Rabu, 23 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rakyat Malaysia mampu jatuhkan kerajaan dengan ganas, kata Dr Mahathir

Posted: 23 Apr 2014 03:37 AM PDT

OLEH JAMILAH KAMARUDIN
April 23, 2014
Latest Update: April 23, 2014 06:47 pm

Tun Dr Mahathir Mohamad memberi nasihat kepada para pemimpin jangan memandang rendah kemampuan rakyat Malaysia untuk bangkit menentang pemimpin dan kerajaan yang korup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2014.Tun Dr Mahathir Mohamad memberi nasihat kepada para pemimpin jangan memandang rendah kemampuan rakyat Malaysia untuk bangkit menentang pemimpin dan kerajaan yang korup. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2014.Pemimpin diingatkan supaya tidak memandang rendah terhadap kemampuan rakyat Malaysia menjatuhkan kerajaan yang korup sama seperti di negara Timur Tengah, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu berkata, sejarah raja dan diktator di Timur Tengah membuktikan kuasa rakyat mampu menjatuhkan pemimpin sehingga menggunakan tindakan keras dan ganas.

"Rakyat Malaysia belum tahu cara yang ganas.

"Mereka mungkin menggunakan pilihan raya untuk memperbetulkan keadaan tetapi janganlah kita terlalu yakin yang mereka akan terus berlembut," katanya dalam tulisan bertajuk "Mereka yang berkuasa" di blognya www.chedet.cc hari ini.

Katanya, perkara ini tidak mustahil akan berlaku di negara ini kerana sejarah Melayu membuktikan rakyat pernah bersatu dan bertindak secara ganas menjatuhkan pemimpin zalim.

"Sultan Mahmud dibunuh walaupun tabiat orang Melayu tidak menderhaka kepada raja," katanya.

Namun menurut Dr Mahathir, senario politik negara sehingga kini masih tidak sanggup untuk menasihati pemimpin kerana takut dimarahi atau dipandang serong.

Katanya, ini kerana kebiasaannya ramai menyokong dan memuji apa sahaja yang dilakukan oleh pemimpin yang berkuasa; sama ada ikhlas menyatakan pendapat atau cuma mengangguk dan mengiakan apa sahaja yang disukai oleh yang berkuasa.

Menurut Dr Mahathir, orang sekeliling pemimpin yang sepatutnya memberi nasihat dilihat hanya membawa kesan buruk kerana tidak berani menyuarakan teguran sehingga menimbulkan kebencian rakyat.

"Tanpa teguran yang berani oleh mereka maka akan lebih buruklah prestasi pihak berkuasa.

"Kemarahan orang akan meningkat menjadi kebencian," katanya.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin semalam menggesa Putrajaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah ekonomi negara dan pembangunan demi memajukan kehidupan kaum Melayu.

Beliau yang memegang jawatan itu dari 1984 hingga 1991 semasa zaman pemerintahan Dr Mahathir berkata, kerajaan perlu melakukan penyelidikan dan membetulkan semula dasar supaya ekonomi negara dapat dimajukan.

"Kerajaan sepatutnya mencari cara serta jalan penyelesaian untuk menangani masalah ekonomi di negara ini.

Menurut Daim, beliau bukanlah bukan anti-kerajaan ketika mengulas tentang kepincangan menteri kewangan dalam mentabdir urus sistem perbelanjaan negara.

"Saya bukan bermusuh dengan kerajaan, saya cuma anti dengan dasar kerajaan yang sudah lompong dan tidak betul.

"Ini isu yang serius. Rakyat harus tahu bahawa dasar yang diamalkan kerajaan tidak memberi faedah serta manfaat kepada rakyat, malah ia membebankan rakyat daripada segi peningkatan perbelanjaan ekonomi seharian," katanya seperti dilapor portal berkenaan. – 23 April, 2014.

Kerajaan Pulau Pinang siasat punca tiada polis di kediaman Karpal pada Ahad

Posted: 23 Apr 2014 03:16 AM PDT

April 23, 2014

Kerajaan Pulau Pinang mempersoalkan tiadanya kemunculan pihak polis seperti yang dirancang ketika jasad Karpal Singh hendak dibawa dari kediaman ke Dewan Sri Pinang untuk mengawal keadaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2014.Kerajaan Pulau Pinang mempersoalkan tiadanya kemunculan pihak polis seperti yang dirancang ketika jasad Karpal Singh hendak dibawa dari kediaman ke Dewan Sri Pinang untuk mengawal keadaan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 April, 2014.Kerajaan Pulau Pinang akan menjalankan bedah siasat bagi mengenal pasti punca ketiadaan polis bertugas di kediaman mendiang Karpal Singh dan di kawasan Dewan Sri Pinang pada Ahad lepas.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata sekalipun polis banyak membantu ketika upacara penghormatan terakhir di kediaman mendiang dari hari pertama hingga ketiga, polis tidak muncul seperti yang dirancang pada hari keempat khususnya ketika jasad Karpal Singh hendak dibawa dari kediaman ke Dewan Sri Pinang.

"Mungkin polis ada tetapi bukan seperti yang dirancang khususnya pada waktu pagi ketika jasad mendiang hendak dibawa ke Dewan Sri Pinang dan ketika ketibaan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri Toh Puan Majimor Shariff.

"Saya melihat tiada kawalan polis di Dewan Sri Pinang dan Tun Abdul Rahman mengalami kesusahan untuk berjalan menuju ke dewan," katanya kepada pemberita di George Town hari ini.

Beliau juga mendakwa polis tidak muncul seperti yang dirancang untuk mengawal orang ramai di luar Dewan Sri Pinang.

Kerajaan negeri hanya bergantung kepada pasukan peronda sukarela untuk membantu mengawal orang ramai yang membanjiri Dewan Sri Pinang bagi memberi penghormatan terakhir kepada Karpal Singh, katanya.

Semalam, Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi menafikan ketiadaan polis membantu semasa upacara penghormatan terakhir kepada Karpal Singh dan menyatakan lebih 50 pegawai serta anggota bertugas sepanjang empat hari berkenaan termasuk ketika upacara pembakaran mayat ahli Parlimen Bukit Gelugor itu di Krematorium Batu Gantung, Ahad lepas.

Abdul Rahim berkata selain menjaga lalu lintas, pihaknya turut menempatkan pegawai dan anggota di rumah mendiang di Jalan Utama, di sini serta dua balai polis bergerak di pekarangan Dewan Sri Pinang ketika mayat mendiang dibawa ke situ untuk penghormatan terakhir.

Karpal Singh, 73, bersama pembantu peribadinya, Michael Cornelius, 39, maut dalam kemalangan pada 1.10 pagi di Km 306.1 Lebuhraya Utara-Selatan laluan utara berhampiran Gua Tempurung di Kampar, Khamis lepas. – Bernama, 23 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved