Selasa, 3 Jun 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Kekeliruan wujud DNA babi dalam coklat Cadbury memalukan, kata Perkasa

Posted: 03 Jun 2014 02:58 AM PDT

Presiden Pertubuhan Pribumi Kebangsaan Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menggesa pihak yang bertanggungjawab atas kesilapan dan kecuaian mengenai isu coklat dengan kandungan DNA babi diambil tindakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2014.Presiden Pertubuhan Pribumi Kebangsaan Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali menggesa pihak yang bertanggungjawab atas kesilapan dan kecuaian mengenai isu coklat dengan kandungan DNA babi diambil tindakan. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 Jun, 2014.Isu kekeliruan berhubung kandungan coklat Cadbury yang dikatakan mempunyai DNA babi amat memalukan dan tidak boleh dimaafkan, kata Presiden Pertubuhan Pribumi Kebangsaan Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali.

Beliau berkata, isu berkenaan memperlihatkan kegagalan keupayaan Kementerian Kesihatan dan Jabatan Agama Islam Malaysia (Jakim) dengan mengeluarkan bukti yang tidak diperhalusi dengan betul.

"Siapa punya angkara?...Kementerian Kesihatan atau Jakim yang mengatakan coklat Cadbury ada DNA babi, ia amat memalukan," kata Ibrahim dalam satu kenyataan dari London yang dikirimkan kepada The Malaysian Insider.

"Bukti tidak teliti dengan diperhalusi, tidak ada 'Standard Operating Procedure (SOP) yang profesional antara Jakim dan Kementerian Kesihatan," katanya dan menambah, kesilapan sedemikian tidak boleh dimaafkan.

Ibrahim yang juga bekas ahli Parlimen Pasir Mas berkata, kekeliruan berkenaan melibatkan kerugian perniagaan yang besar dan menjejaskan reputasi Cadbury.

"Siapa yang silap dan cuai mesti diambil tindakan malah masyarakat antarabangsa turut mentertawakan Malaysia," katanya.

Ibrahim berkata, komuniti antarabangsa yang ditemuinya di London berkata "Malaysia amat melucukan" ekoran insiden tersebut.

"Ada yang saya jumpa di London komen 'Your country very funny ... not profesional at all ... Malaysia have the tallest twin tower in the world, but how come first'," katanya.

"Tak tahulah, nak cakap apa lagi," kata Ibrahim.

Selepas kontroversi DNA babi dalam coklat Cadbury, KKM mengesahkan pihaknya akan mengadakan siasatan dalaman untuk menjejak individu bertanggungjawab yang menyebarkan laporan tersebut.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Hilmi Yahya berkata, laporan awal tersebut tidak tepat dan penyebarannya secara terburu-buru mengakibatkan kekecohan di kalangan masyarakat yang majoriti beragama Islam di dalam negara.

"Kami akan membuat siasatan dalaman. Mereka terburu-buru mengeluarkan laporan awal itu sebelum siasatan lanjut melibatkan produk tersebut dilakukan semula," katanya kepada media selepas merasmikan Persidangan Persatuan Hospital Swasta Malaysia, hari ini.

KKM sebelum ini mengesahkan kewujudan DNA babi (porcine) dalam dua daripada tiga sampel coklat Cadbury yang diambil bagi tujuan pemantauan.

Susulan itu, Cadbury menarik balik dua produk, Cadbury Dairy Milk Hazelnut (nombor keluaran 200813M01Hh I2 yang tamat tempoh pada 13 November, 2014) dan Cadbury Dairy Milk Roast Almond (nombor keluaran 221013N01R I1 yang tamat tempoh pada 15 Januari, 2015).

Kontroversi tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai, malah pertubuhan bukan kerajaan menggesa Cadbury dan Jakim disaman akibat penemuan tersebut.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bagaimanapun semalam mengumumkan produk coklat Cadbury berkenaan tidak mengandungi DNA babi selepas keputusan terbaru makmal Jabatan Kimia Malaysia diperoleh.

Produk dalam negara-negara Islam kerap diperiksa untuk memastikan sama ada produk tersebut halal atau tidak.

Selain daging babi, barangan yang dianggap tidak halal oleh umat Islam termasuk alkohol  dan daging haiwan disembelih tidak mengikut kaedah Islam.

Jakim hari ini juga menyatakan kesediaan memakan coklat Cadbury bagi membuktikan kandungannya tidak memiliki DNA babi seperti yang didakwa sebelum ini. – 3 Jun, 2014.

AirAsia peruntuk RM2.1 bilion perbelanjaan modal tambah pesawat

Posted: 03 Jun 2014 02:06 AM PDT

AirAsia X Bhd akan memperuntukkan sekurang-kurangnya RM2.1 bilion pada 2014 sebagai perbelanjaan modal untuk membeli tujuh pesawat Airbus A330-300 baharu, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya, Azran Osman Rani.

Beliau memberi tahu Bernama setakat ini, syarikat penerbangan tambang rendah jarak jauh itu menerima tiga pesawat, manakala selebihnya akan diserahkan secara berperingkat pada akhir tahun.

Syarikat penerbangan itu menerima sebuah Airbus A330-300 bagi pajakan kewangan dan dua A330-300s bagi pajakan operasi dalam suku pertama tahun ini.

"Kami yakin dapat menjelaskan semua tempahan yang telah kami buat. Setiap pesawat akan menelan kos lebih daripada RM300 juta dan pembiayaan adalah menerusi pelbagai kaedah," katanya. 

Diminta mengulas lebih lanjut mengenai pembiayaan itu, Azran berkata ia adalah menerusi pembiayaan hutang dan pajakan operasi, bagi mengekalkan aliran tunai AirAsia X.

"Kami menyasar menjadi neutral bersih atau positif tunai bersih, meskipun beberapa tekanan pendapatan jangka pendek. Ini adalah bagi memastikan aliran tunai kami pada akhir tahun sama seperti pada permulaan tahun," katanya.

Syarikat itu mencatatkan aliran tunai operasi positif sebanyak RM131.6 juta dalam suku pertama 2014.

Ketika ini, AirAsia X beroperasi menggunakan 16 pesawat A330-300.

Pada 31 Mac, 2014, sejumlah 13 pesawat berada di bawah pajakan operasi. 

Perbelanjaan pajakan operasi meningkat 58.6 peratus tahun ke tahun kepada RM59.9 juta daripada RM37.8 juta semasa tempoh yang sama tahun lepas.

Azran berkata AirAsia X akan mengimbangi antara pertumbuhan agresif dan tekanan jangka pendek bagi mencapai kedudukan kewangan kukuh pada suku keempat tahun ini.

"Ia kerana semua kapasiti yang kami tambah akan diserap dengan hasil mencecah titik pulang modal untuk mencapai keuntungan positif," katanya. 

AirAsia X mencatatkan pertumbuhan suku tahunan tahun ke tahun tertinggi dalam kapasiti kerusi tersedia bagi setiap kilometer pada 60.1% kepada 6.2 bilion dalam suku pertama yang berakhir pada 31 Mac, 2014. – Bernama, 3 Jun, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved