Selasa, 13 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ahmad Razif mulakan tugas MB Terengganu secara rasmi esok

Posted: 13 May 2014 03:17 AM PDT

May 13, 2014

Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman (gambar) dijangka memulakan tugasnya sebagai Menteri Besar Terengganu secara rasmi esok.

Menurut Unit Komunikasi Negeri Terengganu, Ahmad Razif difahamkan akan memasuki pejabat Menteri Besar di Tingkat Enam, Wisma Darul Iman pada pukul 7.45 pagi.

Pengerusi Jawatankuasa Sains, Teknologi dan Inovasi, Tenaga, Teknologi Hijau dan Air negeri itu, semalam dilantik sebagai menteri besar Terengganu yang baharu menggantikan Datuk Seri Ahmad Said yang meletakkan jawatan.

Beliau mengangkat sumpah jawatan itu di hadapan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah di Kuala Terengganu pada 9.18 malam tadi.

Ahmad Razif, 49, Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Seberang Takir selama dua penggal sejak 2008 merupakan lulusan Sarjana Sains dalam Bimbingan dan Kaunseling dari Universiti Putra Malaysia, pernah menyandang jawatan Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia.

Beliau juga menjadi Ketua Penerangan Umno Terengganu pada penggal lepas.

Antara Menteri Besar Terengganu sejak 1959 ialah Mohd Daud Abdul Samad dari PAS (1959-1960), Tan Sri Ibrahim Fikri Mohamad dari Umno (1960-1970), Datuk Mahmood Sulaiman dari Umno (1970-1971), Datuk Nik Hassan Wan Abdul Rahman  dari Umno (1971-1974), Tan Sri Wan Mokhtar Ahmad dari Umno (1974-1999), Datuk Seri Abdul Hadi Awang dari PAS (1999-2004), Datuk Seri Idris Jusoh dari Umno (2004-2008) dan Datuk Seri Ahmad Said dari Umno (2008-12 Mei 2014). – Bernama, 13 Mei, 2014.

Penduduk Hulu Terengganu kecewa tindakan wakil rakyat Ajil keluar Umno

Posted: 13 May 2014 03:07 AM PDT

May 13, 2014

Lebih 50 penduduk kampung di Hulu Terengganu yang majoritinya anggota  Umno Hulu Terengganu meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Ajil, Ghazali Taib (gambar), 52, keluar Umno.

Mereka berkumpul berhampiran kediaman wakil rakyat berkenaan petang ini dengan membawa sepanduk sebagai tanda kecewa dengan tindakan pemimpin itu.

Seorang penduduk kampung, Mohd Wahid Ngah, 53, berkata perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku dan Adun berkenaan perlu akur dan patuh pada keputusan pucuk pimpinan parti.

Katanya mereka sebagai penyokong setia Umno sanggup mengorbankan masa, tenaga dan sebagainya bagi memastikan Barisan Nasional (BN) terus kekal memerintah di Terengganu khusus di kawasan mereka sendiri.

"Saya amat kecewa dengan tindakan wakil rakyat (Ghazali) di kawasan ini, kami sanggup memberikan sokongan padu dan kepercayaan kepada beliau untuk membela dan melakukan perubahan di sini namun tindakan sedemikian yang dilakukannya," katanya kepada Bernama.

Bekas Ketua Umno Cawangan Kampung Jak, Saad Mustafa, 52, menyifatkan tindakan Ghazali itu sebagai bukti beliau bukannya anggota Umno yang sejati.

"Bagi saya dia bukan seorang ahli parti yang setia, jika tidak dia tidak  akan melakukan keputusan yang terburu-buru tanpa memikirkan kesan di sebalik semua keputusan tersebut dan langsung tidak menghargai sumbangan ahli parti yang lain," katanya.

Naib Ketua Pemuda Umno Cawangan Menerong, Mohd Faizal Mustapa, 30, berharap kemelut itu dapat diselesaikan dengan cara terbaik dan berhemah.

"Kami masih mengharapkan jawapan dan status kedudukan sebenar Adun berkenaan dengan melepaskan jawatan tersebut...mereka juga berharap Umno pusat serta negeri dapat menyelesaikan kemelut ini dengan secepat mungkin," katanya.

Ghazali juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Inovasi dan Tugas-tugas Khas negeri.

Pada pilihan raya umum ke-13 Mei tahun lalu Ghazali menewaskan Mohd Razki Yah Alias (PAS) dengan majoriti 2,782 undi.

Selain Ghazali, bekas Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said (Adun Kijal) dan Roslee Daud (Adun Bukit Besi) yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan negeri turut mengisytiharkan keluar  Umno dan menjadi Adun Bebas. – Bernama, 13 Mei, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved