The Malaysian Insider :: Bahasa |
Dua minggu berlalu, anggota TUDM sertai pencarian MH370 tidak patah semangat Posted: 11 Apr 2014 04:40 AM PDT Mereka merupakan anggota pasukan yang terlibat dengan pengendalian tiga pesawat C-130 Hercules TUDM, yang beroperasi dari Pangkalan Tentera Udara Diraja Australia Pearce di Perth. Ketua Skuadron Ke-20 TUDM Major Muhammad Jafri Suboh berkata kesemua mereka komited dengan usaha itu. "Kami bangga kerana terlibat dengan misi ini bersama pasukan dari negara lain," katanya merujuk kepada usaha mencari pesawat terbabit yang melibatkan pelbagai negara dan dilaporkan sebagai paling mahal dalam sejarah penerbangan. – Bernama, 11 April, 2014. MENYUSUL LAGI |
Pemuda Umno Selangor gesa SPRM siasat Khalid berhubung jualan tanah Posted: 11 Apr 2014 04:06 AM PDT Ketua Pemudanya, Zainuri Zainal berkata laporan itu dibuat supaya satu siasatan dapat dilakukan terhadap Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim serta pemilik tanah berhubung penjualan yang didakwa mencecah sekali ganda. "Kami membuat aduan secara rasmi hari ini berikutan terdapat unsur rasuah dan salah guna kuasa. "Kami mendesak tindakan yang sewajarnya diambil kepada individu yang dikenal pasti melakukan ketirisan atau (melakukannya) untuk kepentingan peribadi," katanya kepada pemberita di pejabat SPRM Selangor hari ini. Zainuri mendakwa penjualan tanah yang dilakukan tidak mengikut prosedur yang sepatutnya kerana dilakukan selepas Dewan Undangan Negeri dibubarkan. Beliau turut mempersoalkan mengapa kerajaan negeri menjual tanah itu kepada Tropicana di bawah harga pasaran, iaitu RM17 sekaki persegi, sedangkan Tropicana menjual tanah yang sama kepada sebuah lagi syarikat swasta dengan nilai RM35 sekaki persegi. Pada April tahun lepas, kerajaan negeri menerusi PNSB menjual 474.3 hektar tanah paya kepada Tropicana dan syarikat itu kemudian menjual satu perempat daripada jumlah tanah terbabit kepada Eco World Development Group Berhad dengan nilai lebih tinggi. – Bernama, 11 April, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan