Isnin, 13 Jun 2011

The Malaysian Insider :: Bahasa


Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
Sumber Asal Berita :-

The Malaysian Insider :: Bahasa


Pengarah Ditamas beri Khir Toyo ‘diskaun’ takut bisnes terancam

Posted: 13 Jun 2011 02:15 AM PDT

SHAH ALAM, 13 Jun – Seorang pengarah syarikat memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam bahawa dia menjual banglo dan dua bidang tanah kepada bekas menteri besar Dr Mohd Khir Toyo pada harga RM3.5 juta meskipun ia dibeli dengan harga RM6.5 juta kerana bimbang dengan nasib perniagaannya di Selangor.

Pengarah Ditamas Sdn Bhd Shamsuddin Haryoni yang menyambung keterangan hari ini selepas ditangguhkan minggu lalu kerana kurang sihat berkata, Dr Khir (gambar) telah menolak tawarannya antara RM5 dan RM5.5 juta, sebaliknya mahu membeli hartanahnya di Seksyen 7 itu dengan hanya RM3.5 juta.

"Kami ada projek di Selangor, bisnes di Selangor dan menteri besar mahu membeli rumah saya dengan harga RM3.5 juta," kata Shamsuddin di Mahkamah Tinggi hari ini.

"Jadi, kami bersetuju. Saya risau kedudukan saya sebagai ahli perniagaan dan saya bimbang bisnes saya akan tergugat," katanya lagi.

MENYUSUL LAGI

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Nik Aziz: Umno boleh guna BI tapi PAS dihalang guna kebajikan

Posted: 13 Jun 2011 01:59 AM PDT

KUALA LUMPUR, 13 Jun – Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyelar pemimpin-pemimpin Umno yang menggesa partinya yang berusia lebih enam dekad agar menggugurkan perkataan Islam pada namanya hanya kerana mengetengahkan pendekatan negara berkebajikan.

Menjawab gesaan beberapa pemimpin Umno agar PAS menggugurkan nama Islam, Nik Aziz (gambar) yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, jika Umno boleh menggunakan singkatan Bahasa Inggeris pada namanya, maka tidak salah bagi parti Islam itu menyebut nama "kebajikan."

"Hari ini ada pihak yang mendesak PAS menggugurkan nama Islam dari nama parti. Seolah-olah Islam langsung tidak boleh menyebut soal kebajikan.

"Bila menyebut kebajikan, maka ia tidak Islam. Peliknya, pihak itu sendiri pun masih menggunakan bahasa asing pada nama partinya yang mendakwa memperjuangkan Melayu," kata Mursyidul Am PAS dalam mesej yang dipaparkan pada laman sosial Facebook petang ini.

Ini bukan kali pertama pemimpin-pemimpin Umno dan pertubuhan bukan kerajaan yang rapat dengan parti itu mahu PAS menggugurkan nama Islam pada namanya.

Ia pernah ditimbulkan akhir selepas pilihan raya umum 1999.

Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dipetik Utusan Malaysia meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) membatalkan penggunaan nama Islam pada PAS serta menghalang parti lain daripada menggunakan nama agama dalam parti mereka.

Beliau berkata, sejak dari dahulu lagi, Umno menolak pihak yang memperalatkan agama demi kepentingan politik dan kini terbukti ia dituruti oleh PAS.

Menurut Mohd. Ali, Umno bersama kerajaan BN sentiasa meletakkan kebajikan sebagai asas perjuangan mereka sejak sekian lama.

Dalam pada itu, seorang lagi ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi mencabar PAS agar menggugurkan perkataan Islam pada nama parti itu kerana ia "menimbulkan kekeliruan banyak pihak".

Menurut beliau, bukan saja bukan Melayu tidak faham atau keliru tetapi PAS turut mengelirukan umat Islam sendiri, bila ia mempolitikkan akidah dan ini cukup bahaya.

"Jadi, kalau parti itu sudah sanggup dibuli oleh DAP sehinggakan akhirnya PAS boleh menggugurkan perjuangan negara Islamnya, maka kalau begitu saya cabar PAS supaya gugurkan sahaja perkataan Islam daripada nama parti itu," katanya.

Isu negara berkebajikan menjadi bahan serangan Umno-BN sejak Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ucapan dasarnya pada muktamar baru lalu menekankan soal negara berkebajikan.

Ekoran itu pemimpin-pemimpin Umno mahu PAS menggugurkan perkataan Islam.

Umno ditubuhkan pada tahun 1946 ketika era British dan selepas negara merdeka, Umno menggunakan singkatan Bahasa Inggeris sehingga kini.

Umno dalam Bahasa Malaysia dikenali sebagai Pertubuhan Kebangsaan Malayu Bersatu.

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.
Kredit: http://www.themalaysianinsider.com

0 ulasan:

Catat Ulasan

 

Malaysia Insider Online

Copyright 2010 All Rights Reserved