Rabu, 4 Jun 2014

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Ibu Dyana Sofya tidak kisah dipecat Umno

Posted: 04 Jun 2014 03:55 AM PDT

Yammy Samat (kiri) berada di sisi anaknya, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK Teluk Intan yang diadakan 31 Mei lalu.Yammy Samat (kiri) berada di sisi anaknya, calon DAP Dyana Sofya Mohd Daud dalam PRK Teluk Intan yang diadakan 31 Mei lalu.Ibu kepada calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud tidak kisah sekiranya dipecat daripada Umno kerana menyokong anaknya semasa Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan lalu.

Yammy Samat berkata terserah kepada pihak kepimpinan untuk mengambil sebarang tindakan ke atas dirinya, sama ada mahu menggantung keahlian atau memecat.

"Terpulanglah kepada Umno dan MT (Majlis Tertinggi) untuk buat keputusan, nak gantung, nak buang atau nak pecat saya... itu terserah kepada mereka," kata Yammy dipetik berkata dalam Sinar Harian hari ini.

Mengenai surat tunjuk sebab yang dikatakan dihantar, Yammy berkata setakat ini surat tersebut masih belum diterimanya.

"Saya nak lihat dan baca dulu kandungan surat itu, baru pertimbang nak jawab balik atau diamkan diri sahaja," kata beliau.

Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata surat tunjuk sebab dihantar kepada Yammy susulan tindakan beliau menyokong anaknya bertanding dalam PRK Teluk Intan.

Dyana Sofya tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 238 undi pada 31 Mei lalu.

Yammy turut meengumumkan keluar Perkasa ketika tempoh kempen sedang berjalan.

Dia turut menafikan pernah menjadi ketua wanita Perkasa pertama seperti yang pernah dihebahkan, sebaliknya jawatan itu disandang oleh Raihan Sulaiman Palestin yang pernah bertanding merebut jawatan ketua Wanita Umno.

Kontroversi tercetus semasa PRK Teluk Intan apabila Dyana Sofya yang dibesarkan daripada keluarga Umno dan graduan universiti bumiputera, Universiti Teknologi Mara (UiTM) bertanding atas tiket DAP.

Yammy secara terbuka menyokong anaknya sepanjang tempoh berkempen pilihan raya tersebut. – 4 Jun, 2014.

Perkasa tak ingin sertai NGO Pemuda Umno, sila cari NGO pondan, kata SU Agung

Posted: 04 Jun 2014 03:46 AM PDT

Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) merasakan tiada keperluan untuk pertubuhan badan bukan kerajaan itu menyertai Biro Hubungan NGO Pemuda Umno.

Setiausaha Agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali (gambar) berkata, pertubuhan sayap kanan Melayu itu, termasuk Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) juga tidak akan menyertai biro berkenaan walau dijemput sekalipun.

"Perkasa dan Isma tidak ingin walau dijemput sekalipun," katanya, ketika dihubungi The Malaysian Insider.

"Kami hanya mahu bersama NGO yang benar-benar anak jantan," katanya.

Pemuda Umno hari ini berpendapat tiada keperluan bagi Perkasa dan Isma untuk menyertai biro yang baru ditubuhkan mereka sebaliknya cukup saling berhubung dengan dua NGO itu.

Pengerusi Biro Hubungan NGO, Khairul Firdaus Akbar Khan, berkata apa yang paling penting adalah memahami agenda NGO berkenaan supaya segala isu yang dilontarkan dapat dilihat dengan lebih adil.

"Kita tidak perlu mengarah atau mempelawa mereka. Cuma yang paling penting hubungan. Setiap NGO di Malaysia perlu ada hubungan. Dengan Bersih pun kita kena ada hubungan. Tidak perlu mereka masuk ke payung NGO kita," katanya pada majlis makan tengahari bersama media di Kuala Lumpur, hari ini.

Khairul Firdaus berkata tiada gunanya mendekati NGO yang tidak mahu melakukan perubahan kerana sifat ekstremis dan cauvinis sememangnya perlu dielakkan.

Syed Hasan berkata, biro berkenaan boleh mencari mana-mana NGO yang lembut dan terlalu baik untuk menyertai mereka.

"Mereka boleh mencari mana-mana NGO pondan yang lemah lembut untuk bersama mereka," kata Syed Hasan.

Beliau turut mempersoalkan tindakan biro berkenaan, yang mana katanya sebelum ini sering memperlekehkan pertubuhan seperti Perkasa.

"Persoalannya kenapa baru sekarang ingin mendekati NGO seperti kami, kenapa tidak dari dahulu.

"Sudah lemas baru tahu kepentingan NGO seperti kami," katanya.

Biro Hubungan NGO merupakan biro baru yang ditubuhkan di bawah sayap Pemuda Umno bagi mengukuhkan hubungan Pemuda dengan NGO di serata Malaysia.

Enam kluster yang ditekankan oleh NGO di bawah gabungan itu adalah pendidikan, ekonomi dan kos sara hidup, keselamatan, perancangan keluarga, kepenggunaan serta agama. – 4 Jun, 2014.

Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved