Khamis, 17 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kematian Karpal: Pemandu lori terkejut dengar jeritan dan dentuman kuat

Posted: 17 Apr 2014 02:29 AM PDT

April 17, 2014

Ahli keluarga Karpal Singh bersedih hati di luar bilik mayat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. – Gambar  The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 April, 2014.Ahli keluarga Karpal Singh bersedih hati di luar bilik mayat di Hospital Raja Permaisuri Bainun, Perak. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 17 April, 2014."Bunyi dentuman kuat di belakang lori dan suara orang menjerit telah mengejutkan saya," demikian menurut pemandu lori Abu Mansor Mohd, 45, yang kenderaanya terlibat dengan kemalangan di Kilometer 306.1
Lebuhraya Utara-Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, awal pagi ini.

Kemalangan pada 1.10 pagi itu, mengakibatkan anggota Parlimen Bukit Gelugor Karpal Singh, 73, dan pembantu peribadinya Michael Cornelius maut di tempat kejadian.

Ekoran itu, Abu Mansor berkata beliau memberhentikan kenderaannya dan melihat kenderaan serba guna (MPV) yang dinaiki lima penumpang melanggar bahagian belakang kanan lori berkenaan.

"Keluar dari lori, saya terkejut setelah melihat MPV itu rosak teruk dan terdapat mangsa yang cedera," katanya ketika pemberita di Ipoh hari ini.

Abu Mansor berkata pada mulanya beliau tidak mengetahui seorang daripada lima mangsa yang berada di dalam kenderaan itu adalah bekas Pengerusi DAP.

"Orang ramai yang berhenti di tepi jalan untuk melihat kejadian itu memberitahu saya Karpal Singh berada di dalam kenderaan itu," katanya.

Menurut Abu Mansor, beliau memandu perlahan di bahagian kiri jalan ekoran keadaan jalan yang berbukit.

Beliau yang berasal dari Petaling Jaya berkata, beliau sedang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Bukit Mertajam, Pulau Pinang untuk menghantar barang antaranya simen dan mozek turut bersama isterinya Nur Azlina Ahmad, 23, serta seorang kanak-kanak Nurieman Diana Qhaleesha Abdullah, 4.

Kemalangan itu turut mengakibatkan pembantu rumah Karpal, seorang wanita warga Indonesia cedera parah dan mengalami pendarahan di bahagian otak.

Sementara anak lelaki bekas pemimpin DAP itu, Ramkarpal Singh, 38, dan pemandu kenderaan MPV C. Selvam, 27, yang merupakan warga India tidak mengalami kecederaan.

Abu Mansor pula hanya cedera ringan manakala dua penumpang lain tidak cedera. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kampar Supt Ng Kong Soon berkata saringan awal ujian air kencing bagi mengesan dadah dibuat ke atas Abu Mansor selepas polis mengambil keterangan daripadanya.

"Bagaimanapun, Abu Mansor dibebaskan dengan jaminan polis," katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Ng, ujian makmal akan dilakukan bagi mempoleh keputusan yang lebih tepat.

Beliau berkata polis juga akan menjalankan saringan ujian air kencing terhadap pemandu kenderaan MPV C.Selvam, dalam masa terdekat. – Bernama, 17 April, 2014.

Khairy bidas Zulkifli Noordin kerana kenyataan tidak sensitif kematian Karpal

Posted: 17 Apr 2014 02:23 AM PDT

April 17, 2014

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin (gambar) hari ini membidas bekas Anggota Parlimen Kulim-Bandar Baharu Datuk Zulkifli Noordin susulan kenyataan tidak sensitifnya berhubung kematian pemimpin DAP Karpal Singh.

Khairy yang juga Ketua Pemuda Umno berkata kenyataan Zulkifli menerusi Twitter itu tidak menggambarkan sikap sebenar seorang Islam atau rakyat Malaysia dan beliau malu dengan perbuatan tersebut.

"Sebarang kenyataan yang mempolitikkan kematiannya (Karpal Singh) dalam bentuk sedemikian rupa yang dilakukan oleh Zulkifli Noordin langsung tidak mencerminkan sikap rakyat Malaysia dan orang Islam.

"Saya malu dengan individu ini dan saya malu beliau bertanding bagi Barisan Nasional dalam pilihan raya lepas dan kita tidak harus meletakkan beliau sebagai calon lagi," katanya selepas melancarkan Forum "Women@Work" di Kuala Lumpur.

Zulkifli dalam entrinya menerusi @zulkiflinoordin berkata: "Dalam keadaan kemelut kerajaan Pas Kelantan mahu melaksanakan hudud dengan bantuan Umno, Allah telah mematikan Karpal yang menjadi penentang utama pelaksanaannya'.

Khairy membuat kenyataan balas menerusi @zulkiflinoordin dengan "Shut up. Really, shut up". (Diam. Betul-betul, diam).

Dalam pada itu Khairy turut mengucapkan takziah kepada keluarga Karpal Singh.

Bekas Pengerusi DAP Kebangsaan dan Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu serta pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan, berhampiran Gua Tempurung, Kampar, awal hari ini. – Bernama, 17 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved