The Malaysian Insider :: Bahasa |
Gerakan serah keputusan pemilihan calon PRK Teluk Intan kepada perdana menteri Posted: 08 May 2014 02:29 AM PDT Mah, dalam khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Bernama berkata: "Keputusan calon akan ditentukan oleh Perdana Menteri. Gerakan telah memberi cadangan". Beliau berkata pihaknya mengemukakan cadangan beberapa nama kepada Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN), untuk dipilih mewakili BN bagi PRK kawasan itu yang akan diadakan pada 31 Mei. Tambah Mah jentera parti itu mula bergerak dengan kerjasama semua parti komponen BN. Beliau juga yakin, BN mampu menawan semula kerusi itu yang terlepas ke tangan DAP dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) pada Mei 2013. Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya dari DAP, Seah Leong Peng, akibat kanser, 1 Mei lepas. Suruhanjaya Pilihan Raya yang bermesyuarat pagi tadi menetapkan 31 Mei sebagai hari pengundian, penamaan calon pada 19 Mei manakala pengundian awal 27 Mei. Mah pernah bertanding dan memenangi kerusi Parlimen Teluk Intan pada PRU10 dan PRU11 namun tewas pada PRU12 dan PRU13. – Bernama, 8 Mei, 2014. |
AirAsia dapat permit operasi penerbangan di India Posted: 08 May 2014 02:24 AM PDT Dalam maklumannya kepada Bursa Malaysia hari ini, AirAsia berkata permit itu akan membolehkan syarikat usaha samanya dengan Kumpulan Tata dan Telstra Tradeplace iaitu AirAsia India melaksanakan operasi udara komersial. Pada pukul 3.51 petang, harga saham AirAsia susut tiga sen kepada RM2.21, dengan 4.07 juta saham bertukar tangan. – Bernama, 8 Mei, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan