Rabu, 26 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kolam takungan air baharu di Sungai Jernih tampung keperluan air hingga 2040

Posted: 26 Mar 2014 02:57 AM PDT

March 26, 2014

Pembinaan sebuah kolam takungan air baharu yang sedang dirancang di Sungai Jernih, Alor Gajah dijangka mampu menampung permintaan bekalan air di negeri ini sehingga 2040, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron (gambar).

Beliau berkata empangan dan kolam takungan air sedia ada sekarang dijangka mampu menampung permintaan air di negeri ini sehingga tahun 2017 dan pembinaan loji simpanan air baharu itu akan meningkatkan keupayaan bekalan air di negeri ini selepas tahun itu.

Katanya kolam takungan air baharu itu akan menampung permintaan air di utara negeri ini meliputi kawasan-kawasan seperti Kuala Sungai Baru, Simpang Ampat dan Lubuk Cina yang terletak dalam daerah Alor Gajah.

"Kita masih dalam proses pengambilan tanah dan saya harap kita dapat mulakan projek ini secepat mungkin," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Melaka hari ini.

Beliau berkata bekalan air di negeri ini sekarang berada pada tahap 58%, meningkat 4% selepas hujan mula turun pada pertengahan bulan ini.

Sehubungan dengan itu Idris berkata pelan catuan air yang dirancang pada Sabtu ini dibatalkan kerana kadar hujan yang turun amat menggalakkan bagi menstabilkan bekalan air di negeri ini.

"Sebelum ini hujan turun tetapi kadar (bekalan air) masih belum capai tahap biasa atau selesa lagi kerana resapan air pada tanah agak banyak kerana tanah sebelum ini kering," katanya.

Sementara itu, Idris berkata Melaka mensasarkan 20 pingat emas dalam kejohanan Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung di Perlis antara 24 Mei hingga 4 Jun depan.

Beliau berkata antara sukan yang berpotensi menyumbang emas kepada negeri Hang Tuah itu ialah hoki, badminton, olahraga, memanah, menembak, pencak silat, wushu, berbasikal dan perahu layar.

"Kita akan memberikan insentif yang sewajarnya kepada atlet yang menyumbang pingat, kadarnya (insentif) akan dibincangkan kemudian," katanya. - Bernama, 26 Mac, 2014.

Khalwat tidak gugat keselamatan negara, kata pakar undang-undang

Posted: 26 Mar 2014 02:48 AM PDT

OLEH MD IZWAN
March 26, 2014
Latest Update: March 26, 2014 06:24 pm

Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.Profesor Datuk Dr Shad Saleem Faruqi semasa menyampaikan ucapan penutup pada Seminar Perdana PDRM Sempena Hari Polis ke-207 di Maktab PDRM, Cheras. – Gambar The Malaysian Insider oleh Nazir Sufari, 26 Mac, 2014.Pakar undang-undang Prof Datuk Dr Shad Saleem Faruqi menegaskan pasukan polis tidak wajar menyertai serbuan khalwat bersama jabatan agama kerana tugas agensi tersebut adalah menjaga keselamatan negara.

Shad berkata khalwat tidak menggugat keselamatan negara dan pihak polis perlu memfokuskan tanggungjawab utama mereka.

"Polis sepatutnya tidak mencampuri tugas agensi lain, mengikut bersama dalam operasi jabatan agama tidak sewajarnya dilakukan," kata profesor undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) tersebut semasa menghadiri seminar Perdana Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Cheras hari ini.

Shad berkata, peranan polis bukan menjadi "polis moral" tetapi tertumpu kepada usaha menegakkan undang-undang di dalam negara.

"Polis tidak sepatutnya menjadi 'polis moral'," kata beliau.

Januari lalu, Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustafa berkata, Unit Polis Syarie akan dimuktamadkan selepas perbincangan mengenai skop tugas dan bidang kuasanya selesai tidak lama lagi.

Kenyataan tersebut disokong Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang menyifatkan penubuhan Unit Polis Syarie bertujuan membantu jabatan agama mengekang ajaran sesat.

Ahmad Zahid berkata, KDN akan mendapat persetujuan Jakim untuk menubuhkan unit itu, yang antara lain akan mempunyai anggota polis berkelulusan ijazah dan sarjana untuk ditempatkan di Jakim namun tarikh pelaksanaannya belum ditetapkan.

Usaha tersebut menerima kritikan banyak pihak, pakar perlembagaan menegaskan tersebut bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan kerana Islam merupakan urusan negeri dan ia akan bertentangan dengan tugas polis.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan juga menolak cadangan tersebut, berkata penubuhan Unit Polis Syarie melalui kerjasama Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Jakim adalah cubaan untuk menambahkan beban kepada pasukan polis.

Bekas perdana menteri paling lama, Tun Dr Mahathir Mohamad juga turut menolak cadangan penubuhan unit itu kerana ia tidak akan dapat menyelesaikan masalah umat Islam di Malaysia.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu berkata, Islam juga tidak memaksa umatnya untuk melakukan sesuatu ibadah dan apa yang paling penting adalah kepercayaan dan keimanan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagaimanapun menafikan laporan pihaknya akan menubuhkan Unit Polis Syarie yang menjadi kritikan banyak pihak.

Khalid berkata, laporan mengatakan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menubuhkan unit tersebut adalah tidak benar dan disalah tafsir pihak tertentu. – 26 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved