Isnin, 19 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pelaksanaan Sea-Basing di Sabah diputuskan dalam masa terdekat

Posted: 19 May 2014 02:27 AM PDT

May 19, 2014

Pelaksanaan sistem Sea-Basing untuk pertingkat keselamatan di perairan Sabah akan diputuskan tidak lama lagi. Gambar fail.Pelaksanaan sistem Sea-Basing untuk pertingkat keselamatan di perairan Sabah akan diputuskan tidak lama lagi. Gambar fail.Cadangan pelaksanaan sistem Sea-Basing bagi meningkatkan tahap keselamatan di perairan Sabah akan diputuskan dalam masa terdekat, kata Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Laksamana Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

"Perkara ini dibincangkan dalam mesyuarat Kabinet lepas dan keputusannya akan diumumkan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran program Jiwa Murni Pemuliharaan Muzium TLDM Melaka sempena Hari TLDM ke-80 di Banda Hilir di Melaka, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan cadangan tersebut yang diumumkannya pada 8 Mei lalu.

Katanya, sistem yang melibatkan penempatan aset ketenteraan di tengah lautan itu berupaya memudahkan bantuan keselamatan disalurkan dengan lebih cepat dan memperkukuhkan keselamatan di perairan Sabah.

Katanya, sistem tersebut juga akan menyediakan penempatan bot pemintas, anggota dan pegawai serta pangkalan kecil TLDM di tengah laut bagi mengawal sebarang pencerobonan keluar atau masuk di perairan tersebut.

Pada masa sama, Abdul Aziz berkata masyarakat diminta bertanggungjawab untuk menyalurkan maklumat berhubung sebarang aktiviti jenayah terutama pencerobohan di perairan Sabah kepada pihak berkuasa.

"Tugas ini bukan hanya tanggungjawab TLDM semata-mata tapi ia merupakan tanggungjawab bersama dan kita berharap tidak ada pihak atau kumpulan yang bersengkokol dengan dalang tersebut," katanya. – Bernama, 19 Mei, 2014.

Ketibaan panda gergasi signifikan dalam konteks hubungan Malaysia - China

Posted: 19 May 2014 02:05 AM PDT

May 19, 2014

Panda gergasi di sebuah zoo di China. Gambar fail.Panda gergasi di sebuah zoo di China. Gambar fail.Ketibaan pasangan panda gergasi pada Mei ini adalah signifikan dalam konteks hubungan antara Malaysia dan China, kata Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri G Palanivel.

Beliau berkata, ini kerana kedua-dua negara bakal merayakan sambutan ulang tahun ke-40 jalinan hubungan diplomatik mereka.

"Ketibaan pasangan panda gergasi pada Mei adalah signifikan memandangkan kedua-dua negara bakal merayakan sambutan ulang tahun ke-40 terjalinnya hubungan diplomatik Malaysia dan China," katanya dalam kenyataan hari ini.

Palanivel berkata, pasangan panda gergasi diberi nama Fu Wa (panda jantan) dan Feng Yi (panda betina) yang dipinjamkan menerusi Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi dijadualkan tiba di Malaysia pada Rabu.

Pasangan panda itu akan dibawa daripada Chengdu, China dan dijangka tiba di Malaysia melalui Kompleks MASKargo di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Dari situ, pasangan panda tersebut akan terus dibawa ke Zoo Negara dan bakal dikuarantin selama lebih kurang sebulan di penempatannya yang siap dibina," katanya.

Program Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi antara Malaysia dan Republik Rakyat China itu ditandatangani pada 2012.

Melalui program itu, Palanivel berkata Malaysia berpeluang menjalankan penyelidikan konservasi panda gergasi, selain dapat membangun dan melatih kepakaran tempatan.

"Pengalaman serta kepakaran ini boleh digunakan bagi meningkatkan kesedaran mengenai usaha konservasi haiwan, selain menghargai keunikan dan kepentingan konservasi hidupan liar serta biodiversiti," katanya. – Bernama, 19 Mei, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved