Sabtu, 3 Mei 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Wanita Indonesia maut di hotel bajet di Miri

Posted: 03 May 2014 02:38 AM PDT

May 03, 2014

Seorang wanita yang berasal dari Pontianak, Indonesia ditemui mati di dalam sebuah bilik hotel bajet di Miri dipercayai akibat mengambil dadah berlebihan.

Yenni Safetri, 44, ditemui pada pukul 1.50 petang tadi tanpa sebarang kesan luka atau kecederaan.

Ketua Polis Miri ACP Tan Gian Kee berkata mangsa ditemui bersama bekas mengandungi peralatan menghisap dadah serta paket syabu.

"Mangsa mendaftar masuk semalam pada pukul 7.10 malam bersama seorang lelaki yang masih belum dikenali identitinya," katanya.

Polis sedang mengesan lelaki itu dan waris mangsa. – Bernama, 3 Mei, 2014.

Mayat terapung di Sungai Kerian dikenal pasti

Posted: 03 May 2014 02:08 AM PDT

May 03, 2014

Mayat yang ditemui terapung di Sungai Kerian di Nibong Tebal Khamis lepas dikenal pasti sebagai A.Samuel, 18, yang dipercayai mati dibelasah di tempat lain sebelum dicampak ke dalam sungai berkenaan.

Sumber polis berkata dua hari sebelum mayatnya ditemui, dia didapati tidak pulang ke rumahnya di Nibong Tebal yang menyebabkan ibunya membuat laporan polis.

Katanya anggota keluarga remaja terbabit turut mencarinya namun mereka hanya menemui motosikalnya di tepi jalan berhampiran kawasan kampung di Sungai Bakap.

"Mayat remaja itu ditemui seorang nelayan, yang matanya ditutup dengan kain," kata sumber itu.

Ketua Polis Daearah Seberang Perai Selatan, Supt Shafien Mamat berkata kes diklasifikasi sebagai bunuh dan turut mengesan rakan-rakan yang rapat dengannya. – Bernama, 3 Mei, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved