The Malaysian Insider :: Bahasa |
Adun DAP Pulau Pinang tarik balik usul tubuh jawatankuasa transgender Posted: 09 May 2014 03:17 AM PDT Lim dalam satu kenyataan yang diedarkan kepada media hari ini berkata, tindakan penarikan usul itu dibuat apabila Adun lain menyeru beliau melakukan tindakan sedemikian ekoran tiada penyokong usul berkenaan. "Keputusan Teh dibuat atas permintaan Adun dan ahli Parlimen DAP Pulau Pinang dalam satu mesyuarat pada 2 petang di Komtar hari ini," katanya. Teh sebelum ini mencadangkan usul penubuhan jawatankuasa tersebut bagi membantu golongan transgender dengan peruntukan sebanyak RM200,000. "Teh juga sedar bahawa untuk usul ini dibahaskan, beliau perlukan seorang penyokong, tetapi tidak ada seorang pun Adun Pakataan Rakyat (PR) Pulau Pinang yang bersedia menyokong usul beliau. "Isu ini hangat diperalatkan oleh media yang dikuasai Barisan Nasional (BN) untuk mengkritik pendirian parti DAP, walaupun ini bukan pendirian parti DAP, tetapi hanya pandangan peribadi seorang Adun DAP," kata Lim. Lim juga secara peribadi berkata, beliau pernah menasihati Teh: "Saya menyatakan akan berusaha untuk meminta Teh 'kembali ke pangkal jalan' secara berpasukan DAP dengan menarik balik usul peribadi beliau." Isu itu juga selesai, katanya, apabila usul berkenaan ditarik balik dan Teh katanya akur terhadap keputusan sebulat suara pimpinan dan wakil rakyat DAP Pulau Pinang. Teh sebelum ini pernah membawa usul yang sama melalui exco kerajaan negeri pada Jun tahun lalu, namun usul berkenaan ditolak. Beliau juga sebelum ini dilaporkan berkata matlamat utama cadangannya untuk menubuhkan sebuah institut transgender adalah bagi membolehkan penyelidikan yang sepatutnya mengenai komuniti mak nyah dijalankan dengan pemberian jumlah peruntukan tertentu demi kebaikan mereka. "Saya menganggarkan peruntukan yang diperlukan tidak kurang daripada RM200,000 setahun dan saya sudah memperolehi sokongan daripada penyokong kerajaan negeri PR di DUN Pulau Pinang. "Jadi apa saya minta hanyalah untuk usul itu dibentangkan dan dibahaskan di DUN," katanya sambil menambah permohonan untuk membahaskan usul itu diluluskan, tetapi belum menerima jawapan sama ada ia akan berlaku pada sidang 19 Mei ini. Mengenai usaha mewujudkan jawatankuasa komuniti mak nyah, beliau tidak menafikan ia boleh dilakukan sendiri di bawah pusat khidmat wakil rakyatnya. Namun, beliau percaya sebuah jawatankuasa rasmi di bawah naungan kerajaan negeri adalah pilihan yang lebih baik dalam menyelia perkara berkaitan masyarakat, termasuk mak nyah. â 9 Mei, 2014. |
Tolong diam, kenyataan anda menyakiti negara, kata Dr Mahathir kepada Isma Posted: 09 May 2014 03:01 AM PDT [unable to retrieve full-text content]Beberapa hari selepas Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) terus-menerus menyerang bukan Melayu, Tun Dr Mahathir Mohamad mengatakan mereka patut berhenti membuat bising. Bekas perdana menteri itu berkata kenyataan daripada pemimpin Isma tidak konstruktif. Kenyataan Dr Mahathir itu sebagai tindak balas kepada Isma yang melabelkan kaum Cina sebagai... |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan