The Malaysian Insider :: Bahasa |
Baru sehari jadi Adun, Dr Wan Azizah mula jadi sasaran Posted: 08 Apr 2014 02:25 AM PDT Adun BN sejak awal mempersoalkan Pakatan Rakyat yang tidak mengiktiraf integriti institusi kehakiman apabila enggan menerima keputusan kes Liwat II, namun menyifatkan mahkamah sebagai adil apabila menolak pendengaran saman golongan ibu tunggal yang difailkan terhadap kerajaan Selangor. Pencaturan Langkah Kajang juga turut diperlekehkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias yang mendakwa Anwar tidak layak memimpin negeri. – 8 April, 2014. MENYUSUL LAGI |
Rodziah nafi dakwaan Zuraida, minta bukti atau ia hanya fitnah politik kotor Posted: 08 Apr 2014 02:03 AM PDT Beliau menolak dakwaan calon dari Selangor menggunakan kapasiti sebagai pentadbir kerajaan negeri meraih undi ahli parti, seperti yang didakwa penyandang jawatan itu, Zuraida Kamaruddin. Rodziah berkata, Zuraida perlu mengemukakan bukti kukuh dan menyerahkan kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) sebelum mengeluarkan kenyataan sedemikian. "Selagi tidak ada bukti, kita anggap itu fitnah. "Kalau ada fakta buktikan. Ahli PKR dah matang, buktikan dan berani cakap perkara benar tetapi jangan bawa politik kotor. "Saya ambil pendekatan JPP berkali-kali menasihatkan kalau ada bukti tampil ke hadapan bawa aduan dan Jawatankuasa Disiplin akan kaji untuk tindakan," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider hari ini. Zuraida semalam mendakwa pihaknya menerima aduan wujudnya salah guna kuasa kerajaan negeri menjelang Pemilihan PKR 2014, namun tidak mendedahkan nama calon yang terlibat sebaliknya mahu JPP menyiasat dakwaan tersebut. "Kita tidak mahu mereka menggunakan jawatan yang diletakkan parti untuk keselesaan mereka dalam pertandingan parti. "Jangan gunakan kuasa itu, parti (pusat) juga ada kuasa... (jadi) pergelutan mungkin ada di situ," kata Zuraida kepada The Malaysian Insider. Rodziah turut menafikan dirinya menyalahgunakan kedudukannya sebagai Exco Selangor dan menggunakan jentera pentadbiran negeri untuk berkempen. Beliau berkata dirinya dan pemimpin PKR lain termasuk Exco Selangor Elizabeth Wong dan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak dapat lari daripada persepsi mereka merupakan sebahagian daripada pentadbiran kerajaan negeri. "Saya tak gunakan cara tersebut. Kalau saya keluar berkempen sekali pun daripada sudut kewangannya itu daripada hasil tiitk peluh saya, gaji saya sendiri," tegasnya. Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Tiga itu berkata sebagai ahli politik yang matang Zuraida tidak sepatutnya menimbulkan persepsi sedemikian di kalangan ahli. "Persepsi tak semestinya betul. Memulakan persepsi negatif itu membimbangkan saya. "Dalam tempoh kempen yang sihat ini membawa budaya negatif dan fitnah itu kita harap jangan dibudayakan dalam kempen pilihan raya kali ini," katanya. – 8 April, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan