The Malaysian Insider :: Bahasa |
Kerajaan India ucap takziah kepada keluarga Puan Sri Janaky Posted: 10 May 2014 03:33 AM PDT Ucapan takziah negara itu disampaikan oleh Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia, T.S Tirumurti ketika mengunjungi kediaman mendiang untuk memberi penghormatan terakhirnya di Jalan Kuantan, Taman Tasik Titiwangsa, di sini. Tirumurti berkata Janaky, 89, adalah salah seorang tokoh legenda dalam sejarah India kerana perjuangannya untuk mencapai kemerdekaan. "Mendiang adalah salah seorang yang pertama saya mengunjunginya apabila mengambil alih tugas sebagai Pesuruhjaya Tinggi India di Malaysia. "Sedikit yang saya sedar bahawa pertemuan pertama dengan dia merupakan yang terakhir dan ia akan sentiasa menjadi kenangan. Sumbangannya kepada India dan Malaysia sudah pasti tidak akan dilupai," katanya dalam kenyataan di sini. Janaky, bekas senator dan antara pengasas MIC, meninggalkan seorang anak lelaki dan dua anak perempuan, lapan cucu serta seorang cicit. Pemergiannya juga jatuh pada ulang tahun ke-38 kematian suaminya Tan Sri Athi Nahappan yang merupakan bekas timbalan presiden MIC dan juga bekas menteri. Selain politik, mendiang juga aktif dalam pelbagai pertubuhan sosial dan pertubuhan kebajikan dan merupakan bekas Pesuruhjaya Persatuan Pandu Puteri Selangor. Mendiang turut menerima pelbagai anugerah dan pengiktirafan di peringkat kebangsaan serta antarabangsa. Pada tahun 2000, mendiang menjadi wanita India pertama yang berasal dari luar India menerima anugerah tertinggi negara berkenaan iaitu Padma Shri, sebagai mengiktiraf kerja kebajikannya dan juga sumbangan dalam Tentera Nasional India (INA). Upacara penghormatan terakhir selama sejam akan bermula pukul 9.30 pagi esok di kediamannya sebelum jasadnya dibawa ke Krematorium Cheras di sini. – Bernama, 10 Mei, 2014. |
PAS anggap calon DAP sebagai calonnya di Bukit Gelugor Posted: 10 May 2014 03:28 AM PDT Timbalan Presidennya Mohamad Sabu (gambar) berkata partinya menganggap calon DAP itu sebagai calonnya sendiri dan akan memberi sokongan padu kepada anak ketiga mendiang bekas pengerusi DAP kebangsaan Karpal Singh itu. "Kita beri sokongan penuh dan malam esok kita akan lancarkan jentera pilihan raya PAS untuk membantu DAP dalam PRK Bukit Gelugor," katanya kepada pemberita selepas pengumuman calon DAP di George Town hari ini. Mohamad, yang juga Pesuruhjaya PAS negeri berkata, presiden parti itu Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan hadir bagi memberi sokongan kepada calon DAP itu pada hari penamaan calon, Isnin ini. Mengenai ahli PAS Gombak, Mohamed Nabi Bux Mohd Nabi Abd Sathar, 63, menawarkan diri untuk bertanding, katanya PAS akan menyiasat kesahihan keanggotaan individu berkenaan. Beliau berkata PAS membuat keputusan tidak meletakkan calon dan jika benar individu itu adalah anggota parti, PAS tidak teragak-agak mengambil tindakan untuk memecatnya. Sebelum ini, dua individu lain turut menyatakan hasrat bertanding dalam PRK tersebut iaitu Naib Presiden Parti Cinta Malaysia (PCM) Datuk Huan Cheng Guan dan Mohd Yacoob Mohd Noor, seorang pengurus beberapa inap desa. Sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Penang Front Party turut menyatakan hasrat untuk meletakkan calon. PRK Parlimen Bukit Gelugor diadakan berikutan kematian penyandangnya Karpal Singh dalam kemalangan jalan raya 17 April lepas. SPR menetapkan 12 Mei ini sebagai hari penamaan calon, pengundian awal 21 Mei dan hari mengundi 25 Mei ini. Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13, tahun lepas, mendiang Karpal Singh menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Teh Beng Yeam dengan majoriti 42,706 undi. – Bernama, 10 Mei, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan