The Malaysian Insider :: Bahasa |
Rempuh DUN: Siasatan polis 95% selesai Posted: 26 May 2014 03:33 AM PDT Beliau berkata kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 448 dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan dan laporan lengkap akan diserah kepada Timbalan Pendakwa Raya dalam tempoh terdekat. "Setakat ini 95% dah selesai. Polis menyiasat kes ini dari pelbagai sudut dan setakat ini telah merekodkan keterangan 27 orang saksi," katanya kepada pemberita di George Town hari ini. Beliau meminta orang ramai berhenti membuat spekulasi liar sehingga siasatan selesai dijalankan. Rabu lepas sekumpulan lelaki menyerbu masuk DUN sebagai membantah tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri Seri Delima R.S.N Rayer menggelarkan "Umno celaka" ketika membahaskan usul ucapan Yang Dipertua Negeri Tun Abdul Rahman Abbas pada Selasa. Sementara itu, Mior Faridalatrash berkata polis menerima 19 laporan berhubung kes salah laku sepanjang pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor yang berakhir semalam. Beliau berkata lima kertas siasatan yang dibuka telah diserah kepada Jabatan Peguam Negara untuk proses seterusnya. "Pilihan raya berlangsung dalam keadaan aman dan kebanyakan kes adalah berkaitan rasa tidak puas hati calon bertanding," katanya. – Bernama, 26 Mei, 2014. |
Premis jual coklat dengan DNA babi boleh didenda RM100,000 atau penjara Posted: 26 May 2014 03:19 AM PDT Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Mohd Roslan Mahayudin berkata hukuman itu, di bawah Akta Perihal Dagangan 2011, tidak kira sama ada penjual di peringkat runcit, pengedar atau pengilang. "Bagi sesebuah pertubuhan perbadanan pula mereka boleh didenda tidak melebihi RM 250,000. "Bagaimanapun kadar hukuman itu akan ditentutan di mahkamah sama ada wajar mengenakan RM250,000 atau RM100,000 dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini. Beliau berkata mana-mana pihak yang masih menjual coklat berkenaan sewajarnya memulangkan kembali kepada pihak pembekal dan pengilang. Katanya arahan juga telah dikeluarkan kepada pejabat-pejabat cawangan KPDNKK di seluruh negara untuk bergerak memantau penjualan coklat itu termasuk di kedai-kedai bebas cukai di lapangan terbang. Menurutnya KPDNKK akan bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk membuat pemeriksaan. "Kami menurunkan kuasa kepada 212 pegawai Jakim di seluruh negara dan Jabatan Agama Islam Negeri-negeri untuk penguatkuasaan berhubung halal ini," katanya. Sabtu lepas, Kementerian Kesihatan mendedahkan dua sampel coklat Cadbury, iaitu Coklat Susu dengan Kacang Hazel dan Coklat Susu dengan Buah Badam, dikesan mengandungi DNA (Asid Deoksiribonukliek) khinzir. Jakim menggantung serta-merta sijil pengesahan halal dua produk coklat itu. – Bernama, 26 Mei, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan