The Malaysian Insider :: Bahasa |
| Mohamed Nabi Bux tetap bertegas beliau adalah ahli PAS Posted: 17 May 2014 02:54 AM PDT Mohamed Nabi Bux, 63, berkata beliau tidak kisah dengan penafian keanggotaannya oleh pemimpin tertinggi PAS kerana mempunyai bukti yang sahih dan jelas beliau adalah ahli parti itu. "Saya ada baca dalam akhbar hari ini Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali masih menafikan keahlian saya. Memang sedih tetapi saya sebenarnya percaya pemimpin tertinggi parti itu sekarang ini sudah melatah dan takut mengakuinya," katanya kepada pemberita selepas mengadakan kempen di Flat Kampung Melayu, Air Itam di George Town, hari ini. Isu kesahihan keanggotaan Mohamed Nabi Bux dalam PAS mula diperkatakan sejak beliau menawarkan diri untuk bertanding pada pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor dan berhasrat melaksanakan hukum hudud di Pulau Pinang menjelang 2020. Pada pilihan raya kecil 25 Mei ini Mohamed Nabi Bux akan berdepan Ramkarpal Singh Deo daripada DAP dan Naib Presiden Parti Cinta Malaysia, Datuk Huan Cheng Guan serta seorang lagi calon Bebas, Abu Backer Sidek Mohamad Zan. PAS turut menyatakan sokongan kepada calon DAP yang merupakan sekutu parti itu dalam pakatan pembangkang. Sementara itu, bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Hassan Ali ketika dihubungi berkata secara amnya jika seseorang itu mempunyai sijil perakuan anggota PAS, beliau adalah ahli parti itu kecuali keanggotaannya dibatalkan atas sebab-sebab tertentu. – Bernama, 17 Mei, 2014. |
| BN umum presiden Gerakan calon PRK Teluk Intan Posted: 17 May 2014 02:46 AM PDT Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa mengumumkan perkara itu berkata, bekas ahli Parlimen Teluk Intan itu adalah pilihan yang sesuai kerana sudah lama berkecimpung dalam politik dan mengenali hati pengundi di kawasan itu. "Walaupun pada pilihan raya (umum) lalu beliau mengalami kekalahan, (dan) saya fikir ini adalah kebangkitan semula parti Gerakan," katanya kepada pemberita selepas mengumumkan calon BN serta melancarkan jentera BN bagi PRK Parlimen Teluk Intan di Teluk Intan, hari ini. Mah, 53, anak jati Teluk Intan pernah menjadi ahli Parlimen Teluk Intan pada Pilihan Raya Umum 1999 dan 2004. Bekas timbalan menteri Pertanian dan Industri Asas Tani itu adalah lulusan ijazah sarjana muda sains dari London School of Economic dan sarjana dalam bidang pembuatan dari City University London, serta ijazah perundangan (LLB) dengan kepujian dari University of East, London. PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 48, akibat kanser pada 1 Mei lalu. – Bernama, 17 Mei, 2014. MENYUSUL LAGI |
| You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |

0 ulasan:
Catat Ulasan