The Malaysian Insider :: Bahasa |
Pelantikan Taib Mahmud disokong rakyat Sarawak, tidak perlu tentang, kata Paul Low Posted: 05 Mar 2014 02:45 AM PST Menteri di Jabatan Perdana Menteri tersebut menjawab soalan wartawan sama ada pelantikan tersebut perlu ditangguhkan sehingga selesai siasatan tuduhan rasuah dan salah guna ke atas Taib dan keluarganya selesai. "Saya tidak tahu tentangnya. "Bagaimanapun, kita bercakap tentang masyarakat berintegriti dan sebagainya. Beliau mendapat undi yang memberangsangkan untuk menjadi gabenor, maksudnya untuk berada dalam kerajaan," kata Low menjawab soalan wartawan semasa sidang media selepas sidang Corporate Governance Summit di Kuala Lumpur hari ini. – 5 Mac, 2014. MENYUSUL LAGI |
Anwar gagal dalam usaha terakhir ketepi Shafee jadi ketua pendakwa kes liwat Posted: 05 Mar 2014 02:03 AM PST Lima hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Tan Sri Abdul Hamid Embong yang menolak permohonan itu berkata, tidak ada sebab tersendiri dalam hal ini. Ini bermakna, rayuan terhadap keputusan mahkamah tinggi yang membebaskan Anwar daripada dakwaan meliwat pembantunya Mohd Saiful Bukahri Azlan akan berlangsung esok dengan Shafee sebagai ketua pendakwanya. Anwar memfailkan permohonan menangguhkan pelaksanaan dan notis rayuan kepada Pendaftar Mahkamah Persekutuan pagi tadi. Pendengaran dengan notis yang singkat itu ditetapkan selepas peguam Karpal Singh dan Sivarara Rasiah menemui Ketua Hakim Negara Tun Ariffin Zakaria di pejabatnya petang ini. Perbicaraan ke atas rayuan pendakwaan kes liwat Anwar ditetapkan selama dua hari mulai esok iaitu pada 6 dan 7 Mac. Hamid berkata, permohonan itu berasaskan kepada Shafee bertembung kepentingan dan tidak layak dan sesuai. "Kami dapati tidak ada merit dalam permohonan ini dan tidak ada sebab untuk menganggu penolakan Mahkamah Rayuan terhadap permohonan Anwar," katanya dalam keputusan sebulat suara petang ini. Shafee dalam penggulungannya berkata, permohonan ini patut ditolak kerana ia bertujuan untuk melengahkan rayuan pendakwaraya. Katanya, rayuan ketiga Anwar untuk mengenepikan beliau dalam Mahkamah Persekutuan tidak perlu kerana kedua-dua asas dibincang dan dibuat keputusan dalam kedua-dua permohonan sebelum ini. Peguam Karpal Singh berkata, setiap peluang perlu diberikan kepada Anwar untuk membuat rayuan sebelum kes liwat dibicarakan dalam peringkat rayuan esok. Isnin lepas, tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Balia Yusof Wahi memutuskan peguam tidak boleh diputuskan tidak layak dan tidak baik hanya kerana lembaga disiplin mendapati dirinya bersalah atas salah laku. Katanya, walaupun Lembaga Disiplin Peguam dan Peguamcara mendapati dirinya bersalah kerana salah laku, menjadi tugas pendakwaraya menentukan sama ada Shafee layak atau orang yang sesuai untuk mengetuai pasukannya dalam kes liwat itu. Kata Balia, permohonan Anwar remeh, menyusah dan menyalahgunakan proses mahkamah untuk melengah-lengahkan rayuan itu. Balia juga menolak untuk memberikan penangguhan sehingga rayuan ke Mahkamah Persekutuan. Anwar memfailkan permohonan kali ketiga bagi mengenepikan Shafee dengan alasan beliau tidak layak dan sesuai kerana didenda RM5,000 atas kesalahan salah laku oleh Lembaga Disiplin Majlis Peguam. Beliau juga mendakwa, ia akan mengakibatkan pertembungan kepentingan kerana pegawai penyiasat Jude Blacious Pereira didapati tidak boleh dipercayai dalam penyiasatan Suhakam sebelum ini. Anwar pada awalnya mencabar kesahihan perlantikan Shafee di bawah Kanun Prosedur Jenayah tetapi ia ditolak Mahkamah Persekutuan pada 20 November tahun lalu. – 5 Mac, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan