The Malaysian Insider :: Bahasa |
Spekulasi tidak akan jadikan penerbangan lebih selamat, kata IATA Posted: 01 Apr 2014 03:16 AM PDT Beliau berkata peristiwa MH370 itu telah menyerlahkan betapa perlunya ditambah baik pengesanan pesawat dalam penerbangan. "Dalam dunia yang setiap pergerakan kita boleh dikesan, memang sukar untuk dipercayai bahawa sebuah pesawat boleh terus hilang, manakala data-data penerbangan dan perakam suara kokpit pula begitu sukar ditemui," kata Tyler. Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa KL pada pukul 12.41 pagi 8 Mac dan hilang daripada skrin radar kira-kira sejam kemudian ketika berada di ruang udara Laut China Selatan. "Air France 447 mengalami isu yang serupa beberapa tahun lalu dan beberapa kemajuan telah dicapai. Tetapi ini mesti dipercepatkan. Kita tidak boleh biarkan satu lagi pesawat ghaib begitu sahaja," katanya. Tyler berkata IATA akan menubuhkan sebuah pasukan petugas yang akan melibatkan penyertaan Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa untuk memastikan usaha yang dilakukan diselaraskan dengan baik. Kumpulan ini akan mengkaji semua pilihan yang ada bagi pengesanan pesawat komersial berdasarkan ukuran pelaksanaan, pelaburan, masa dan tahap kesukaran untuk mencapai hasil yang dikehendaki. "Kumpulan ini akan melaporkan kesimpulannya menjelang Disember 2014, dan ini mencerminkan perlunya tindakan segera dan analisis yang teliti. Sementara itu, semasa sidang akhbar itu, Tyler berkata pakar-pakar akan juga mengkaji keperluan mengadakan penstriman data-data secara langsung dari pesawat dalam penerbangan. "Kini sudah ada teknologi untuk melakukannya, tetapi belum jelas sejauh mana ia praktikal," katanya. Mengenai data penumpang, Tyler berkata industri ini telah melakukan usaha dan mengeluarkan perbelanjaan, yang besar untuk memberikan maklumat yang boleh dipercayai tentang penumpang kepada kerajaan sebelum sesebuah pesawat berlepas. "Kerajaan harus menggunakannya bagi kawalan sempadan. Kami bukan pegawal sempadan atau anggota polis. Kerajaan perlu mengkaji proses masing-masing untuk mengesahkan dan menggunakan data-data ini, seperti pangkalan data pasport dicuri atau hilang Interpol," katanya. – Bernama, 1 April, 2014. |
Enakmen anti-Syiah dikemas kini, kata mufti Kedah Posted: 01 Apr 2014 02:52 AM PDT Mufti Kedah Datuk Syeikh Muhamad Baderudin Ahmad (gambar) berkata enakmen sedia ada terlalu umum sehingga menyebabkan penguat kuasa Majlis Agama Islam Kedah (Maik) gagal melaksanakan penguatkuasaan terhadap pengikut fahaman itu. "Enakmen yang sedia ada longgar dan menyebabkan pengikut dan penyebar fahaman Syiah boleh terlepas daripada tindakan undang-undang," katanya hari ini. Beliau berkata penasihat undang-undang Syariah negeri dan Maik turut mendapatkan pandangan daripada negeri Selangor, Perak dan Pulau Pinang sebagai rujukan bagi memperkemaskan lagi enakmen itu. Syeikh Baderudin juga berkata pengikut Syiah akan berkumpul di lapan tempat yang dikenali sebagai Hauzah (sekolah) termasuk di Sungai Petani, Alor Setar, Jitra dan Pendang. Sementara itu di majlis yang sama Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya, Datuk Tajul Urus Mat Zain berkata bahaya fahaman Syiah perlu didedahkan kepada pelajar sejak di bangku sekolah. Katanya, terdapat laporan bahawa segelintir guru sekolah menyebarkan fahaman itu menerusi pembelajaran tanpa disedari oleh orang lain dan menjadi ikutan pelajar. "Saya terima maklumat ada guru tabika yang sebarkan fahaman Syiah kepada pelajarnya dan ini amat membimbangkan," katanya. Tajul Urus berkata bagi membendung masalah itu, Kolej Universiti Insaniah telah mengambil inisiatif dengan mengedarkan 2,000 buku kepada pelajar sekolah serta masjid dan berharap mereka memperoleh maklumat yang tepat mengenai Syiah. – Bernama, 1 April, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan