Khamis, 29 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Rakyat Malaysia pilih Internet luah tidak puas hati kegagalan pencarian MH370

Posted: 29 May 2014 03:54 AM PDT

OLEH EILEEN NG
May 29, 2014

Kegagalan operasi pencarian MH370 masih terus dipersoalkan masyarakat dunia. - Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014. Kegagalan operasi pencarian MH370 masih terus dipersoalkan masyarakat dunia. - Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014. Rakyat Malaysia lebih senang menjadikan portal berita dan laman media sosial bagi menyuarakan kemarahan mereka terhadap kegagalan penemuan bagi operasi pencarian pesawat Malaysia Airlines  (MAS) MH370 di selatan Lautan Hindi.

Tidak lama selepas The Malaysian Insider memuat naik berita pesawat berkenaan tidak dijumpai di dalam kawasan carian, pengguna dalam talian menuntut mengetahui lokasi terakhirpesawat MH370 yang hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan ke Beijing dengan 239 penumpang dan anak kapal.

Dalam menyatakan kekecewaan terhadap berita terkini, pengulas dengan nama pengguna "Takadil" berkata: "Usaha yang sia-sia lagi. Apa yang kami mahu adalah kebenaran, apakah pihak berkuasa Malaysia memberinya, kami mahu pengakhiran untuk meneruskan hidup."

"Sekarang anda memberitahu kami... selepas 2 setengah atau hampir 3 bulan...sekarang .. jadi di mana pesawat itu sekarang?... Jibby adakah anda akan menukar kenyataan anda?" kata seorang pengulas lain bernama Fungshui1, merujuk kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mengumumkan sebelum ini bahawa Boeing 777- 200ER berakhir di bahagian selatan Lautan Hindi.

Najib berkata, ia berdasarkan kepada data daripada syarikat satelit Britain, Inmarsat dan Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom.

Pengulas "tiuniasin" melahirkan kebimbangan terhadap penggunaan wang pembayar cukai untuk mencari pesawat.

"Jadi berapa banyak wang pembayar cukai Malaysia dibazirkan terhadap kerja sia-sia ini? "

Sesetengah seperti EskayLim dan kllau1 menyatakan rasa tidak percaya bahawa walaupun pencarian hebat dilakukan, pesawat masih belum dijumpai.

"Tidak bolehlah. Bagaimana kapal terbang sebesar itu boleh hilang begitu sahaja? Altraman! Altraman, tolong bantu kami mengesan MH370 untuk mengakhiri segala-galanya," tulis EskayLim sambil menyeru adiwira fiksyen Jepun, Ultraman.

kllau1 berkata: "Pesawat seberat 200 tan tidak boleh lenyap begitu sahaja tanpa sebarang kesan untuk sekian lama. Sepatutnya, beberapa serpihan mesti sudah dihanyutkan ke pinggir pantai di suatu tempat. Di manakah mereka...?"

Berita itu juga mendapat perhatian Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng, yang mempersoalkan usaha pencarian pesawat di akaun Twitter di @cmlimguaneng.

"Adakah kita sedang dipermainkan?" soalnya. "BN mesti memberitahu dunia – Adakah semua ini suatu pembohongan bahawa MH370 berada di Lautan Hindi dekat Australlia?" kata "tweet" beliau.

Dalam satu kenyataan awal hari ini, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) berkata Bluefin – 21, kenderaan dalam air berautonomi menyempurnakan misi terakhir semalam, dan setelah selesai memeriksa lebih daripada 850 kilometer persegi dasar laut, didapati tiada tanda pesawat yang hilang.

"Data yang dikumpul misi semalam telah dianalisis. Hasilnya, JACC boleh memberi nasihat bahawa tiada tanda serpihan pesawat dijumpai oleh kenderaan air autonomi sejak ia menyertai usaha pencarian.

"Dengan itu, Biro Keselamatan Pengangkutan Australia  (ATSB ) dimaklumkan bahawa pencarian di sekitar kawasan pengesanan akustik kini boleh dianggap lengkap dan melalui pertimbangan profesional, kawasan itu kini boleh ditolak sebagai tempat persemadian terakhir MH370." – 29 Mei, 2014.

Pengesahan lafaz cerai Abby Abadi ditangguh ke 11 Jun

Posted: 29 May 2014 03:22 AM PDT

May 29, 2014

Abby Abadi masih berharap perkahwinan keduanya bersama Muhammad Noor Farhan Che Bakar mampu diselamatkan. - Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014.Abby Abadi masih berharap perkahwinan keduanya bersama Muhammad Noor Farhan Che Bakar mampu diselamatkan. - Gambar fail The Malaysian Insider, 29 Mei, 2014.Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur hari ini menangguhkan permohonan pengesahan lafaz cerai yang difailkan pelakon Abby Abadi terhadap suaminya, Muhammad Noor Farhan Che Bakar yang dibuat melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin menetapkan 11 Jun ini untuk sebutan semula kes itu selepas Abby atau nama sebenarnya Arbaeyah Abdul Manan, 37, memaklumkan terdapat satu lagi lafaz cerai yang masih belum difail dan disahkan oleh mahkamah.

Dalam prosiding itu, Abby memaklumkan kepada mahkamah bahawa suaminya Muhammad Noor Farhan, 25, pernah memberitahu kepada rakannya bahawa mereka sudah bercerai pada Januari lalu.

Bagaimanapun, pelakon itu berkata beliau tidak pernah memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai itu kerana mereka sudah merujuk kembali dan perkara itu sudah dirujuk kepada ulama sebelum ini.

Kenyataan Abby itu mengejutkan orang ramai termasuk media yang berada di dalam galeri awam dan Shaiful Azli kemudian meminta supaya pelakon itu memfailkan permohonan pengesahan lafaz cerai tersebut secepat mungkin.

"Kalau kamu sudah berbaik semula pun, kamu tetap kena failkan permohonan itu kerana lafaz yang pertama itu perlu disahkan dan sekiranya lafaz itu sah, mahkamah khuatir jumlah talak bertambah," katanya.  

Terdahulu, Abby selaku plaintif memberitahu mahkamah bahawa Muhammad Noor Farhan selaku defendan melafazkan cerai kepadanya melalui SMS yang tertera "Aku ceraikan kau" kira-kira jam 10.25 pagi pada 9 Mei lepas.

Menjawab lanjut soalan hakim, Abby yang pernah berlakon dalam drama bersiri "Gerak Khas", memberitahu mahkamah beliau turut menerima satu lagi rantaian SMS yang dihantar suaminya yang mengandungi ayat "Mulai hari ini kau dah tiada apa-apa hubungan dengan aku" selepas mereka berbalas SMS pada hari yang sama.

Abby, yang berada di dalam keadaan suci dan tidak mengandung ketika lafaz cerai itu dibuat, berkata SMS itu dihantar kepadanya selepas timbul perselisihan faham pada malam itu yang berlarutan hingga ke pagi berikutan suaminya itu tidak pulang ke rumah.

"Semasa saya terima SMS itu, saya berada di dalam kereta tetapi saya tidak ingat ada atau tidak membalas mesej itu untuk mendapatkan kepastian daripadanya dan kami hanya berkomunikasi melalui SMS," katanya sebak sambil menambah mereka tidak lagi tinggal sebumbung sejak lafaz cerai itu dibuat.

Dalam pada itu, Muhammad Noor Farhan yang kelihatan tenang bersetuju dengan penjelasan Abby dan mengesahkan beliau berada dalam keadaan waras dan menghantar SMS itu kepada Abby dengan niat untuk bercerai tanpa paksaan sesiapa.

Abby memfailkan permohonan cerai itu mengikut Seksyen 45 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Negeri Selangor 2003.

Sejurus selesai kes, Muhammad Noor Farhan bergegas meninggalkan mahkamah sebelum pihak media sempat mendapatkan sebarang penjelasan berhubung kes itu.

Sementara itu, Abby ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata beliau tidak menyangka perkara itu berlaku sekelip mata dan berakhir dalam masa yang singkat.

"Saya sayang sangat-sangat padanya, namun saya tidak diberi ruang untuk bersemuka dan memperbaiki hubungan. Saya redha dengan ketentuan daripadaNya dan masih berharap ia dapat diselesaikan dengan baik," katanya yang hadir ke mahkamah dengan ditemani dua anak perempuannya.

Abby dan Muhammad Nor Farhan bernikah di Selatan Thailand pada 9 Julai tahun lepas di selatan Thailand selepas dua minggu berkenalan dan mendaftarkan perkahwinan mereka di Kelantan.

Abby pernah diceraikan oleh pelakon Norman Hakim di mahkamah yang sama pada 18 Disember 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan tiga orang anak. – Bernama, 29 Mei, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved