

"Assalamualaikum sayang... On the 8th memang mami dah jangka that you're already in heaven but on the next day I still want to keep my mind positive and hoping that you are still alive and will come back home to us," kata Intan yang dipetik dalam tulisan di akaun laman sosialnya, Instagram.

Hazrin adalah seorang daripada anak kapal penerbangan malang MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Intan menerima berita tersebut dengan hati terbuka dan menyifatkan Allah lebih menyayangi suaminya tersebut.

"So shocking to me but Allah love you more, I redha dengan pemergian you B," kata beliau.

Intan berkata akan berusaha sebaik mungkin menjadi seorang isteri yang tabah dan kuat dalam meneruskan kehidupan sebagai ibu tunggal serta menjaga kedua-dua anaknya.

"Indeed, I have to be bionic women to face reality today, I will gradually tell Iman that she have lost her papa and Muhammad will be my pillar to move on," kata beliau lagi yang bakal melahirkan anak kedua dalam masa terdekat.

Beliau juga menggambarkan suaminya tersebut sebagai seorang insan yang baik pernah dikenalinya.

"Kan Allah dah janji mati dah pasti.

"You are the best husband and papa I could ever ask for," kata beliau.

Penerbangan MH37 membawa 239 penumpang bersama anak kapal, iaitu 227 penumpang (termasuk dua bayi) dan 12 anak kapal, dan terdiri daripada 13 warga negara berbeza.

Pesawat MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di sebuah kawasan terpencil di selatan Lautan Hindi.

Najib mengumumkan perkembangan terbaru ini kepada pemberita sebentar tadi berkata, beliau dimaklumkan mengenai perkara ini oleh wakil Cawangan Siasatan Nahas Udara (AAIB) dari Britain.

Hampir dua minggu lebih misi mencari dan menyelamat, pengumuman semalam menamatkan spekulasi mengenai nasib MH370 yang tergantung.

Fokus kini tertumpu dalam usaha mencari bangkai pesawat dan kotak hitam bagi merungkai misteri pesawat malang tersebut. – 25 Mac, 2014.

Hukuman mati 529 ahli Ikhwanul Muslimin boleh ancam dunia, kata PAS

Posted: 25 Mar 2014 02:20 AM PDT

March 25, 2014

PAS memberikan amaran hukuman mati ke atas 529 ahli-ahli Ikhwanul Muslimin termasuk Mursyidul Am Dr Mohammad Badie boleh berkembang menjadi krisis yang bakal mengancam dunia.

Sehubunga itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) meminta badan-badan dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Liga Arab dan Pertubuhan Negara-negara Islam (OIC) campur tangan dan mengambil tindakan termasuk mencontohi tindakan Afrika yang menggantung keahlian Mesir sebagai anggota Kesatuan Afrika.

"Insiden ini jika tidak ditangani dengan sewajarnya boleh berkembang menjadi krisis yang lebih besar dan berterusan termasuk ke peringkat antarabangsa kerana Terusan Suez di Mesir adalah antara laluan utama perkapalan dunia.

"Jika krisis dalaman yang boleh mengganggu perjalanan kapal sudah tentu keperluan utama seperti makanan dan minyak akan tersekat dan memberikan impak terhadap pasaran dunia," kata Abdul Hadi dalam satu kenyataan hari ini.

Mohammad Badie bersama 528 lagi ahli Ikwanul Muslimin dijatuhkan hukuman mati oleh mahkamah Mesir yang diperintah tentera dalam perbicaraan paling pantas dalam sejarah kehakiman moden dengan skala tertuduh sebegitu ramai bagi pertuduhan bunuh.

Mereka didakwa terlibat dalam aksi keganasan sepanjang krisis yang berlaku ekoran pemecatan Dr Mohamad Morsi sebagai presiden Mesir.

Bagi Abdul Hadi, apa yang berlaku menunjukkan tatacara perbicaraan mahkamah dan peraturan undang-undang tidak dipatuhi.

"Kami menggesa agar demokrasi dan keamanan dipulihkan dengan menarik balik pengharaman Ikhwan Muslimin, sebuah organisasi politik yang telah mendokong dan menyertai pilihan raya dalam sistem demokrasi di Mesir," katanya.

Sementara itu, Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) turut mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dijatuhkan mahkamah Mesir hari ini.

Bagi Abim, hukuman ini merupakan langkah ke belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap terhadap amalan demokrasi serta rakyat Mesir keseluruhannya.

"Hukuman ini jelas merupakan rentetan daripada langkah kuku besi yang didalangi oleh regim pemerintah Mesir untuk mengukuhkan cengkaman kuasa mereka," kata Presiden Abim, Amidi Abd Manan (gambar) dalam satu kenyataannya.

Abim menilai hukuman mati yang dikenakan itu merupakan campur tangan regim pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat Mesir menjelang pilihan raya presiden Mesir tidak lama lagi.

Hari ini seramai 700 lagi saki baki daripada kira-kira 1200 para penyokong Morsi pula akan dibicarakan atas dakwaan mencetuskan huru hara serta mengancam ketenteraman awam.

Bagi Abim, kezaliman terbaru ini bakal merancakkan lagi gerakan diktator negara-negara Arab yang kini bergerak aktif memburu simpatisan Ikhwan Muslimin khususnya di Bahrainn, UAE dan Arab Saudi.

"Abim menegaskan bahawa kemelut politik Mesir ini adalah polemik sejagat yang bakal menjejaskan kestabilan politik dunia," kata Amidi.

Oleh itu, kata Amidi,  Abim menggesa rakyat Malaysia serta masyarakat antarabangsa untuk menyuarakan secara lantang tentangan mereka terhadap kezaliman ini. - 25 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved