The Malaysian Insider :: Bahasa |
MB Selangor enggan jumpa selagi penduduk tidak dapat penerangan penuh projek Kidex Posted: 24 May 2014 03:40 AM PDT Khalid berkata, pertemuan dengan penduduk Kinrara, Damansara, Puchong dan Petaling Jaya hanya akan dilakukan selepas semua penduduk faham mengenai projek berkenaan. Beliau berkata, ramai yang membuat kenyataan tetapi tidak memahami dan mendengar usaha Putrajaya serta Selangor untuk menyediakan kemudahan kepada pengguna. "Soal dan dengar dulu (penerangan) baru menteri besar datang. "Kalau tidak saya terpaksa buat penerangan dua tiga kali sebab mereka tak nak dengar," katanya pada sidang media di Universiti Putra Malaysia di Serdang hari ini. – 24 Mei, 2014. MENYUSUL LAGI |
Hanya 68% syarikat bas ekspres di Semenanjung pantau had laju Posted: 24 May 2014 03:32 AM PDT Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) yang melakukan audit pemasangan dan pemantauan GPS ke atas syarikat berkenaan baru-baru ini turut mendapati hanya 57 syarikat memasang alat itu pada semua bas ekspres mereka, lebih 50% (27 syarikat) dan kurang 50% (23 syarikat). "Baki 52 syarikat bas ekspres bagaimanapun masih beroperasi tanpa GPS atau sebarang alat pemantau had kelajuan," kata suruhanjaya itu dalam satu kenyataan hari ini. Ekoran itu, kira-kira 600 permit bas ekspres daripada 107 syarikat bakal digantung berkuat kuasa 7 Jun ini sehingga pemasangan GPS dibuat sepenuhnya. SPAD berkata tempoh masa diberi bagi membolehkan pengusaha memasang alat tersebut agar tidak berlaku gangguan perkhidmatan. Tindakan menggantung lesen pengendali atau permit kenderaan boleh dilakukan berdasarkan Kod Amalan Industri SPAD (ICOP)-Keselamatan yang diperkenalkan sebagai syarat pelesenan mulai 20 Ogos tahun lepas. Audit yang dijalankan juga mendapati daripada 112 syarikat itu hanya 27 memantau kelajuan bas melalu GPS dari bilik kawalan secara menyeluruh dan berterusan (24 jam), pemantauan dari bilik kawalan tetapi tidak berterusan (22 syarikat) dan tiada kawalan pemantauan GPS (63 syarikat). Antara kelemahan lain yang dikenal pasti dalam audit berkenaan ialah kesediaan dan kesungguhan pengendali bas ekspres untuk memantau had laju secara berterusan masih pada tahap rendah dan memerlukan penambahbaikan segera. "Selain itu, terdapat juga syarikat yang hanya memasang peralatan GPS untuk memenuhi syarat pelesanan iaitu hanya mempunyai sistem asas sahaja dan tidak mampu menyimpan data atau menghasilkan laporan kelajuan kenderaan bagi tujuan pengauditan dan pemantauan. "Terdapat juga syarikat-syarikat yang hanya membuat pemantauan pada waktu pejabat sahaja, walaupun kebanyakan bas-bas syarikat tersebut beroperasi pada waktu malam," katanya. Sehubungan itu, para pengendali digesa memberi penekanan serius kepada aspek pemantauan had laju, pengurusan keselamatan, pemandu dan penyelenggaraan kenderaan, selain memaparkan nombor hotline syarikat untuk kegunaan waktu kecemasan. SPAD menegaskan suruhjaya itu tidak akan berkompromi dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang gagal mematuhi segala syarat pelesenan dan piawaian yang telah ditetapkan dalam SPAD ICOP-Keselamatan. – Bernama, 24 Mei, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan