The Malaysian Insider :: Bahasa |
Ahli perniagaan batal perjalanan terkejut berita pesawat MAS hilang Posted: 08 Mar 2014 02:48 AM PST Beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Woo berkata, mengikut perancangan awal, beliau sepatutnya menyertai dua rakannya menaiki pesawat itu untuk ke Beijing atas urusan perniagaan. Bagaimanapun beliau terpaksa membatalkan hasratnya ke Beijing pada saat-saat akhir kerana dia perlu ke Singapura atas urusan yang lebih penting. "Saya masih terkejut dengan berita ini. Tapi saya tidak pasti sama ada dua orang rakan saya itu ke Beijing atau Shanghai. Jika mereka ke Shanghai, saya yakin mereka selamat," katanya di Kuala Lumpur. Woo berkata, beliau masih menunggu perkembangan terkini mengenai nasib dua rakannya itu kerana mereka masih belum dapat dihubungi sehingga sekarang. – Bernama, 8 Mac, 2014. |
JKM sedia 10 kaunselor tenteram keluarga waris pesawat hilang di KLIA Posted: 08 Mar 2014 02:43 AM PST Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JKM Zulkiply Ramli berkata perkhidmatan itu akan disediakan selama 24 jam sehingga situasi kembali pulih. "Kaunselor-Kaunselor ini pakar dalam memberikan khidmat kaunseling terutama kepada mereka yang berada dalam keadaan trauma," katanya kepada pemberita di Anjung Tinjau, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini. Seorang daripada kaunselor berkenaan Norazura Ahmad berkata mereka perlu bersedia memberi sokongan emosi kepada keluarga mangsa. "Ini supaya mereka boleh menerima kenyataan. Ada keluarga yang tidak akan dapat terima kenyataan dan hanya menangis," katanya. Beliau berkata kaunselor akan membiarkan anggota keluarga bertenang terlebih dahulu sebelum mengemukakan sebarang soalan. "Kita kena beri tempoh masa kepada mereka yang trauma dan kaunselor akan bersedia untuk mendengar," katanya. – Bernama, 8 Mac, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan