Khamis, 6 Mac 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


KeTTHA tegaskan Putrajaya tidak terlibat keputusan tentukan tarif air

Posted: 06 Mar 2014 02:35 AM PST

March 06, 2014

MoU antara kerajaan Selangor dan Putrajaya minggu lalu hanya melibatkan pengambilalihan syarikat konsesi negeri dan kelulusan bagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sahaja. – Gambar fail. MoU antara kerajaan Selangor dan Putrajaya minggu lalu hanya melibatkan pengambilalihan syarikat konsesi negeri dan kelulusan bagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 sahaja. – Gambar fail. Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) sekali lagi menegaskan bahawa Putrajaya tidak  terlibat dalam keputusan menentukan tarif air kerana ia ditentukan oleh kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikat miliknya.

Kementerian itu berkata, memorandum persefahaman ‎(MoU) yang ditandatangani Putrajaya dan kerajaan negeri itu menggariskan dua kepentingan iaitu pengambilalihan syarikat konsesi negeri itu dan kelulusan bagi pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 dan bukan kenaikan tarif air seperti mana diperkatakan.

‎"Melalui memorandum tersebut, kerajaan persekutuan menyatakan kesediaan membantu kerajaan negeri Selangor mendapatkan dana untuk mengambil alih syarikat-syarikat konsesi air Selangor.

"Sebagai balasan, kerajaan negeri Selangor menyerahkan kebenaran merancang untuk membolehkan pelaksanaan loji rawatan air dimulakan serta-merta," memetik kenyataan media kementerian itu hari ini.

Selain ‎itu, kesemua syarikat air konsesi akan digabungkan di bawah syarikat milik kerajaan negeri yang diberfungsi sebagai operator air bagi pengguna di Lembah Klang dan Putrajaya.

"‎Kerajaan negeri Selangor melalui anak syarikat miliknya yang akan menentukan keperluan semakan tarif air berserta kuantum kenaikan tarif yang dikenakan kepada para pengguna.

"Ia mengambil kira pelan perniagaan bagi mengoperasikan pembekalan air bagi Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya‎," kata kenyataan itu.

Selain itu, melalui perjanjian tersebut kerajaan negeri menyatakan komitmen memberikan semua kelulusan yang diperlukan supaya air mentah dari Pahang dapat disalurkan untuk menampung keperluan pengguna.

Kerajaan negeri Selangor menandatangani MoU dengan KeTTHA berhubung pemilikan konsesi air di Selangor minggu lalu

Kontroversi tercetus kerana tindakan itu dilakukan tanpa dimaklumkan kepada pimpinan kerajaan negeri dan parti termasuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ia menyebabkan Khalid sekali lagi dikritik terutamaPengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli yang menyatakan rakyat Selangor berkemungkinan berdepan dengan kenaikan tarif air ekoran perjanjian tersebut. – 6 Mac, 2014.

Bernas diarah hentikan kadar pemotongan tinggi hasil padi

Posted: 06 Mar 2014 02:27 AM PST

March 06, 2014

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (gambar) mengarahkan syarikat Padiberas Nasional Berhad (Bernas) supaya menghentikan segera kadar pemotongan yang tinggi hasil padi sehingga membebankan pesawah padi di seluruh negara.

Menurutnya, meskipun kadar pemotongan itu berdasarkan mutu padi yang dibeli, namun Bernas perlu mengambil kira kebajikan pesawah yang terdiri daripada masyarakat luar bandar.

"Walaupun saya telah mengumumkan penyelarasan harga padi baru-baru ini, tetapi kita tidak boleh mengharapkan mutu padi terus meningkat kerana kita perlu memberi masa sekurang-kurangnya dua tahun untuk petani meningkatkan mutu padi masing-masing.

"Oleh itu saya minta Bernas jangan membuat pemotongan berdasarkan mutu sebenar sehingga boleh mengurangkan pendapatan pesawah berbanding sebelum ini", katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) Peringkat Parlimen Bera di Dewan Rakan Muda Bera di Bera, hari ini.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Tugas-Tugas Khas negeri Datuk Norol Azali Sulaiman dan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemayan Datuk Mohd Fadil Osman.

Tindakan Bernas yang didakwa memotong harga padi petani antara 28 dan 40% selepas banjir November lalu menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan petani yang terlibat.

Malah, sekumpulan pesawah padi di daerah Rompin, Pahang baru-baru ini turut mengadakan bantahan di hadapan Kilang Bernas Rompin terhadap tindakan itu yang disifatkan membebankan mereka.

Dalam masa yang sama, Ismail Sabri berkata pihaknya akan terus melaksanakan pelbagai langkah bagi membantu pesawah padi meningkatkan mutu hasil padi termasuk menggalakkan mereka mengamalkan kaedah penanaman baik untuk meningkatkan hasil dan mutu tanaman itu.

Beliau yang juga ahli Parlimen Bera turut menyarankan petani supaya mendapatkan nasihat daripada jabatan dan agensi berkaitan sekiranya berhadapan dengan sebarang masalah berhubung tanaman dan ternakan. – 6 Mac, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved