Khamis, 22 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Hanez Suraya saman MAS kerana menceroboh hak privasi

Posted: 22 May 2014 03:35 AM PDT

May 22, 2014

Pelakon drama Hanez Suraya Abdul Aziz (gambar) bertindak menyaman Malaysia Airlines (MAS) kerana mendakwa 'menceroboh privasi'.

Beliau menyaman syarikat penerbangan negara itu kerana maklumat penerbangannya dan kekasih, Romie Razin Adilha Abd Jais, 34, dimuat naik di akaun Facebook.

Beliau mendakwa tindakan MAS atau pekerja mereka mendedahkan gambar pas masuk (boarding pass) berkenaan adalah tidak beretika dan melanggar akta berkenaan.

Menurut artis berusia 28 tahun ini, beberapa  jam selepas mendarat di Bangkok pada 20 April lalu, mereka dimaklumkan oleh rakan bahawa sebahagian salinan pas masuk dimuat naik di satu akaun Facebook "Kami sokong Liyana Manan".

Liyanan Manan adalah adalah isteri kepada Romie dan sedang dalam proses perceraian.

Hanez Suraya berkata kepada pemberita, mereka menaiki penerbangan MAS di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Bangkok pada tengah hari dan memberikan pas penerbangan kepada kakitangan MAS di pintu masuk berlepas .

Bagaimanapun selepas itu, mereka menemui akaun Facebook yang mempunyai lebih 1,000 komen negatif terhadap gambar pas berkenaan yang kemudiannya tersebar luas di Internet.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Hanez selaku plaintif berkata, MAS terikat dengan Akta Perlindungan Data Peribadi 2010.

Mereka berkata MAS memberi jaminan kepada penumpang bahawa semua data dan maklumat peribadi termasuk penerbangan adalah selamat.

Saman itu difailkan di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di Shah Alam pada Khamis melalui peguamnya Wan Nurliyana Abdul Rahman.

Mereka menuntut ganti rugi am, teladan dan teruk serta beberapa faedah dan kos daripada MAS yang dinamakan sebagai defendan tunggal dalam tuntutan berkenaan. – 22 Mei, 2014.

Ahli Pemuda Umno berkelakuan seperti samseng semasa protes, kata DAP

Posted: 22 May 2014 03:12 AM PDT

OLEH EILEEN NG
May 22, 2014

DAP mengutuk kelakuan sekumpulan ahli Pemuda Umno yang mengugut membakar ibu pejabat parti pembangkang itu, berkata mereka tidak berbeza berbanding "samseng".

Mereka juga menggesa parti Melayu dan pemimpinnya mengecam para ahlinya kerana "tindakan tidak bertamadun" dengan membuat ancaman itu dan memusnahkan papan tanda DAP yang memaparkan logonya.

Ia juga mahu Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin meminta maaf atas kelakuan ahli-ahlinya itu.

Setiausaha Organisasi Kebangsaan DAP Anthony Loke (gambar) berkata walaupun beliau menghormati hak rakyat untuk berhimpun dan menyatakan pandangan mereka, cara Pemuda Umno lakukan adalah tidak sopan.

"Mereka seperti samseng dalam menyatakan pandangan mereka, ia kasar dan tidak berbeza dengan samseng.

"Ini sikap tipikal Pemuda Umno yang ganas, kurang ajar dan kasar," katanya kepada The Malaysian Insider.

Bersenjatakan sepanduk, lebih kurang 50 ahli Pemuda Umno Wilayah Persekutuan melakukan bantahan di hadapan ibu pejabat DAP di Jalan Yew, Kuala Lumpur beberapa jam lalu sebelum menyerahkan memorandum kepada Dr Ong Kian Ming.

Mereka mengugut membakar bangunan itu dan pemimpin DAP mendakwa rusuhan itu memusnahkan papan tanda parti itu.

Polis berada di sana untuk memantau keadaan dan mengawal orang ramai daripada bersikap liar.

Para penunjuk perasaan mengutuk Ahli Dewan Undangan Seri Delima Pulau Pinang (DAP),  RSN Rayer yang berkata "Umno Celaka" merujuk kepada parti Melayu pada sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang semalam.

Penggunaan perkataan beliau mencetuskan bantahan besar-besaran di Pulau Pinang juga, yang menyaksikan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dicerobohi buat pertama kali dalam sejarah semalam.

Loke menyeru semua ahli dan penyokong bertenang, menekankan bahawa mereka tidak akan turun ke peringkat Umno.

"Mereka cuba mewujudkan sebab dan berharap dapat memprovokasi kami tetapi kami tidak akan jatuh ke dalam perangkap mereka," katanya.

Naib Pengerusi DAP Teresa Kok berkata, kedua-dua insiden dalam perhimpunan di Pulau Pinang dan ibu pejabat DAP menunjukkan Pemuda Umno sedang cuba mencari isu-isu dan membesar-besarkannya kepada mereka untuk mewujudkan huru-hara.

"Kelakuan biadab dan berbahaya seperti itu mesti dilihat secara serius oleh pihak polis dan perdana menteri.

"Mereka yang terlibat mesti dihukum. Perdana menteri mesti mengutuk kelakuan sedemikian bagi menunjukkan tiada tolak ansur terhadap tingkah laku berbahaya seperti itu," katanya.

Ong berkata mereka akan membuat laporan polis terhadap sayap Pemuda Umno kerana merosakkan harta benda.

"Saya menggesa Khairy Jamaluddin mengutuk tindakan tidak bertamadun itu," kata beliau merujuk kepada ketua belia sayap ini.

"Kami juga mahu pihak polis mengambil tindakan."

Beliau berkata selain ancaman, rusuhan juga menggunakan bahasa tidak bertamadun dan menjerit kepadanya dan kakitangan DAP yang berada di sana yang menerima memorandum mereka.

"Mereka juga tidak menyerahkan memorandum tetapi mengoyakkannya di depan saya dan mencampakkannya di muka saya.

"Selepas mengumpul sampul surat, saya hanya menemui separuh daripada memorandum mereka di dalam sampul surat," katanya dan mengucapkan terima kasih kepada pihak polis yang mengawal keadaan. – 22 Mei, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved