The Malaysian Insider :: Bahasa |
Pengurus ladang ditemui mati dengan kepala ditutup plastik Posted: 02 May 2014 03:42 AM PDT Mayat Lau Ah Kaw, 72, ditemui pekerjanya kira-kira 10 meter dari pagar rumah banglonya kira-kira pukul 6.30 pagi. "Dia dipercayai keluar dari rumah pukul 6.20 pagi untuk ke pejabat ladang yang terletak kira-kira 500 meter dari rumahnya. Beberapa pekerja terdengar jeritannya dan bunyi bising dari bahagian depan pagar, namun tidak perasan apa-apa berlaku kerana keadaan sekitar yang gelap. "Mereka kemudiannya menghubungi pengawal di pondok berdekatan pejabat itu dan menemui mangsa dalam keadaan sudah tidak bernyawa," kata seorang daripada pekerja berkenaan yang enggan dikenali. Dompet mangsa dikatakan turut hilang. Ketua Polis Daerah Seremban, ACP Zainal Abu mengesahkan penemuan mayat mangsa. – Bernama, 2 Mei, 2014. |
SPR belum terima pemakluman rasmi mengenai kerusi Parlimen Teluk Intan Posted: 02 May 2014 03:16 AM PDT Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) ketika dihubungi hari ini berkata pihaknya menjangka menerima pemakluman rasmi itu pada Isnin ini. Mengikut Perkara 54 (1) Perlembagaan Persekutuan, pilihan raya kecil perlu diadakan bagi mengisi kekosongan kerusi berkenaan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan yang diputuskan oleh SPR. Selepas itu, SPR akan mengadakan satu mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh hari penamaan calon dan hari mengundi bagi pilihan raya kecil. Seah, 48, meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur akibat kanser pada kira-kira 7.30 pagi semalam. Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Seah menewaskan calon Barisan Nasional Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi. – Bernama, 2 Mei, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan