The Malaysian Insider :: Bahasa |
Gempa sederhana landa Kepulauan Talaud di Indonesia Posted: 04 May 2014 02:56 AM PDT Menurut kenyataan Jabatan Meterologi Malaysia, gempa itu berpusat di 16km timur laut Kepulauan Talaud dan 909km tenggara Semporna, Sabah. Gempa bumi itu tidak membawa ancaman tsunami. – Bernama, 4 Mei, 2014. |
Marah tandas kotor, enam warga Bangladesh cedera dalam pergaduhan Posted: 04 May 2014 02:47 AM PDT Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan Supt Shafien Mamat berkata pergaduhan dipercayai bermula akibat perebutan bilik air kira-kira pukul 7.40 malam. "Seorang daripada mereka dikatakan berebut bilik air dan mengotorkannya dengan memakai but keselamatan bekerja yang berlumpur. "Berikutan itu rakannya yang tidak berpuas hati memarahinya sebelum berlaku pertengkaran dan pergaduhan antara mereka dengan menggunakan sebilah pisau," katanya hari ini. Beliau berkata empat rakan yang lain cuba meleraikan pergaduhan itu bagaimanapun mereka turut tercedera sehingga terpaksa dihantar ke Hospital Bukit Mertajam. Shafien berkata pihak polis menahan enam lelaki Bangladesh berusia antara 28 hingga 31 tahun bagi membantu siasatan. Katanya polis turut merampas sebilah pisau pemotong sayur yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu. Kesemua yang ditahan tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah. – Bernama, 4 Mei, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan