The Malaysian Insider :: Bahasa |
Usah terpengaruh lambakan maklumat tragedi MH370 dalam media sosial, kata Saravanan Posted: 06 Apr 2014 02:11 AM PDT Timbalan Menteri Belia dan Sukan Datuk M Saravanan (gambar) berkata mereka harus bijak menilai fakta yang dipaparkan dan tidak terus mempercayai sepenuhnya jika terdapat sebarang perbezaan maklumat daripada apa yang didedahkan kerajaan. Mereka jangan mudah terpedaya dengan tindakan pihak tertentu, sama ada mana-mana saluran media atau pun media sosial yang suka melemparkan tuduhan kononnya kerajaan selama ini menyembunyikan fakta sebenar mengenai tragedi itu, katanya selepas merasmikan persidangan Tahunan Ke-7 Persatuan Malaysia Pranava Yoga Theraphy Centre di Klang hari ini. "Para belia jangan percaya maklumat yang disebar itu sebagai sesuatu yang benar sedangkan kerajaan kita berusaha keras mencari pesawat berkenaan dan mendedahkan apa saja maklumat yang kita terima kepada umum," katanya. Tambahnya, tragedi pesawat MH370 itu bukan sekadar isu negara ini, tetapi ia adalah isu antarabangsa kerana turut melibatkan kehilangan rakyat pelbagai negara antaranya China, Amerika Syarikat dan Australia. Sehubungan itu katanya, usaha Jabatan Latihan Khidmat Negara untuk menambah baik modul latihan pengurusan media sosial terhadap pelatih Program Latihan Khidmat Negara adalah tepat pada waktunya. Menyifatkan masalah kekeliruan fakta dan persepsi dalam kalangan golongan muda kini semakin ketara, Saravanan berkata langkah itu diharap dapat memberi panduan kepada para belia dalam mengadaptasi sebarang maklumat yang diterima. Beliau berkata modul itu yang dipupuk pada peringkat awal juga dilihat mampu menangani masalah penyebaran maklumat tidak tepat serta tidak berasas menerusi pengunaan media sosial kelak. – Bernama, 6 April, 2014. |
Cadangan pembinaan helipad di Taman Tasik Titiwangsa diteruskan Posted: 06 Apr 2014 01:19 AM PDT Menterinya, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata rancangan itu bukan sahaja boleh dimanfaatkan ketika berlakunya kecemasan, malahan dapat menyediakan produk pelancongan baru iaitu "Heli City Tour" yang menyediakan pakej meninjau ibu kota dari udara. "Saya merayu kepada penduduk di situ supaya jangan mementingkan diri dan mereka mesti faham bahawa Taman Tasik Titiwangsa di bawah DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) dan bukannya ekslusif untuk mereka, ia harus dimanfaatkan oleh seluruh rakyat," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Program KL Pagi Bebas Kenderaan kali keempat hari ini. Katanya, terdapat juga permintaan dari pelancong antarabangsa yang menggunakan jet persendirian ingin terus ke bandar raya dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, Subang dengan menaiki helikopter. Beliau berkata pihaknya juga berhasrat mengembalikan semula buaian roda gergasi, Eye On Malaysia, yang dipindahkan ke Taman Kota Laksamana, Melaka ke lokasi asalnya, Taman Tasik Titiwangsa, sekiranya keadaan kewangan mengizinkan. Tengku Adnan berkata dengan adanya helipad dan Eye on Malaysia, pakej pelancongan yang terdapat di Kuala Lumpur akan menjadi lebih sempurna dan setanding dengan bandar raya di luar negara. – Bernama, 6 April, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan