Rabu, 21 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Mahkamah rayuan kekalkan award RM150,000 kepada Mahfuz

Posted: 21 May 2014 03:23 AM PDT

May 21, 2014

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan bekas  pengarang kumpulan New Straits Times (M) Bhd (NST) dan Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Mei, 2014.Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan bekas pengarang kumpulan New Straits Times (M) Bhd (NST) dan Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Mei, 2014.Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkan pembayaran ganti rugi RM150,000 kepada Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar bersabit dengan artikel bersifat fitnah yang diterbitkan akhbar Berita Harian pada tahun 2000.

Panel tiga hakim yang dipengerusikan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Mohd Hishamudin Mohd Yunus, sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan bekas  pengarang kumpulan New Straits Times (M) Bhd (NST) dan Berita Harian Datuk Ahmad Rejal Arbee terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan artikel itu sebagai fitnah.

Dalam keputusannya, Hakim Mohd Hishamudin memutuskan bahawa rayuan yang dikemukakan oleh New Straits Times selaku penerbit Berita Harian dan Ahmad tidak mempunyai merit.

Beliau juga mengarahkan mereka membayar kos guaman RM40,000 kepada Mahfuz.

Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Lim Yee Lan.

Mahfuz memfailkan saman sivil terhadap NST dan Ahmad Rejal pada tahun 2002 berhubung artikel bertajuk "Mahfuz ajak wakil BN bertumbuk" yang disiarkan di muka depan akhbar berkenaan pada 9 Nov, 2000.

Dalam pernyataan tuntutannya, Mahfuz yang juga anggota Parlimen Pokok Sena mendakwa bahawa artikel itu bersifat fitnah dan mencemarkan reputasinya.

Pada 19 Ogos, 2009, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur membenarkan saman sivil Mahfuz dan mengarahkan NST dan Ahmad Rejal membayar ganti rugi RM150,000 kepada Mahfuz.

Mahfuz diwakili peguam Mohamed Hanipa Maidin yang juga anggota Parlimen Sepang sementara pihak perayu diwakili peguam Nad Segaram. – Bernama, 21 Mei, 2014.

Aktiviti keluarkan kapal lama, pendapatan 4,500 nelayan bakal terjejas

Posted: 21 May 2014 03:04 AM PDT

May 21, 2014

Pendapatan 4,500 nelayan di perairan sekitar Pulau Betong bakal terjejas berikutan aktiviti mengangkut besi buruk daripada bangkai kapal lama oleh pihak tidak bertanggungjawab yang beroperasi sejak sebulan lepas. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Mei, 2014. Pendapatan 4,500 nelayan di perairan sekitar Pulau Betong bakal terjejas berikutan aktiviti mengangkut besi buruk daripada bangkai kapal lama oleh pihak tidak bertanggungjawab yang beroperasi sejak sebulan lepas. – Gambar The Malaysian Insider, 21 Mei, 2014. Pendapatan 4,500 nelayan di perairan sekitar Pulau Betong bakal terjejas berikutan aktiviti mengangkut besi buruk daripada bangkai kapal lama oleh pihak tidak bertanggungjawab yang beroperasi sejak sebulan lepas.

Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pulau Betong Muhamad Farid Saad berkata aktiviti yang tidak diketahui sama ada sah atau tidak itu menjejaskan hasil tangkapan nelayan kawasan tersebut.

"Saya dapat aduan ini daripada nelayan dan juga pemancing yang mengatakan bahawa terdapat aktiviti mengangkut besi buruk di laut, aktiviti itu mengurangkan hasil tangkapan, sekaligus menjejaskan pendapatan nelayan.

"Oleh itu saya mahu pihak yang bertanggungjawab menyiasat perkara ini kerana sekiranya aktiviti ini berterusan ia akan menjejaskan hidupan laut serta pendapatan nelayan pada masa sekarang dan akan datang," katanya kepada pemberita hari ini.

Sebelum itu, Muhamad Farid membahaskan isu itu dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan meminta kerajaan negeri menjalankan siasatan terperinci berhubung aktiviti itu.

Beliau berkata terdapat empat buah kapal lama yang tenggelam di empat lokasi di sekitar Pulau Betong iaitu kapal Rusia di kawasan sejauh 21 batu nautika, kapal Taiwan tujuh batu nautika dan kapal Jepun yang dipercayai tenggelam di perairan itu sejak 1943 dan berada pada jarak 11 batu nautika.

"Sebuah lagi kapal iaitu kapal sayur juga berada di sekitar perairan itu, tetapi tidak diketahui jarak kedudukannya.

"Sekiranya aktiviti ini dilakukan semata-mata untuk mendapatkan besi buruk ia sesuatu yang amat malang kerana kapal yang menjadi tukun itu merupakan tempat pembiakan hidupan laut kerana di situ terkumpul banyak plakton iaitu sumber makanan kepada hidupan laut" katanya.

Beliau juga berharap agar perkara yang mendukacitakan itu dapat dihentikan segera bagi memelihara ekosistem serta industri pelancongan di negeri ini. – Bernama, 21 Mei, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved