Jumaat, 25 April 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Najib lancar portal aduan ‘fortherakyat.com’

Posted: 25 Apr 2014 02:28 AM PDT

April 25, 2014

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lancar portal aduan fortherakyat.com hari ini. Gambar fail.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak lancar portal aduan fortherakyat.com hari ini. Gambar fail.Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini melancarkan portal aduan komuniti 'fortherakyat.com', satu lagi platform untuk orang ramai mengadu dan mengetengahkan permasalahan mereka.

Portal seliaan Biro Aduan Komuniti Pergerakan Pemuda Umno itu membolehkan masyarakat menyalurkan terus sebarang masalah seumpama itu, dan biro berkenaan akan menghubungi pengadu dan menjelaskan tentang langkah penyelesaian.

Pengerusi biro itu, Sheikh Ahmad Nafiq Sheikh A Rahman, berkata portal berkenaan berfungsi secara interaktif dan pengadu boleh memantau setiap aduan yang dibuat.

"Kelebihan portal ini ialah ia bersifat interaktif dengan setiap aduan akan mempunyai status seperti 'diterima', 'disemak', dan 'diproses'.

"Apabila aduan diselesaikan, ini akan dimaklumkan kepada pengadu melalui emel," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran portal itu.

Katanya, hampir semua jenis aduan bersandarkan masalah komuniti berkaitan isu seperti kepenggunaan, perkhidmatan kerajaan, pihak berkuasa tempatan, kewangan dan ekonomi boleh diajukan ke portal itu.

Sheikh Ahmad Nafiq berkata, setiap aduan dijangka melalui proses semakan dan penyelesaian antara dua minggu hingga empat bulan, selain bergantung juga kepada proses di peringkat agensi kerajaan terlibat.

Katanya, sejak mula beroperasi sebulan lalu, portal itu menerima 84 aduan orang ramai, 79 daripadanya berjaya diselesaikan.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pergerakan Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. – Bernama, 25 April, 2014.

Kerajaan Persekutuan sudah lama jangka krisis air akan berlaku, kata Mustapa

Posted: 25 Apr 2014 02:22 AM PDT

April 25, 2014

Krisis air hingga menyebabkan catuan di kebanyakan kawasan di Selangor menyukarkan penduduk. Gambar fail The Malaysian Insider.Krisis air hingga menyebabkan catuan di kebanyakan kawasan di Selangor menyukarkan penduduk. Gambar fail The Malaysian Insider.Kerajaan persekutuan sudah lama menjangkakan krisis air akan berlaku di Selangor, namun pakatan pembangkang yang mentadbir negeri itu enggan menerima pandangan yang diutarakan sejak lima tahun lalu.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata ketika itu, kerajaan Selangor bertegang leher mengatakan simpanan air mencukupi.

"Air adalah satu keperluan asas untuk rumah dan industri. Lima tahun dulu kita sudah kata air tidak cukup. Sekarang (krisis air) baru (mereka) terima hakikat ia tidak cukup. Sudah lewat, apa hendak buat?," katanya selepas taklimat khas kepada warga Bernama di Kuala Lumpur, hari ini.

Sehubungan itu, katanya, keutamaan sekarang ialah segera melaksanakan Loji Rawatan Air Langat 2 bagi kepentingan orang ramai dan memastikan pelaburan tidak terjejas.

"Jika tidak, syarikat (yang melabur di Selangor) akan membuat keputusan merugikan kita, sama ada mereka membatalkan hasrat membesarkan operasi atau mengecilkan operasi sedia ada," katanya.

Beliau berkata, jika masalah air berlanjutan, ada syarikat mungkin membuat keputusan berpindah ke luar negara.

"Kita harapkan ini tidak berlaku dan setakat ini, saya berterima kasih kepada beberapa syarikat yang beri jaminan mereka akan bersabar dengan masalah air," katanya.

Kemelut pelaksanaan Langat 2 yang tertangguh sejak 2008 selesai selepas kerajaan persekutuan dan kerajaan Selangor menandatangani memorandum persefahaman berhubung penstrukturan semula industri bekalan air Selangor pada 26 Februari lalu. – Bernama, 25 April, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved