The Malaysian Insider :: Bahasa |
Sarawak hentikan program Anak Angkat selepas aduan ‘Islamisasi’ Posted: 15 May 2014 02:32 AM PDT Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri, Datuk Daud Abdul Rahman yang mengarahkan program itu dihentikan bagaimanapun berkata, isu yang berlaku cuma salah faham. Katanya, program motivasi yang menyasarkan pelajar daripada keluarga miskin itu dibenarkan dan dibiayai Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Desa. Katanya, program itu dijalankan oleh badan bukan kerajaan Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan) yang berpusat di Bangi, Selangor. Daud berkata, semua elemen keagamaan dalam modul program akan dihapuskan pada masa akan datang. "Tidak ada sebarang cubaan untuk menukar agama penganut bukan Islam dalam program ini," katanya. Semalam, Menteri Pembangunan Sarawak Tan Sri Dr James Masing menimbulkan isu ini selepas ibu bapa pelajar SMK Balai Ringin mengemukakan aduan mengenai program tersebut. – 15 Mei, 2014. MENYUSUL LAGI |
Anwar akan umum tarikh pemilihan semula cabang PKR Selangor, kata Khalid Posted: 15 May 2014 01:59 AM PDT Khalid berkata perkara itu diputuskan dalam mesyuarat Biro Politik PKR yang dihadirinya malam tadi, antara lain membincangkan tata cara pengundian dan penyeragaman tempat-tempat pengundian untuk pemilihan semula cabang PKR Selangor. "Kami membuat beberapa ketetapan dalam mesyuarat biro politik di mana hari ini atau pun esok ketua umum akan membuat kenyataan mengenai keputusan biro politik (mengenai isu pemilihan semula cabang PKR Selangor yang ditangguhkan)," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan amal sempena "Malaysia Women Marathon 2014" di Shah Alam hari ini. Khalid berkata beliau tidak akan memberikan sebarang kenyataan terbuka mengenai isu itu, sebaliknya akan memberikan ruang kepada Anwar membuat pengumuman. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas 10 daripada 22 cabang PKR Selangor yang terpaksa mengadakan pemilihan semula berikutan bantahan pelbagai pihak berhubung perjalanan pengundian asal cabang itu Ahad lepas termasuk cabang yang ditandingi Khalid di Kuala Selangor. Sementara itu, bekas Ahli Parlimen Kapar S Manikavasagam yang juga anggota seumur hidup PKR berkata beliau tidak pasti kedudukannya dalam parti sama ada digantung ataupun dipecat ekoran kenyataannya sebelum ini. Beliau mendakwa seorang daripada pegawai menteri besar Selangor memberi suapan sehingga RM50 kepada pengundi untuk membantu Khalid menang jawatan ketua bahagian cabang PKR Kuala Selangor. Khalid bagaimanapun menafikan penglibatannya membeli undi untuk mendapatkan sokongan pada proses pemilihan PKR. – Bernama, 15 Mei, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan