Jumaat, 16 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Polis ambil keterangan laporan seminar kalimah Allah di UiTM

Posted: 16 May 2014 03:22 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
May 16, 2014

Pensyarah kolej swasta, Perzeus James (kanan) dan peguamnya, Annou Xavier selepas selesai memberi keterangan kepada polis di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 16 Mei, 2014.Pensyarah kolej swasta, Perzeus James (kanan) dan peguamnya, Annou Xavier selepas selesai memberi keterangan kepada polis di Shah Alam, hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Shafiq Safiee, 16 Mei, 2014.Dua individu yang membuat laporan polis berhubung seminar Kalimah Allah dan Kristologi Nusantara di Universiti Teknologi Mara (UiTM) minggu lalu dipanggil polis bagi memberikan keterangan hari ini.

Pensyarah kolej swasta, Perzeus James yang diambil keterangan kira-kira sejam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam berkata, beliau terpanggil untuk membuat laporan polis selepas banyak komen negatif yang disiarkan di media sosial.

"Acara ini diadakan di UiTM. Saya tidak tahu di mana mereka mendapat kebenaran menganjurkan acara ini. Setahu saya, jika mereka mahu mengadakan acara seperti itu perlu mendapat kebenaran kementerian.

"Kita tidak boleh tunggu lagi. Tindakan segera perlu diambil. Jika tidak perkara yang lebih buruk akan berlaku," katanya kepada media setelah memberi keterangan kepada polis.

James bersama pengarang, Uthaya Sankar Narayanan membuat laporan polis pada 8 Mei lalu kerana marah tiada tindakan yang diambil terhadap penganjur berkenaan walaupun ia mengundang kemarahan di media sosial. – 16 Mei, 2014.

MENYUSUL LAGI

Polis serah kertas siasatan Isma kepada peguam negara minggu depan

Posted: 16 May 2014 03:10 AM PDT

OLEH LEE SHI-IAN
May 16, 2014

Kertas siasatan terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman diserah kepada Pejabat Peguam Negara, minggu depan. Gambar fail The Malaysian Insider.Kertas siasatan terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman diserah kepada Pejabat Peguam Negara, minggu depan. Gambar fail The Malaysian Insider.Polis akan menyerahkan kertas siasatan terhadap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abdul Rahman kepada Pejabat Peguam Negara minggu depan.

Polis menyiasat Abdullah Zaik di bawah Akta Hasutan 1948 selepas MCA dan DAP membuat laporan polis terhadapnya.

Abdullah Zaik didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur hasutan terhadap masyarakat Cina di Malaysia dengan melabelkan mereka sebagai "penceroboh" dan mempersoalkan kemewahan serta kerakyatan mereka.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Bakri Zinin berkata kepada The Malaysian Insider, Abdullah Zaik disiasat minggu lalu.

"Kenyataan Abdullah Zaik direkodkan dua hari selepas laporan polis dibuat pada 7 Mei. Saya boleh mengesahkan perkara itu," katanya.

DAP dan MCA membuat laporan polis pada tarikh itu secara berasingan di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi di Kuala Lumpur.

Kenyataan Abdullah Zaik menimbulkan respon negatif komuniti Cina termasuk ahli politik pelbagai parti yang mendesak tindakan diambil terhadapnya.

Namun, beliau menegaskan kenyataannya itu tidak memberikan ancaman kerana ia merupakan "fakta sejarah."

"Kenapa saya perlu memohon maaf? Itu sejarah; orang Cina lupa asal usul mereka jadi saya perlu ingatkan mereka.

"Saya enggan membuat permohonan maaf, mereka yang perlu menjaga perasaan kita," katanya.

Beliau berkata, ia adalah kesalahan yang perlu diperbaiki, dengan tidak menyatakan langkahnya.

"Tiada siapa berhak menggadaikan kedaulatan Islam dan Melayu di tanah ini," katanya dipetik daripada laman web Isma.

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad turut menggesa Isma mendiamkan diri kerana kenyataan mereka merosakkan negara. – 16 Mei, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved