The Malaysian Insider :: Bahasa |
SKMM, Cybersecurity diberi kuasa lebih luas tangani serangan siber Posted: 20 Jun 2011 02:34 AM PDT SINGAPURA, 20 Jun â Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Cyberscurity perlu diberi kuasa lebih luas daripada segi perundangan bagi membolehkan entiti berkenaan mengambil tindakan lebih tegas dan pantas terhadap kegiatan penggodaman laman-laman web, kata Datuk Seri Dr Rais Yatim. Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan berkata, prasarana yang wujud ketika ini tidak mencukupi bagi membolehkan tindakan tegas dan pantas diambil terhadap mereka yang bertanggungjawab terhadap kegiatan penggodaman. "Susulan untuk menentukan siapa yang menggodam adalah soal yang berat, SKMM atau Cybersecurity perlu diberikan kuasa untuk menyusul siapa yang menggodam dan jikalau mereka di dalam Malaysia, tindakan yang perlu diambil atau yang boleh diambil," katanya dipetik Bernama Online. Beliau berkata kegiatan penggodaman laman-laman web berkait rapat dengan isu undang-undang dan jika soal perundangan itu tidak ditangani, maka segala langkah untuk menangani aktiviti penggodaman itu hanyalah bersifat sementara. "Undang-undang kita (Malaysia) ada Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, cuma mekanisme perlu disusul lagi. Kalau kita mahu penyusulan yang pantas, maka alatnya mesti ada dan orang mesti dilatih dan kemungkinan-kemungkinan lain. "Insya-Allah, di dalam tempoh terdekat kita rancang untuk menanganinya (penggodaman) dengan cepat," kata beliau. Kata Rais, Malaysia yang berhadapan dengan serangan pengodam dengan kira-kira 200 laman webnya telah diserang, telah mengemukakan bahan-bahan baru tentang bagaimana kerajaan dapat mempertahankan hak mereka daripada serangan pihak tidak bertanggungjawab itu. Pandangan Malaysia itu, kata Rais, telah mendapat perhatian daripada peserta-peserta forum dengan beberapa penyelidikan baru akan dilaksanakan ke arah itu. Rais berkata, forum tersebut yang turut dihadiri oleh wakil daripada lebih 50 negara merupakan peluang bagi komuniti antarabangsa mencari jalan dan kerjasama bagi mewujudkan integriti menangani jenayah siber. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
RHB: Harga tidak relevan tapi nilai ambil alih, kata Nazir Razak Posted: 20 Jun 2011 02:16 AM PDT
"Kami tidak berminat dengan 25 peratus pegangan ADCB (Abu Dhabi Commercial Bank). Kami berunding dengan RHB berhubung dengan sama ada penggabungan seumpama itu boleh berlaku. CIMB menyasar merundingkan penggabungan yang mewujudkan nilai. Setahu saya, RHB bukan untuk dijual. "Daripada proses itu, bagi saya, akan ada tiga hasil â meneruskan penggabungan dengan CIMB; meneruskan penggabungan dengan sebuah bank yang berwarna kuning (Malayan Banking Bhd); dan RHB berdiri sendiri. "Sepanjang pengetahuan saya, terdapat satu pertiga peluang setiap daripada kemungkinan hasil tersebut kerana kami masih lagi pada peringkat awal ketika ini," katanya (gambar) dipetik Bernama Online hari ini. Jumaat lepas, ADCB memeterai perjanjian untuk menjual 25 peratus pegangannya dalam RHB Capital kepada Aabar Investments, dana pelaburan Abu Dhabi, dengan harga RM10.80 sesaham. Mengulas mengenai urus niaga itu, Nazir berkata: "Saya rasa bahagian paling relevan urus niaga itu, ialah, kita sekarang mempunyai identiti 25 peratus pemegang saham." "Oleh itu, pemegang saham baru menampakkan persamaan. Kami kini boleh melibatkan pihak baharu ini kerana ia telah menjadi pemegang kepentingan. Tidak ada gunanya merundingkan janji niaga melainkan anda mendapat sokongan daripada pemegang saham," kata beliau. "Saya saran anda memikirkan kehadapan tentang urus niaga ini. Oleh itu, harga tidak relevan. Apa yang dicari oleh setiap orang ialah penggabungan yang mewujudkan nilai," katanya. Nazir berkata cadangan penggabungan itu dijangka diserahkan pada akhir bulan ini. Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price. |
You are subscribed to email updates from The Malaysian Insider :: Bahasa To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
0 ulasan:
Catat Ulasan