The Malaysian Insider :: Bahasa |
AirAsia nafi kurang dana bina ibu pejabat baru Posted: 02 Jun 2014 01:58 AM PDT Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) AirAsia, Aireen Omar (gambar) sebaliknya menjelaskan mereka masih menunggu kelulusan pembangunan. "Kami dalam proses mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan untuk bangunan baru kami di klia2 dan tidak berhadapan sebarang isu dana seperti dilaporkan artikel tersebut," kata Aireen. Akhbar berbahasa Inggeris, New Straits Times dalam laporan semalam mendakwa sumber mendedahkan AirAsia berdepan dengan kemelut untuk membina bangunan yang akan menempatkan ibu pejabat mereka. Aireen menjelaskan punca mereka terpaksa mencari lokasi baru untuk membina bangunan tersebut adalah atas faktor masalah teknikal. "AirAsia diminta mengurangkan ketinggian bangunan baru apabila menara kawalan klia2 ditukar ke tapak baru atas arahan pihak berkuasa. "Atas sebab itu, tapak asal dan rancangan membina bangunan baru menjadi tidak ekonomi secara strukturnya," kata Aireen. Bagaimanapun, Aireen memberi jaminan pembinaan bangunan baru akan mula dibina pada Julai 2014. "Lokasi baru dikenalpasti dan rancangan terpaksa dilukis dan dihantar semula untuk kelulusan yang menyebabkan tempoh masa siap bangunan baru AirAsia terpaksa ditukar. "Pembinaan bangunan baru dijangka bermula Julai 2014 dan siap pada tahun depan." Pihak AirAsia juga menafikan dakwaan dalam artikel tersebut mengatakan mereka memohon kepada perdana menteri untuk mengekalkan pejabat korporat AirAsia di tapak lama, Lapangan Terbang Murah (LCCT). Namun, Aireen berkata pihak AirAsia ada berkomunikasi dengan Malaysia Airlines Holdings Berhad (MAHB) untuk mengekalkan sementara pejabat mereka di LCCT. – 2 Jun, 2014. |
Segera selesaikan isu kekurangan bekalan minyak masak, tepung gandum Posted: 02 Jun 2014 01:43 AM PDT Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (Fomca) Datuk N. Marimuthu berkata setakat ini tiada aduan diterima mengenai masalah kekurangan bekalan bahan berkenaan di negeri-negeri lain. "Pihak KPDNKK kena siasat dengan segera dan bagi maklumat terperinci kenapa perkara ini berlaku. Tiba-tiba cerita ini meletup sedangkan di negeri lain tidak ada masalah bekalan kedua-dua barangan keperluan itu," katanya hari ini. Pandangan Marimutuhu dikongsi Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan yang berkata setiap kali menjelang musim perayaan, masalah kekurangan bekalan barangan keperluan akan timbul. Kata Nadzim: "Saya tidak pasti apa sebabnya tetapi pihak bertanggungjawab kena jalan siasatan dengan segera. "Saya risau kalau ada pihak tertentu cuba mengaut keuntungan lebih dengan mengurangkan bekalan itu supaya harganya meningkat." Mengikut laporan media yang memetik sebuah persatuan pengguna di Kedah, masalah kekurangan bekalan minyak masak dan tepung gandum dikatakan berlaku sejak dua minggu lalu. – Bernama, 2 Jun, 2014. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider : Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan