Ahad, 30 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Anak perempuan ketua pramugara masih menaruh harapan

Posted: 30 Mar 2014 03:19 AM PDT

March 30, 2014

Gambar Maira Elizabeth bersama bapanya Andrew Nari yang dikongsi di laman Twitter.Gambar Maira Elizabeth bersama bapanya Andrew Nari yang dikongsi di laman Twitter.Maira Elizabeth, anak perempuan ketua pramugara Andrew Nari yang berada dalam pesawat MH370, masih menaruh harapan walaupun langsung tiada perkhabaran mengenai pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu berada.

Gadis berusia 18 tahun itu, apabila menjawab mesej daripada peminat dalam laman twitternya @MairaElizxbeth_ berkata: "saya sihat, kami tidak apa-apa.", "Saya okay" , "Saya baik, terima kasih".

"Saya okay. Saya percaya mereka dalam keadaan baik. Jadi, saya okay," kata Maira dalam laman Twitternya hari ini, masuk hari ke-23 operasi pencarian bagi menjejaki pesawat Boeing 777-200ER itu yang hilang pada 8 Mac ketika dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing.

Maira sentiasa mengemaskini laman Twitter mengenai bapanya sejak pesawat itu berlepas dari Lapangan Terbangsa Antarabangsa KL pada 8 Mac.

Beliau mewujudkan akaun Twitter baru semalam selepas akaun lamanya, @Gorgxous_ digantung. Beliau mempunyai lebih 2,000 peminat sekarang.

Daripada laman Twitternya, Maira menunjukkan sikap lebih positif terhadap tragedi itu. "I orang biasa je la. Makin kita membesar, makin kita mempelajari erti kehidupan"

"Saya mempunyai kelapangan sekarang. Sebab itu saya boleh menjawab mesej daripada setiap peminat," kata Maira dalam laman Twitternya.

Maira yang baru menduduki peperiksaan SPM bercadang untuk mengikuti kursus bahasa Inggeris sebelum mengejar cita-citanya untuk menjadi pensyarah dan pramugari.

Bagaimanapun, Maira berkata beliau belum mengambil slip keputusan SPM kerana "saya menaruh harapan bapa saya akan pulang ketika itu".

Maira juga mengucapkan terima kasih kepada peminatnya atas sokongan dan galakan mereka sambil meminta mereka mendoakan bagi 239 penumpang dan anak kapal dalam Penerbangan MH370.

Isnin lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Naijb Razak mengumumkan bahawa Penerbangan MH370 "telah berakhir di selatan Lautan Hindi". – Bernama, 30 Mac, 2014.

Najib bersama pelumba F1 bertafakur seminit tanda hormat kepada penumpang MH370

Posted: 30 Mar 2014 02:14 AM PDT

March 30, 2014

Pelumbaan F1 hari ini bermula selepas tafakur seminit sebagai tanda hormat kepada penumpang dan kru MH370. – Gambar Reuters.Pelumbaan F1 hari ini bermula selepas tafakur seminit sebagai tanda hormat kepada penumpang dan kru MH370. – Gambar Reuters.Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bersama 22 pelumba Grand Prix Formula One Malaysia Petronas 2014 bertafakur seminit bagi memberi penghormatan kepada penumpang dan anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 di Litar Sepang hari ini.

Pasukan Formula One turut menampalkan pelekat #remembering MH370, #prayforMH370 dan #doauntukMH370 pada topi keledar masing-masing sebagai tanda penghormatan kepada 239 penumpang dan anak kapal MH370.

Penonton yang hadir juga turut bertafakur serta bersama-sama menyanyikan lagu "Negaraku" sebelum perlumbaan bermula pada 4 petang ini.

Turut hadir menyaksikan perlumbaan itu ialah Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Pengerusi Litar Antarabangsa Sepang (SIC) Datuk Mokhzani Mahathir. – Bernama, 30 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved